Rabu, 31 Disember 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009!



Assalamualaikum...,

Alhamdulillah... fajar tahun 2009 telah muncul menandakan bermulanya suatu tahun yang baru dalam hidup kita. Syukur juga pada Allah kerana kita masih dipanjangkan umur untuk berpeluang menghela udara 2009 ini. Apapun moga tahun baru ini akan membawa lebih keberkatan dan kebaikan dalam kehidupan kita semua Insyaallah... Gunakanlah segala masa yang masih ada untuk mencapai apa yang diimpikan, pasanglah azam dalam kehidupan, tapi pastikan ia seimbang keperluan dunia & akhirat dan menjurus ke arah perubahan yang lebih positif...

Kepada semua kawan2 yang sudi berkawan dengan aku dan sudi menulis sesuatu yang dapat aku manfaatkan di blog ini, aku mengucapkan terima kasih banyak2 atas kesudian korang. Jaga diri korang baik-baik dan moga kita dapat sentiasa berhubung kelak... Moga suksess selalu...

'SELAMAT TAHUN BARU 2009!'


- Rintihan Rasa, 01hb. Januari 2009, 12.05 a.m -

Review Filem - Disco Dancer (1982)

Salamm semuaa...

Hehe.. kali ni topik kira santai sikit.. Aku nak cerita tentang filem Bollywood lak. Korang pernah tak tengok cerita Klasik ni? Disco Dancer adalah sebuah filem Bollywood yang diterbitkan pada tahun 1982 dan diarahkan oleh Babbar Subhash. Filem ini pernah menjadi ikon dan cult suatu ketika dahulu dan dikenali ramai terutama melalui lagu yang mempopularkannya – I Am A Disco Dancer.


Antara poster bagi filem ini. Huhu.. Tahun 1982, aku baru je umur setahun masa ni.

Filem ni mengisahkan tentang Anil (Mikrun Chakraborty), seorang penyanyi dan penari jalanan yang dihantui oleh kisah silam ibunya (Gita Siddarth) yang sering dipukul dan dihina oleh seorang kaya, P.N Oberoi (Om Shivpuri) dalam satu insiden semasa beliau masih kecil. Semasa David Brown (Om Puri), pengurus kepada bintang disko bernama Sam (Karan Radzan) sedang mencari bakat baru untuk pengganti Sam, dia secara kebetulan telah menemui Anil yang sedang asyik menari di jalanan. Hasil didikan David dan dengan nama glamour sebagai ‘Jimmy’, Anil akhirnya berjaya meraih populariti sebagai ‘Disco Dancer Star’ yang baru menggantikan Sam seterusnya turut meraih perhatian dari Rita (Kim), anak P.N Oberoi. Semuanya berjalan dengan baik sehinggalah Oberoi yang dapat menghidu hubungan Jimmy dan Rita tidak senang dengan hal ini. Ditambah pula dengan hasutan oleh Sam yang mencemburui Jimmy. Oberoi telah mengupah orang untuk membuat sabotaj dengan merenjatkan 5000 volt elektrik pada gitar yang digunakan oleh Jimmy semasa membuat persembahan, menyebabkan nyawa ibu Jimmy yang berada di situ melayang akibat dari insiden jahat yang dirancang itu. Manakala Jimmy pula dibelasah teruk hingga patah riuk oleh orang-orang suruhan Oberoi. Ini menyebabkan Jimmy menjadi fobia dengan gitar yang telah 'membunuh' ibunya dan murung hinggga tidak mahu meneruskan kariernya. Dalam masa yang sama, pertandingan ‘International Disco Dancing Competition’ semakin hampir dan Jimmy perlu memulihkan dirinya untuk menghadapi saingan yang sengit dari pasukan Afrika dan Paris. Apakah kesudahannya? Bagaimana pula hubungan antara Jimmy dan Rita? Korang cari filem ni dan tonton sendiri ye. Kang kalau aku cerita sampai habis, lemak la korang.. hehehe.. :D


Watak Anil / Jimmy lakonan Mikrun Chakraborty

Susunan muzik untuk filem ini telah dibuat oleh Bappi Lahiri, di mana 4 dari 7 lagunya telah dimasukkan unsur-unsur muzik dari barat.

Senarai Lagu-lagu dalam filem ni. Sejujurnya, semua lagu-lagu ni best belaka :
  1. Goron Ki Na Kalon Ki - Suresh Wadkar, Usha Mangeshkar
  2. Auva Auva: Koi Yahan Nache - Usha Uthup, Bappi Lahiri)
  3. Ae Oh Aa Zara Mudke - Kishore Kumar
  4. Krishna Dharti Pe Aaja Tu - Nandu Bhende
  5. I Am A Disco Dancer - Vijay Benedict
  6. Jimmy Jimmy Jimmy Aaja - Parvati Khan
  7. Yaad Aa Raha Hai - Bappi Lahiri
Sedikit perincian mengenai watak di belakang tabir dan info mengenai filem ini :
  • Directed by : Babbar Subhash
  • Produced by : Babbar Subhash, Tilotima Babbar Subhash
  • Written by : Dr. Rahi Masoom Reza, Balraj Deepak Vij
  • Starring : Mithun Chakraborty, Kim, Om Puri, Rajesh Khanna, Gita Siddharth
  • Music by : Bappi Lahiri
  • Release date : 1982
  • Running time : 135 min
  • Language : Hindi

Bagi korang yang meminati cerita-cerita hindustan dan Hindi, aku cadangkan korang kena cari filem ni untuk dibuat koleksi dan tonton. Memang syok! Walaupun aku ni bukanla peminat cerita Hindustan, tapi ini kira filem klasik yang aku suka dari segi susunan cerita dan lagu-lagunya. Aku bagi 4 bintang untuk filem ni. ehe..

Oh ya.. ni ada sedikit 'buah tangan' untuk korang. Lagu tema filem ni - I Am A Disco Dancer. Untuk muat turun, sila klik link kat bawah tu.. Hehe.. Memang best lagu ni. Layannnn... :)

  • Muat Turun : Vijay Benedict - I Am A Disco Dancer.mp3

'Bukan mudah untuk berjaya andai tidak berusaha, tetapi untuk mempertahankan sesuatu kejayaan itulah yang lebih susah.' - (Rintihan Rasa, 31hb. Disember 2008, 10.15 p.m) -

Ahad, 28 Disember 2008

Salam Tahun Baru Islam 1430H...


Salamm semuaa..

Alhamdulillah.. akhirnya fajar tahun baru Hijrah dalam kalendar Islam telahpun muncul. Sedar tak sedar, dah masuk tahun ke 1430H dah. Dan boleh dikatakan kita akan dengar lagu Maal Hijrah berkumandang saban tahun di corong radio dan televisyen. Dah hafal dah pun liriknya! Begitu juga dengan perarakan Maal Hijrah yang akan dibuat saban tahun serta Anugerah Tokoh Maal Hijrah yang akan diberikan kepada individu yang difikirkan layak oleh kerajaan yang memerintah. Tu belum cerita bab slogan Maal Hijrah yang akan berubah setiap tahun! Akan tetapi, bagaimana pula dengan diri kita? Sudahkan kita menghijrahkan diri kita terutamanya hijrah untuk memperbaiki diri? Pengertian hijrah itu sendiri terlalu luas sebenarnya... Jika diperhalusi, maka kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa Hijrah itu memang dituntut dalam kehidupan seharian kita agar kita dapat menjadi manusia yang lebih baik untuk memikul amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita sebagai khalifah di muka bumi. Dalam dunia yang semakin mencabar sekarang ini, konsep hijrah itu sendiri perlu kita sesuaikan dengan peredaran zaman. Dalam keadaan agama Islam kita diserang dari segala sudut, saudara-saudara seagama yang terus dibelenggu penjajahan oleh kaum musyrikin (e.g: Palestin) dan juga era modernisasi yang ditunjangi oleh sistem kapitalis dari Yahudi, yang memang kita fahami amat memusuhi Islam serta sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam dengan apa cara sekalipun. Tahun Hijrah kali ini juga menyaksikan kemelesetan ekonomi global yang bukan sahaja mengancam negara-negara miskin malahan juga menggugat negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat yang dulunya begitu angkuh dengan sistem ekonomi kapitalisnya kini juga hampir-hampir tersungkur angkara masalah ekonomi yang semakin meruncing. Segala cabaran-cabaran ini perlu kita renungi, fahami dan kita harus menyediakan diri untuk semua ini, sama ada kita suka atau tidak, kerana ia tetap berlaku dan perlu kita hadapi. Oleh itu, aku mengharapkan moga-moga pada tahun baru 1430H ini akan ada perubahan dalam diri kita untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya...

'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM 1430H'


Doa Akhir Tahun (Sila klik gambar untuk besarkan)

'Manusia yang berjaya hidupnya adalah mereka yang hari ini lebih baik dari hari sebelumnya..' - Rintihan Rasa, 28hb. Disember 2008, 11.40 p.m -

Sabtu, 27 Disember 2008

Al-Fatihah Untuk Almarhum YTM Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan..



Innalillahi wainna ilaihi roji'un...,

Pada hari ini, 27hb. Disember 2008, Baginda Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman telahpun mangkat pada jam 11.45 pagi tadi di Bilik Rawatan VIP, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban akibat serangan angin ahmar. Semoga roh baginda dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...

- AL-FATIHAH -


(Rintihan Rasa, 27hb. Disember 2008, 10.10 p.m)

Jumaat, 26 Disember 2008

Islam Dihina Secara Terang-terangan Dalam Blog!!

Salamm semua...

Korang ada tengok Buletin Utama pukul 9.00 tadi (26hb. Disember 08) tak?? Pada awal-awal lagi pemberita tu dah cerita pasal Islam dihina dalam blog. So, aku pun terus cari mana mangkuk hayun celaka yang dah buat kerja sial ni. Akhirnya, jumpa.. cuba korang klik kat SINI!

Sebagai orang Islam, aku merasa SANGAT-SANGAT TERKILAN DAN MARAH dengan puak-puak biadap ini. Agama Islam dan Rasulullah s.a.w boleh dimaki dan dicarut sesuka hati tanpa ada rasa berdosa!!?? KAFIR ke diorang ni semua!? Bagi aku, inilah puak-puak yang BACUL DAN PENGECUT! Hanya berani baling batu sembunyi tangan dan hanya di alam siber saja. Ptuih!!

Kepada semua rakan-rakan Muslim sekalian, sama-sama la kita ambik iktibar. Kaum kafir kini dah semakin BIADAP & KURANG AJAR dengan kita!! Oleh itu, berhati-hati dengan segala taktik dan ideologi mereka. Bersedialah dari segala segi.. Mudah-mudahan, akidah Islam kita terpelihara dan sama-samalah kita berdoa agar si pembuat onar kafir laknatullah ini diberi balasan setimpal oleh Allah s.w.t..


- (Rintihan Rasa, 26hb. Disember 2008, 11.00 p.m) -


Sila klik gambar untuk besarkan

*UPDATE!
Aku dapat tau, blog jahanam tu dah kena remove / banned (rujuk gambar kat atas tu)! Nampaknya, penulisnya si bacul laknat tu dah teruk kena tibai kot. Padan muka!!! Tapi harap-harap lepas ni janganla dia buat blog lain pulak untuk hina Islam & Rasulullah. Kita semua kena berjaga-jaga. Memang patut kena laknat manusia iblis macam ni! (27/12/2008)

Hari Keluarga Di Port Dickson



Salamm semuaa..

Semalam (25hb. Disember 08), Opis aku ada buat family day untuk semua staff... Kali ni kat Pantai Cahaya, Batu 4, PD lak. Alhamdulillah, so far, semuanya berjalan lancar. Family day ni dibuat under Kelab yang mana aku sendiri jadi Bendahari. So, dari hari sebelumnya pun memang aku dan para AJK yang lain pun masing-masing sibuk buat preparation mana yang patut. Walaupun dengan budget yang ciput dan masa yang agak singkat, tapi Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Aku tak nafikan, memang susah nak puaskan hati semua orang bila melibatkan suatu kerja dalam teamwork yang ramai sebegini. Tak mustahil akan ada kedengaran suara-suara tak puas hati dari mulut mereka yang tak memahami dan yang hanya tau bercakap tapi hampeh dalam membuat kerja. Biasaklah, puak-puak yang perasan bagus dan suka 'buat-buat penting' ni memang camni. Tapi, aku pedulik hapa!!

Keadaan pantai yang landai, cuaca cerah dan pemandangan yang cantik. Memang syok lepak kat sini. Ehemm.. Oit MPPD, aku dah promote kawasan korang dalam blog aku ni. Takde komisen ke? Wakaka..!!

Family day kali ni memang pack sebab dibuat seharian penuh bermula pukul 9 pagi lagi sampai pukul 4.30 petang. Perghh!! pengisian program memang padat laa.. maklumla, semua nak setel dalam satu hari jee.. Tapi, as long as meriah dan berjalan lancar semua tu tak jadi hal. Siapa lagi nak buat sesuatu tu jadi meriah kalau bukan kita sendiri kan. Ditambah pulak dengan keletah DJ jemputan yang memang pandai memeriahkan suasana maka suasana memang tak sunyi dari keriuhan dan gelak ketawa tetamu sampaikan menarik perhatian pengunjung lain lak! Hehe.. mintak mahap banyak-banyaklah kak yo.. ni Family Day untuk staff MDJ yo.. kitorang dah siap booking awal-awal laie tompek ni. Siap bayar laie kek MPPD (Majlis Perbandaran Port Dickson) bil sewo tapak eh.. So taklehla akak momandai-mandai nak masuk.. So, paham-pahamlah yo!? Orraiiittt!!! :D

Jeti pengunjung yang menganjur ke laut, kawasan laluan pejalan kaki dan benteng batu yang dibina mengadap laut. Pemandangan yang cantik kat sini. Sampai termenung la aku sekejap kat situ. (Sebenarnya tengah nyesal sebab terlupa bawak pancing! Ciss..!!)

So far, memang masing-masing enjoy aku nampak. Yang paling seronok budak-budak kecik la.. Suasana lak kat tepi laut dan fasiliti semua cukup. View yang cukup cantik.. Ada taman permainan, jalan pesiar kaki, wakaf, tandas awam dan tempat salin baju.. memang takde masalah kalau nak mandi-manda mahupun nak bersantai bersama keluarga. Pengisian Family day kali ni boleh tahan juga.. dengan acara sukaneka yang disertai oleh budak-budak merangkumi hingga ke mak bapak budak. Semua boleh join! Hehehe.. memang syok.. Macam-macam perangai yang dapat ditengok. Masa ni la semua pangkat bos atau staff biasa dah tak nampak lagi. Semua dah macam satu keluarga. Boleh bersuka ria dan bergelak ketawa bersama-sama... Sebenarnya, ni la matlamat Family day dibuat pun - untuk merapatkan hubungan sesama keluarga dan sesama kakitangan. Mana-mana yang bergaduh or tak ngam, atau jarang berjumpa dan tak berapa kenal antara satu sama lain pun boleh ambil peluang ni untuk merapatkan lagi hubungan. So, senang la sikit kalau nak kerja dan kalau ada jumpa kat luar pun takdelah buat tak tahu je sebab tak kenal ye tak. Maka, nak kerja pun senang la sikit..

Acara tarik tali lelaki & perempuan (bukan lelaki tarik pompuan tau!)... Tengok tu.. Muka masing-masing dah macam orang kena sembelit. Aku lak jadik batu api je kat tepi sambil ambik gambar. Wakaka..!!


Acara lari ikat kaki berpasangan (suami isteri). Kelihatan para isteri sedang sibuk menambat kaki laki masing-masing agar tak cabut lari tinggalkan diorang untuk cari awek-awek mat salleh yang berpakaian seksi ala-ala heroin cerita Baywatch kat tepi pantai tu.

Selepas majlis penyampaian hadiah dan cenderamata petang tu dan majlis bersurai, maka bermulalah acara mandi-manda ala free-style kat pantai tu.. Hehehe.. Macam kobau jumpo kubang dah perangai masing-masing bilo nampak laut. Budak-budak lagi la.. mandi sampai tak ingat dunia nak-nak lagi cuaca pun Alhamdulillah redup je sepanjang hari ni dari pagi. Panas tidak hujan pun tidak.. Memang ada 'Ong' la kata orang cina.. Tapi, aku terpaksa balik cepat sebab maklum je laa.. bawak orang tua (Wan / Nenek aku).. bila dah petang-petang mula la teringat kat ayam itik dia tak masuk reban dan belum bagi makan lagi... So, dah pukul 5 tu terpaksa la balik dulu.. Tapi, aku tak kisahla semua tu janji semuanya dah setel dan berjalan lancar.. Alhamdulillah.. Lepas ni siap la aku nak prepare cek nak bayar bil-bil yang ribu-ribu tu.. Maklumla Bendahari.. Huhuhu...

Kat sini ada sedikit gambar-gambar masa Family day tu yang sempat aku snap. What the sweet memories.. Enjoy!


"Ada manusia yang hidup untuk menipu, menipu untuk hidup, dan... hidup untuk ditipu??" - Rintihan Rasa, 26hb. Disember 2008, 1.00 p.m -

Jumaat, 19 Disember 2008

Servis Kereta...

Salamm semua...

Hari ni aku ambik cuti khas semata-mata nak pegi servis kereta je. Itupun setelah bersusah payah mintak cuti dan siapkan mana-mana kerja yang patut.. Hu, kalau ikutkan, aku ada 4 hari lagi cuti bergaji penuh yang tak dihabiskan lagi. kalau tak habis tahun ni, so 'burn' la jawabnya.. tapi, nak cuti camne kalau keje banyak ujung-ujung tahun ni? mana nak buat claim payment, hantar repot kat UPKT, nak prepare spec untuk tahun depan... huhu..

Sampai kat pusat servis pukul 9 pagi, aku terus gi register. Perh! ramainya kereta-kereta 'sakit' yang perlu diservis. Ingatkan tak ramai mana. Bila aku tengok que pusat servis tu, kereta aku jatuh giliran nombor 18! mekanik yg duty lak baru ada 6 orang jee... dah la hari ni jumaat. Adess! menganga la aku camni.. dah la SC tu dgn town jauh. So, nak tak nak terpaksa la tunggu sebab kalau nak datang hari lain, mmg confirm aku tak dapat cuti lagi sebab keje tengah banyak! Punya la lama tunggu sampai sempat solat jumaat dan makan tengahari sekali. Nasib baik brader kat SC tu baik. Siap tumpangkan aku nak gi masjid. Kalau tak, mau 'burn' solat Jumaat aku hari ni. Sebab jarak masjid dari SC tu ada la dalam 8KM...

Last2, kete aku siap petang pukul 4.30.. pergh! berapa banyak masa aku terbuang semata-mata nak menunggu servis punya pasal. Boleh tahan gak diorg kat SC tu charge - RM393.. Macam tau-tau je semalam aku baru dapat gaji. Huhu.. tapi, puas hati gak la.. cuma frust sebab seharian aku tak jadik keje servis kereta punya pasal.

Esok, aku nak gi PD.. nak setelkan 2-3 hal kat MPPD lak.. hmmm... jalan-jalan cari makan.. huhu...


(- Rintihan Rasa, 19/12/2008, 11.00 pm -)

Jumaat, 12 Disember 2008

Santai.. Kih! Kih! Kih!

Salamm semua...

Ini ada aku dapat satu kisah lawak dari mana ntah.. tetiba je sesat dalam mailbox e-mel aku. Gelak besar aku dan kawan-kawan satu opis baca cerita nih. Wakakaka..!! :D

(Peringatan! : Cerita di bawah adalah rekaan semata-mata dan hanya untuk bacaan mereka yang BERFIKIRAN TERBUKA sahaja! Bagi mereka yang otaknya SEMPIT, KOLOT, SENGAL, TAK MATANG dan yang sewaktu dengannya, JANGAN BACA!!! Ini amaran keras dari aku dan SILA BERAMBUS dari site aku ni kalau tak suka ok!)


***

Hadiah Hari Jadi....

Pada Suatu Hari, Usop Jendul Nak Belikan Hadiah Harijadi Untuk Kekasih Barunya, Mek Ayu. So Si Usop Ni Pun Ajaklah Adik Perempuan Sepupunya Untuk Temankan Dia Shopping Kat SOGO. Oleh Kerana Mereka Baru Dua Bulan Berkawan, Jadi Si Usop Jendul Membuat Keputusan Untuk Membelikan Mek Ayu Satu Topi Kain Fesyen Baru je.., Supaya Taklah Nampak Dia Beriya-Iya Sangat. Dan Adik Sepupu Usop Pulak Pegi Beli Satu Seluar Dalam Hitam Berbunga-Bunga Baru Sebab Ada Sale Hari Itu. Masa Membayar, Dengan Tak Sengaja Cashier Dah Tertukar Kotak Topi Kain Hitam Tu Dengan Kotak Seluar Dalam Hitam Kepunyaan Adik Sepupu Usop!!

Selepas Membayar, Usop Jendul Pun Terus Pergi Kaunter Hadiah Dan Suruh Diorang Balut Tanpa Check Dulu. Kemudian Dia Balik Ke Rumah Dan Tulis Surat Untuk Mek Ayu Serta Mengeposkannya Bersama Hadiah Yang Dah Tersilap Tu.

Surat Yang Dia Tulis Tu Berbunyi Cam Nie :

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk Kekasihku Mek Ayu,

Usop Pilih Hadiah Nie Kerana Ayu Tak Pernah Pakai Bila Kita Keluar Jalan-Jalan Dan Selalu Mengadu Sebab Panas. Kalau Bukan Sebab Adik Sepupu Usop, Usop Dah Nak Beli Yang Lagi Jarang Supaya Kalau Berpeluh Tak Lembab Sangat. Tapi Usop Tengok Adik Sepupu Usop Pakai Yang Ada Bunga Tu Nampak Cantik Pulak. Usop Pilih Warna Hitam Tu Supaya Tak Nampak Kotor. Promoter Yang Jual Tu Tunjuk Dia Punya Dah Seminggu Tak Basuh. Nampak Elok Aje! Usop Suruh Dia Try Ayu Punya Sebab Saiz Promoter Tu Lebih Kurang Ayu Je. Memang Cantik Dan Menarik! Harapnya Ayu Suka Sebab Usop Rasa Memang Sesuai Dengan Ayu. Tak Sabar Rasanya Nak Tengok Ayu Pakai Depan Usop. Usop Harap Ayu Akan Pakai Untuk Usop Hujung Minggu Nie.

Salam Sayang Untuk Kekasihku, Mek Ayu...

P/S : Kalau Ayu Nak Pakai, Usop Nampak Stail Terbaru Ialah Dengan Melipat Bahagian Depan Dan Menampakkan Sedikit Rambut.

Yang Menyayangimu,

Usop Jendul

***

Agak-agak korang, apa reaksi awek si Usop tu bila baca surat & hadiah tu? Wakakakakaa..!! :D

Ahad, 7 Disember 2008

Dalam Kenangan...



Salamm semuaa....

Hmm... banyak betul perubahan yang berlaku di sekeliling aku sepanjang tahun 2008 ni. Di tempat kerja misalnya macam2 arahan baru dan memo yg ketua jabatan keluarkan. Sekali imbas dah rasa cam keja swasta lak. Tapi bagus juga untuk motivasi diri sebenarnya sekurang2nya ada pembaharuan sikit kan. Aii bila bekerja ni terasa terlalu cepat masa berlalu. Sedar2 je dah hampir 3 tahun dah aku kat sini, berkhidmat di tanah tumpah darah aku sendiri. Tak kemana-mana pun...

Kadang2 tu teringin juga nak ‘berubah angin’. Yelah saja je nak merasa bekerja kat tempat lain lak. Kata orang jauh perjalanan luas pandangan. Memang sekarang ni pun ada intai2 peluang lain juga. Manala tau kan... Doa-doa je la mudah-mudahan ada rezeki..

Bila dah bekerja ni, mula la ingatan tu teringat kat zaman2 belajar dulu. Camne tu ye? Bila dah keja, nak belajar dan bila dah belajar, nak keja pulak! Apa pandangan korang yang di luar sana? Korang ada tak terasa mcm yg aku rasa sekarang? Ntahla, bekerja dan belajar – dua suasana yang berbeza. Aku dah merasai kedua-duanya dan kesimpulan yg dapat aku buat ialah kita manusia memang sukar untuk merasa puas dengan sesuatu. Sentiasa mahu lagi dan lagi dan lagi... Pun begitu, zaman belajar kini semuanya hanya tinggal kenangan. Bila mengenangkan semua ini, bayangan wajah kawan2, suasana semasa belajar dan memori indah yang pernah dilalui semuanya bermain di ruangan fikiran...

Sesekali bila aku kenang2kan, aku jadi sayu sendiri... Aku tak dapat nafikan bahawa aku memang merindui detik-detik itu semua... Tapi ia mustahil untuk berulang kembali. Kerana semuanya kini hanya DALAM KENANGAN...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Wheels - Dalam Kenangan

Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan

Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya kan abadi dalam kenangan..........

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kata siang ; 'Aku terlalu cemburu kepada malam..' Kata malam ; 'Aku amat mencemburui siang..' Sebenarnya, khabarkanlah kepada keduanya, yakni malam dan siang, bahawa tiada apa yang perlu dicemburui. Kerana hakikatnya mereka saling memerlukan untuk melengkapkan tiap satu pusingan hari..." - Rintihan Rasa, 07/12/2008, 10.20 p.m -

Jumaat, 5 Disember 2008

Menipu Untuk Hidup Atau Hidup Untuk Menipu?

Salamm semua...

Kepada semua pengunjung blog ini, saya rasa anda semua mesti pernah dengar tentang program cepat kaya. Selalu iklan mcm ni : “menjana pendapatan tambahan lumayan secara sampingan dirumah sahaja..” Harap anda baca penerangan saya sebelum anda tertipu. Sbb kalau baca iklan mereka memang menarik giler.

Mari saya dedahkan rahsia penipuan mereka!

Pasti anda pernah dengarkan kat akhbar2 iklan kecil berkenaan program yg menawarkan kesenangan hidup. Jika dilihat semua iklan2 tu, rata2 menjanjikan pendapatan ribuan malah puluhan ribu setiap bulan.

Perkara utama mesti berbunyi “utk keterangan lanjut,sila hantarkan envelop bersetem 30 sen dan beralamat sendiri kpd…(alamat sykt mereka)…” Kpd pembaca yg terpedaya dan berminat, mereka akan menghantar envelop tersebut ke alamat sykt tersebut. Lepas tu sykt tersebut akan menghantar le keterangan / risalah percuma ttg program kekayaan mereka tu.. Haaa, masa ni bila pembaca yg baca risalah tu berminat (sebenarnya bukan berminat..tapi terpedaya dgn ayat2 yg mereka susun dgn baik punya..bertujuan mengelirukan pembaca) dah masuk perangkap bila nak membeli program kewangan tu. Selalu harga program ni RM25 – RM30. Selalu mereka suruh bayar pakai wang pos atau bank-in terus ke akaun mereka.

Maka jualan sudah berlaku disini..sykt akan menghantar risalah program tersebut kpd pembeli. Haaa, ini la yg dikatakan urusniaga melalui iklan dan pos.

Sebenarnya itu la formula (konon2 nya formula nak jadi kaya!) yg mereka guna utk menjana kewangan mereka. Mereka duduk kat rumah ja, mana ada mereka tubuh sykt sendiri..tak dak ahh..tipuu jaa...bila ada org nak beli mereka akan jual program tu.

Nak tau apa yg ada di dlm risalah program tersebut? Dlm tu hanya ada cerita teknik yg mereka guna utk jadi kaya (konon2 nye.. tapi teknik tipu org ada laa!)

Setelah anda membeli program tersebut, nak tau isi kandungannya? Mari saya tunjukkan contoh yang sebenar seperti di bawah:

BAGAIMANA UTK BERMULA?
Mula2 sekali anda perlu membeli teknik2 formula kewangan ini di dlm akhbar2 yg mempunyai iklan tersebut..kini anda telah pun membeli dr kami..adalah menjadi hak anda utk menjual teknik ini kpd org lain..
Iklan kan ‘produk’ anda spt ini:
PELUANG BUAT DUIT DI RUMAH
Dapatkan ribuan ringgit seminggu. Hanya duduk di rumah. Tanpa risiko. Berminat sila hantar envelop bersetem dan beralamat sendiri ke ….(alamat anda)

Kos iklan amat murah sekitar RM60 hingga RM150 utk sekali siar. Tunggu 2 hingga 3 minggu utk iklan anda keluar. Setelah iklan anda dipaparkan, anda akan mendapat byk envelop bersetem dan beralamat sendiri ke rumah anda.
Utk setiap envelop anda masukkan penerangan perniagaan yg sedang anda jalankan ini. (mana ada perniagaan apa pun, tipu jeee...!) Penerangan / risalah perniagaan adalah yg telah anda dpt dr sykt kami..anda boleh jualkan kembali dgn harga yg anda tentukan sendiri.

Gantikan nama dan alamat sykt menjadi nama dan alamat anda.

Jualkan kembali teknik ini kpd pembeli yg berminat.. (Ini la mangsa2 anda..siapa?? kita la tu!)

Cuba olah iklan anda dgn perkataan yg paling menarik bagi menarik perhatian pembaca.

Photostat byk2 teknik ini dan simpan utk sementara..bila ada yg berminat membeli (bukan berminat membeli, tapi terpedaya dgn iklan mereka dgn ayat2 yg begitu menarik ni!) jual kan teknik ini..

Mudah saja bukan? Modal utk photostat teknik ini beberapa ringgit sahaja. Anda boleh jualkan kembali dgn harga RM20 –RM30. SELAMAT MENCUBA!

Gitu le lebih kurang ayat2 yg terkandung dlm terknik program tersebut..

Ok dah selesai penerangan saya. Harap anda semua dah faham skrg. Kita sebenarnya hanya jual kertas 2-3 helai yg ada penerangan ttg teknik tersebut yg caranya iklan le apa2 program kekayaan kat akhbar lepas tu tunggu org beli kertas teknik tu. Lepas tu org yg beli teknik tu jual la pulak kat org lain. Dan begitu le seterusnya.

Mereka kata tenik nak jadi kaya kan.. yer la tuu.. teknik menipu org utk jadi kaya ada lee.. So, berhati-hati la dgn program kewangan kat rumah sebegini. Menjana pendapatan sampingan kat umah la, itu la, ini la, dan byk lagi yg lebih kurang sama je bunyinya. Walhal tipu je lebih sebenarnya.

Ada lagi satu yg buat iklan mcm ni:

PELUANG KERJA 4 ANGKA SEMINGGU. PROGRAM PEMUATAN SAMPUL SURAT KAT RUMAH
Memperolehi komisen dan ganjaran lumayan. Hanya secara sambilan atau sepenuh masa di rumah. Menguasai sumber RM yg berterusan seumur hidup melalui bahan kerja yg dibekalkan dan mudah disesuaikan. Utk keterangan percuma,kirimkan envelop beralamat sendiri kpd…

Kalau sekali baca mesti kita ingat yg ada tawaran pekerjaan yg ditawarkan oleh sykt ini..pada hal ni pun penipuan juga..sama ler dgn penerangan yg saya terang kat atas td..lebih kurang sahaja..Cuma beza ayat pada iklan tersebut sahaja : PELUANG KERJA 4 ANGKA SEMINGGU, yg lagi satu PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN DI RUMAH.

Perhati kan ayat yg dihitamkan ini yer.. :

…Hanya secara sambilan atau sepenuh masa di rumah. Menguasai sumber RM yg berterusan seumur hidup melalui bahan kerja yg dibekalkan dan mudah disesuaikan..

Kalau kita baca mesti kita ingat yg sykt tu yg akan bekalkan pada kita bahan2 kerja mereka. Nak tau apa bahan tersebut? Bahan tersebut ialah sampul surat yg beralamat sendiri yg dihantar oleh org (pembeli yg terpedaya..mcm anda juga..masa mula2 beli..tapi anda nak jual pulak kat org lain..) ..itu le “bahan2 yg dibekalkan” oleh sykt tersebut..fikir secara logik..bukan sykt tu yg bekalkan envelop tu..tapi envelop tu dihantar setelah anda iklan kan kat akhbar2.. (masa tu anda dah beli dah program tersebut.. rugi dah RM30.. tapi lepas tau itu je teknik nye..anda pulak jual kat org lain.. .anda tak malu ker sekurang2nya pada diri sendiri, anda nak tipu org.. nak buat mcm mana.. dah anda terkena.. anda pun nak bagi org lain lak terkena!)

KALAU ANDA TAK PERCAYA JUGA, BOLEH TRY HANTAR SAMPUL SURAT KAT ALAMAT2 SYKT YG TAWARKAN PROGRAM KEWANGAN INI.. ANTARA CONTOH SYKT2 TERSEBUT IALAH NURHARA CREATIVE & SERVICES, PRISMA JI ENTERPRISE, SPECTRUM JUTA, DAN BYK LAGI.

Nanti kalau dah dapat risalah percuma tu.. cuba baca tgk.. sama tak dgn apa yg saya katakan.. TAPI INGAT!! ANDA JANGAN MEMBELI PROGRAM TERSEBUT. CUMA BACA JE. UTK NAK LEBIH PERCAYA DGN PENERANGAN SAYA NI.

Saya sekadar menyampaikan supaya anda tidak tertipu. Jgn biarkan diri anda ditipu oleh mereka2 ini. So hati2 dgn iklan kat akhbar spt BACARIA, MINGGUAN PERDANA yg di dlmnya ada iklan program kewangan spt ini. Dlm internet pun byk gak. Cuma antara kita sedar dengan tidak je sebenarnya..

Haiii.. ntahla dunia dunia.. Macam-macam cara orang nak menipu sekarang ni. Mudah sangat kelabu mata dan buta akal fikiran akibat duit dan demi mengejar kesenangan duniawi.

Wallahualam....


"Kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji.. jangan harapkan yang terbaik kalau diri sendiri tunggang terbalik. . jangan cakap tak serupa bikin, cakap lain tapi buat lain.. jangan bercakap macam bagus, tapi bila buat semuanya hancusss..!" - Rintihan Rasa, 05/12/2008, 11.30 p.m -

Khamis, 4 Disember 2008

Lelaki & Wanita... Kedua-duanya ISTIMEWA..



Salamm semua....

Aku, lelaki... Kau, wanita... Kita berbeza, tapi saling memerlukan antara satu sama lain.. bukankah begitu? Cuba kita renungkan... :

1). LELAKI :

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

Beratkan?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya. Kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.

Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.. :)


2). WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana fitrah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Tapi, pernahkah kita lihat sebaliknya?

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH..., sayangnya ALLAH pada wanita ...!!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki.., kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah.. Maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin... Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya..." (Surah Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri.

Wallahualam...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Blues Gang - Perempuan

Perempuan...,
Ku bicarakan tentangmu
Tentang duniamu yang tersendiri
Jasa peranan hidup ini

Engkaulah bunga
Melahirkan insan di dunia sayang
Sebagai lambang hidup
Yang suci dan murni

Perempuan...,
Teman Adam kesepian
Kaulah ibu kau kekasih hati
Anak kemanjaan kami

Pengorbananmu
Tak perlu dipertikaikan sayang
Mendidik dan membela kami
Hingga dewasa

Perempuan...,
Kau penawar kau peracun hati
Kaulah pahit kaulah manis
Gelombang hidup ini

Ohhhhh... Perempuan...,
Berhati-hatilah dirimu sayang
Hargai penghormatan diri
Yang diberi


Tanpamu hidup ini tak bererti...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Adakalanya, mendiamkan diri itu lebih baik dari berkata-kata..." - Rintihan Rasa, 04/12/2008, 06.40 p.m -

Kerana Mulut Badan Binasa..



Salamm semua...

Ni ada satu petua (?) yang aku dapat dari e-mel oleh seorang sahabat (perempuan). Cuba korang baca dan beri pendapat. Agak-agak korang (terutama lelaki) setuju tak?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesuai utk yg sedang bercinta...bertunang & berumah tangga..

Pehatian kepada semua kaum lelaki yang teringin nak bercinta, baru jatuh cinta, sedang dilamun cinta atau yang sudah berumahtangga, saya ingin mempersembahkan tips untuk ayat-ayat beracun yang pantang disebut di depan awek, teman wanita atau isteri. Jika salah satu ayat ini disebut, paling kecil boleh menyebabkan pertengkaran, paling hebat boleh menyebabkan penceraian. Elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan anda semua.

1. Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.
What do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan senjata sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan.

2. I tak suka dengan kawan-kawan you.
Perhubungan teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau suci. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah tiket untuk bertengkar secara hebat.

3. I punya ex-girlfriend dulu....
Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti 'you dah tak sayang I lagi', 'you lebih suka ex you', dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda.

4. Cuba tengok perempuan tu..
Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya,anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda.

5. I tak cukup bagus untuk you..
Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan ye.

6. I takde mood lah..
Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, its about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.

7. Perangai you macam mak you lah..
Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka

8. Takyahlah nak emo..
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!

9. I tak sukalah baju tu..
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka

10. Kakak/Abang you entah apa-apa!
Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, dont say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pendapat aku : Hmmm.... Ntahlah.. Hehehe... :)

"Biar beribu kebaikan & pengorbanan yg kau lakukan sesama manusia, sering terjadi ia akan mudah dilupakan oleh sekali kesilapan yang tidak sengaja kau lakukan.." - Rintihan Rasa, 03/12/2008, 12.22 a.m -

Rabu, 3 Disember 2008

Rintihan Rasa.. Di Permulaan Bicara..


Salamm semua...

Ini adalah post aku yang pertama di blog ni sebagai pengenalan. Hmm.. lama benar dah rasanya aku tak menulis blog semenjak blog lama aku dulu kena hack. Secara jujurnya, aku ni bukanlah pandai sangat menulis blog ni. Cuma sekadar suka-suka nak berkongsi menulis apa-apa yang aku fikirkan wajar. Menyingkap segala pahit maung kehidupan, ragam dan telatah manusia yang berlaku di sekeliling aku. Dan juga apa-apa info yang berguna untuk dikongsi bersama korang semua... InsyaAllah, blog ni akan aku cuba kemaskini seminggu sekali bergantung kepada tahap kerajinan dan bahan-bahan yang ada. Kadang-kadang idea tak datang tu pun susah gak. Maklumla, dah lama tak menulis ni maka skill pun dah mula kurang..

Bila cerita tentang blog ni, bagi aku dah ramai sangat blogger yang muncul dengan pelbagai konsep dalam mengutarakan idea dan pandangan terhadap sesuatu perkara. Boleh kita katakan, blog ini bukanlah sesuatu yang asing lagi malahan ahli politik pun sekarang ni dah pandai nak tulis blog jugak! Mungkin salah satu cara nak pancing undi jugak kot... He, tapi itu terpulang kepada selera masing-masing. Kalau nak berblog ni boleh, tapi nasihat aku janganlah terlalu ekstrim sangat. Blog boleh menjadi senjata yang cukup berbahaya seperti juga lidah yang mewakili hati apabila menuturkan bicara. Maklumlah, kalau diikutkan sekarang ni bila sebut bab-bab demokrasi ni, bagi aku dah takde lagi istilah demokrasi dalam berblog ni.. Kalau tak, takkan la RPK tu sampai kena tahan berhari-hari di ISA gara-gara penulisan berbisanya dalam blog yang mengkritik dasar-dasar kerajaan. Mungkinkah kerajaan sekarang ni dah tak boleh ditegur? Huh! aku malas nak komen banyak-banyak... Nanti dituduh macam-macam pulak.. huhu.. Oklah, jumpa lagi di pos berikutnya..

"Hubungan kita diibaratkan kertas dan pena.. Biarpun hitam atau merah, buruk atau indah, teserahlah pada si PENULISnya.. - Rintihan Rasa, 03/12/2008, 11.38 p.m -"