Memaparkan catatan dengan label negeri sembilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label negeri sembilan. Papar semua catatan

Ahad, 10 Januari 2010

Jalan-jalan : Jom Tengok Bola! :)


Salamm semua..

Bertemu lagi kita. Lama sgt dah rasanya aku tak menulis pasal aktiviti aku dalam blog ni. Asyik tulis fakta je. Hehe.. biasala.. idea ni kadang-kadang datang kadang-kadang langsung takde. Lagi satu mood nak menulis pun kena ada juga. Kalau takde mood tu yang banyak tulis pasal ntah hapa-hapa tu.

Semalam (9/1/10) seperti yang korang tau ada game bola antara Negeri Sembilan vs Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah. So, aku pun sebagai salah seorang penyokong skuad Rusa bersama dengan sepupu-sepupu & bapak sedara aku turun ke stadium sekitar pukul 6.00 petang kitorang dah bertolak dari Jelebu ke Seremban untuk memberikan sokongan.


Yihaaa.. dah dapat tiket!

Sampai stadium dalam pukul 6.45, aku tengok penyokong kedua-dua pasukan dah mula ramai memenuhi perkarangan stadium. Perghh..!! meriah. Penuh dengan lautan manusia berpakaian warna kuning & merah. Aku sendiri pun terpaksa parking kereta jauh sikit (luar kawasan stadium) sebab parking sekitar stadium dah habis penuh.



Dah sampai stadium. Jambaru je tunjuk pukul 6.47 tapi..


Tengok tu.. orang dah ramai memenuhi stadium. Penuh sesak luar stadium dengan kereta.

Sebelum masuk stadium, kitorang isi perut dulu kat gerai-gerai yang banyak kat perkarangan luar. Pekena Char Kuey Teow Kerang.. Huhu.. Sodapnyoo.. Lepas makan pusing-pusing jap kat luar stadium yang meriah bukan saja dengan peminat bola tapi dengan barang-barang jualan macam t-shirt, skaf, serunai dan ntah hapa-hapa lagi yang banyak dijual dengan harga yang berpatutan sekitar RM10-RM20 setiap satu (tapi aku tak beli pun.. huahua..).


Singgah isi perut jap kat kedai makan. Kelihatan ramai para penyokong pun turut mengisi perut sama.


'Ya bang.. mari2 pilih. Serunai pun ada.. RM10 je..'


Antara barang-barang merchandise yang ada dijual pada hari perlawanan. Meriah kan!

Sekitar pukul 8, masing-masing dah start berpusu-pusu masuk stadium walaupun game akan start pukul 9 nanti. Lepas masuk dan ambik tempat, aku sempat perhati suasana sekitar dalam stadium. Huh.. suasana gamat dalam stadium memang pantas saja membangkitkan semangat. Memang lain la rasa berbanding dengan tengok live dalam TV. Dengan hingar bingar pekikan suara penyokong dan bunyi gendang dipalu menyanyikan lagu-lagu berselang seli sorakan semangat ‘Hobin Jang Hobin’ di samping hamparan banner gergasi dan banner yang bertulis kata-kata menyuntik semangat memenuhi ruang stadium. Tapi sikap segelintir penyokong yang mementingkan diri sendiri dengan membaling botol air dan mercun ke padang mencacatkan seri perlawanan kali ini. Pastinya akan berlaku pertembungan hebat malam ni sebab status kedua-dua pasukan yang bergelar Juara Piala Malaysia (Negeri Sembilan) dan Juara Piala FA (Selangor) bersaing merebut satu lagi piala yang tak kurang hebatnya iaitu Piala Sultan Ahmad Shah. Kira-kira pukul 8.15, kedua-dua pasukan turun ke padang dalam sessi memanaskan badan sebelum game bermula pukul 9 malam nanti.


Pukul 8 malam - Keadaan stadium. Penuh sesak dengan penyokong kedua-dua pasukan. Semangat sungguh!


Pukul 8.15 - Team Negeri Sembilan masuk padang buat warm-up. Yihaaaa...!!

Sebaik saja pegumuman kedua-dua pasukan masuk semula ke padang, jeritan kedua-dua penyokong pasukan yang memenuhi 90% stadium mula menggegarkan stadium dan semakin rancak bila sepak mula dilakukan menandakan permainan telah dimulakan. Corak permainan yang pantas dan serangan bertali arus dari Negeri Sembilan pada separuh masa pertama ini cukup mengujakan di mana beberapa hantaran dan upanan cantik sering saja menerjah masuk ke kawasan Selangor. Selangor nampaknya lebih banyak bertahan tetapi pertahanan mereka bocor juga apabila pada minit ke-25 pasukan Negeri Sembilan menjaringkan gol pendahuluan melalui tandukan Idris Kadir menjadikan Pasukan Negeri Sembilan mendahului pasukan Selangor 1-0 dan kedudukan ini berlarutan sehingga habis separuh masa pertama.


Pukul 9 mlm - Wisel sepak mula dibunyikan. Action!


'Itu dia.. bola dihantar cantik ke gawang.. ditanduk oleh Idris Karim dannnn.....,'


"GOOOOLLLLLLLL!!!!'


Gelagat salah seorang penyokong yang begitu semangat - "Whoiiiii!!! Keluar! Keluar! Kau pandai main ke tak nih haaa!!!? Ngabihkan boreh yo!"

Tersentak dengan gol pendahuluan pasukan Negeri Sembilan, Selangor bangkit menyerang bertubi-tubi ke kubu pasukan Negeri Sembilan pada separuh masa kedua. Asakan bertali arus ke gawang Negeri Sembilan menghasilkan gol penyamaan bagi Selangor melalui Safee pada minit ke-70 permainan. Ketika ini, jeritan dan sorakan penyokong dari kedua-dua pasukan semakin menggila. Masing-masing mengharapkan kemenangan tetapi akhirnya nasib sekali lagi menyebelahi Selangor menerusi gol kemenangan jaringan Surendran pada minit ke-82 dan kedudukan 2-1 kekal hingga membawa ke akhir permainan. Keputusan akhir Selangor menang tipis ke atas Negeri Sembilan 2-1 (Huhu.. sedih aku.. Negeri Sembilan kalah).


Para penyokong menderu keluar stadium macam kambing keluar kandang selepas permainan tamat.


Huhu.. sesak gila kat luar stadium. Nak keluar kereta pun tak boleh. Terpaksa la tunggu.

Habis game, masing-masing dah berpusu-pusu keluar stadium dan jalan tiba-tiba jammed tak ingat. Nasib baik jugak aku dapat lepas dan sekitar pukul 12.00 malam aku dah sampai kat rumah semula. Walaupun pasukan Negeri Sembilan tewas, aku tetap berpuas hati sebab diorang melawan habis-habisan dan permainan yang cantik sekali antara kedua-dua pasukan. Syaba pada pasukan Hobin Jang Hobin atas semangat yang ditunjukkan dan tahniah kepada pasukan Selangor yang berjaya menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat kali ke sembilan pada kali ini. Walau berbeza pasukan, kita tetap rakyat Malaysia.. Hehe.. oklah. Choww...

“HOBEN JANG HOBEN!”

- Rintihan Rasa, 10hb. Januari 2010, 11.30 a.m -

Sabtu, 27 Disember 2008

Al-Fatihah Untuk Almarhum YTM Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan..



Innalillahi wainna ilaihi roji'un...,

Pada hari ini, 27hb. Disember 2008, Baginda Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman telahpun mangkat pada jam 11.45 pagi tadi di Bilik Rawatan VIP, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban akibat serangan angin ahmar. Semoga roh baginda dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...

- AL-FATIHAH -


(Rintihan Rasa, 27hb. Disember 2008, 10.10 p.m)

Jumaat, 26 Disember 2008

Hari Keluarga Di Port Dickson



Salamm semuaa..

Semalam (25hb. Disember 08), Opis aku ada buat family day untuk semua staff... Kali ni kat Pantai Cahaya, Batu 4, PD lak. Alhamdulillah, so far, semuanya berjalan lancar. Family day ni dibuat under Kelab yang mana aku sendiri jadi Bendahari. So, dari hari sebelumnya pun memang aku dan para AJK yang lain pun masing-masing sibuk buat preparation mana yang patut. Walaupun dengan budget yang ciput dan masa yang agak singkat, tapi Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Aku tak nafikan, memang susah nak puaskan hati semua orang bila melibatkan suatu kerja dalam teamwork yang ramai sebegini. Tak mustahil akan ada kedengaran suara-suara tak puas hati dari mulut mereka yang tak memahami dan yang hanya tau bercakap tapi hampeh dalam membuat kerja. Biasaklah, puak-puak yang perasan bagus dan suka 'buat-buat penting' ni memang camni. Tapi, aku pedulik hapa!!

Keadaan pantai yang landai, cuaca cerah dan pemandangan yang cantik. Memang syok lepak kat sini. Ehemm.. Oit MPPD, aku dah promote kawasan korang dalam blog aku ni. Takde komisen ke? Wakaka..!!

Family day kali ni memang pack sebab dibuat seharian penuh bermula pukul 9 pagi lagi sampai pukul 4.30 petang. Perghh!! pengisian program memang padat laa.. maklumla, semua nak setel dalam satu hari jee.. Tapi, as long as meriah dan berjalan lancar semua tu tak jadi hal. Siapa lagi nak buat sesuatu tu jadi meriah kalau bukan kita sendiri kan. Ditambah pulak dengan keletah DJ jemputan yang memang pandai memeriahkan suasana maka suasana memang tak sunyi dari keriuhan dan gelak ketawa tetamu sampaikan menarik perhatian pengunjung lain lak! Hehe.. mintak mahap banyak-banyaklah kak yo.. ni Family Day untuk staff MDJ yo.. kitorang dah siap booking awal-awal laie tompek ni. Siap bayar laie kek MPPD (Majlis Perbandaran Port Dickson) bil sewo tapak eh.. So taklehla akak momandai-mandai nak masuk.. So, paham-pahamlah yo!? Orraiiittt!!! :D

Jeti pengunjung yang menganjur ke laut, kawasan laluan pejalan kaki dan benteng batu yang dibina mengadap laut. Pemandangan yang cantik kat sini. Sampai termenung la aku sekejap kat situ. (Sebenarnya tengah nyesal sebab terlupa bawak pancing! Ciss..!!)

So far, memang masing-masing enjoy aku nampak. Yang paling seronok budak-budak kecik la.. Suasana lak kat tepi laut dan fasiliti semua cukup. View yang cukup cantik.. Ada taman permainan, jalan pesiar kaki, wakaf, tandas awam dan tempat salin baju.. memang takde masalah kalau nak mandi-manda mahupun nak bersantai bersama keluarga. Pengisian Family day kali ni boleh tahan juga.. dengan acara sukaneka yang disertai oleh budak-budak merangkumi hingga ke mak bapak budak. Semua boleh join! Hehehe.. memang syok.. Macam-macam perangai yang dapat ditengok. Masa ni la semua pangkat bos atau staff biasa dah tak nampak lagi. Semua dah macam satu keluarga. Boleh bersuka ria dan bergelak ketawa bersama-sama... Sebenarnya, ni la matlamat Family day dibuat pun - untuk merapatkan hubungan sesama keluarga dan sesama kakitangan. Mana-mana yang bergaduh or tak ngam, atau jarang berjumpa dan tak berapa kenal antara satu sama lain pun boleh ambil peluang ni untuk merapatkan lagi hubungan. So, senang la sikit kalau nak kerja dan kalau ada jumpa kat luar pun takdelah buat tak tahu je sebab tak kenal ye tak. Maka, nak kerja pun senang la sikit..

Acara tarik tali lelaki & perempuan (bukan lelaki tarik pompuan tau!)... Tengok tu.. Muka masing-masing dah macam orang kena sembelit. Aku lak jadik batu api je kat tepi sambil ambik gambar. Wakaka..!!


Acara lari ikat kaki berpasangan (suami isteri). Kelihatan para isteri sedang sibuk menambat kaki laki masing-masing agar tak cabut lari tinggalkan diorang untuk cari awek-awek mat salleh yang berpakaian seksi ala-ala heroin cerita Baywatch kat tepi pantai tu.

Selepas majlis penyampaian hadiah dan cenderamata petang tu dan majlis bersurai, maka bermulalah acara mandi-manda ala free-style kat pantai tu.. Hehehe.. Macam kobau jumpo kubang dah perangai masing-masing bilo nampak laut. Budak-budak lagi la.. mandi sampai tak ingat dunia nak-nak lagi cuaca pun Alhamdulillah redup je sepanjang hari ni dari pagi. Panas tidak hujan pun tidak.. Memang ada 'Ong' la kata orang cina.. Tapi, aku terpaksa balik cepat sebab maklum je laa.. bawak orang tua (Wan / Nenek aku).. bila dah petang-petang mula la teringat kat ayam itik dia tak masuk reban dan belum bagi makan lagi... So, dah pukul 5 tu terpaksa la balik dulu.. Tapi, aku tak kisahla semua tu janji semuanya dah setel dan berjalan lancar.. Alhamdulillah.. Lepas ni siap la aku nak prepare cek nak bayar bil-bil yang ribu-ribu tu.. Maklumla Bendahari.. Huhuhu...

Kat sini ada sedikit gambar-gambar masa Family day tu yang sempat aku snap. What the sweet memories.. Enjoy!


"Ada manusia yang hidup untuk menipu, menipu untuk hidup, dan... hidup untuk ditipu??" - Rintihan Rasa, 26hb. Disember 2008, 1.00 p.m -