Filem ni mengisahkan tentang Anil (Mikrun Chakraborty), seorang penyanyi dan penari jalanan yang dihantui oleh kisah silam ibunya (Gita Siddarth) yang sering dipukul dan dihina oleh seorang kaya, P.N Oberoi (Om Shivpuri) dalam satu insiden semasa beliau masih kecil. Semasa David Brown (Om Puri), pengurus kepada bintang disko bernama Sam (Karan Radzan) sedang mencari bakat baru untuk pengganti Sam, dia secara kebetulan telah menemui Anil yang sedang asyik menari di jalanan. Hasil didikan David dan dengan nama glamour sebagai ‘Jimmy’, Anil akhirnya berjaya meraih populariti sebagai ‘Disco Dancer Star’ yang baru menggantikan Sam seterusnya turut meraih perhatian dari Rita (Kim), anak P.N Oberoi. Semuanya berjalan dengan baik sehinggalah Oberoi yang dapat menghidu hubungan Jimmy dan Rita tidak senang dengan hal ini. Ditambah pula dengan hasutan oleh Sam yang mencemburui Jimmy. Oberoi telah mengupah orang untuk membuat sabotaj dengan merenjatkan 5000 volt elektrik pada gitar yang digunakan oleh Jimmy semasa membuat persembahan, menyebabkan nyawa ibu Jimmy yang berada di situ melayang akibat dari insiden jahat yang dirancang itu. Manakala Jimmy pula dibelasah teruk hingga patah riuk oleh orang-orang suruhan Oberoi. Ini menyebabkan Jimmy menjadi fobia dengan gitar yang telah 'membunuh' ibunya dan murung hinggga tidak mahu meneruskan kariernya. Dalam masa yang sama, pertandingan ‘International Disco Dancing Competition’ semakin hampir dan Jimmy perlu memulihkan dirinya untuk menghadapi saingan yang sengit dari pasukan Afrika dan Paris. Apakah kesudahannya? Bagaimana pula hubungan antara Jimmy dan Rita? Korang cari filem ni dan tonton sendiri ye. Kang kalau aku cerita sampai habis, lemak la korang.. hehehe.. :D
Watak Anil / Jimmy lakonan Mikrun Chakraborty
Susunan muzik untuk filem ini telah dibuat oleh Bappi Lahiri, di mana 4 dari 7 lagunya telah dimasukkan unsur-unsur muzik dari barat.
Senarai Lagu-lagu dalam filem ni. Sejujurnya, semua lagu-lagu ni best belaka :
- Goron Ki Na Kalon Ki - Suresh Wadkar, Usha Mangeshkar
- Auva Auva: Koi Yahan Nache - Usha Uthup, Bappi Lahiri)
- Ae Oh Aa Zara Mudke - Kishore Kumar
- Krishna Dharti Pe Aaja Tu - Nandu Bhende
- I Am A Disco Dancer - Vijay Benedict
- Jimmy Jimmy Jimmy Aaja - Parvati Khan
- Yaad Aa Raha Hai - Bappi Lahiri
- Directed by : Babbar Subhash
- Produced by : Babbar Subhash, Tilotima Babbar Subhash
- Written by : Dr. Rahi Masoom Reza, Balraj Deepak Vij
- Starring : Mithun Chakraborty, Kim, Om Puri, Rajesh Khanna, Gita Siddharth
- Music by : Bappi Lahiri
- Release date : 1982
- Running time : 135 min
- Language : Hindi
Bagi korang yang meminati cerita-cerita hindustan dan Hindi, aku cadangkan korang kena cari filem ni untuk dibuat koleksi dan tonton. Memang syok! Walaupun aku ni bukanla peminat cerita Hindustan, tapi ini kira filem klasik yang aku suka dari segi susunan cerita dan lagu-lagunya. Aku bagi 4 bintang untuk filem ni. ehe..
Oh ya.. ni ada sedikit 'buah tangan' untuk korang. Lagu tema filem ni - I Am A Disco Dancer. Untuk muat turun, sila klik link kat bawah tu.. Hehe.. Memang best lagu ni. Layannnn... :)
- Muat Turun : Vijay Benedict - I Am A Disco Dancer.mp3
'Bukan mudah untuk berjaya andai tidak berusaha, tetapi untuk mempertahankan sesuatu kejayaan itulah yang lebih susah.' - (Rintihan Rasa, 31hb. Disember 2008, 10.15 p.m) -
0 komen:
Catat Ulasan