Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan

Ahad, 10 Januari 2010

Jalan-jalan : Jom Tengok Bola! :)


Salamm semua..

Bertemu lagi kita. Lama sgt dah rasanya aku tak menulis pasal aktiviti aku dalam blog ni. Asyik tulis fakta je. Hehe.. biasala.. idea ni kadang-kadang datang kadang-kadang langsung takde. Lagi satu mood nak menulis pun kena ada juga. Kalau takde mood tu yang banyak tulis pasal ntah hapa-hapa tu.

Semalam (9/1/10) seperti yang korang tau ada game bola antara Negeri Sembilan vs Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah. So, aku pun sebagai salah seorang penyokong skuad Rusa bersama dengan sepupu-sepupu & bapak sedara aku turun ke stadium sekitar pukul 6.00 petang kitorang dah bertolak dari Jelebu ke Seremban untuk memberikan sokongan.


Yihaaa.. dah dapat tiket!

Sampai stadium dalam pukul 6.45, aku tengok penyokong kedua-dua pasukan dah mula ramai memenuhi perkarangan stadium. Perghh..!! meriah. Penuh dengan lautan manusia berpakaian warna kuning & merah. Aku sendiri pun terpaksa parking kereta jauh sikit (luar kawasan stadium) sebab parking sekitar stadium dah habis penuh.



Dah sampai stadium. Jambaru je tunjuk pukul 6.47 tapi..


Tengok tu.. orang dah ramai memenuhi stadium. Penuh sesak luar stadium dengan kereta.

Sebelum masuk stadium, kitorang isi perut dulu kat gerai-gerai yang banyak kat perkarangan luar. Pekena Char Kuey Teow Kerang.. Huhu.. Sodapnyoo.. Lepas makan pusing-pusing jap kat luar stadium yang meriah bukan saja dengan peminat bola tapi dengan barang-barang jualan macam t-shirt, skaf, serunai dan ntah hapa-hapa lagi yang banyak dijual dengan harga yang berpatutan sekitar RM10-RM20 setiap satu (tapi aku tak beli pun.. huahua..).


Singgah isi perut jap kat kedai makan. Kelihatan ramai para penyokong pun turut mengisi perut sama.


'Ya bang.. mari2 pilih. Serunai pun ada.. RM10 je..'


Antara barang-barang merchandise yang ada dijual pada hari perlawanan. Meriah kan!

Sekitar pukul 8, masing-masing dah start berpusu-pusu masuk stadium walaupun game akan start pukul 9 nanti. Lepas masuk dan ambik tempat, aku sempat perhati suasana sekitar dalam stadium. Huh.. suasana gamat dalam stadium memang pantas saja membangkitkan semangat. Memang lain la rasa berbanding dengan tengok live dalam TV. Dengan hingar bingar pekikan suara penyokong dan bunyi gendang dipalu menyanyikan lagu-lagu berselang seli sorakan semangat ‘Hobin Jang Hobin’ di samping hamparan banner gergasi dan banner yang bertulis kata-kata menyuntik semangat memenuhi ruang stadium. Tapi sikap segelintir penyokong yang mementingkan diri sendiri dengan membaling botol air dan mercun ke padang mencacatkan seri perlawanan kali ini. Pastinya akan berlaku pertembungan hebat malam ni sebab status kedua-dua pasukan yang bergelar Juara Piala Malaysia (Negeri Sembilan) dan Juara Piala FA (Selangor) bersaing merebut satu lagi piala yang tak kurang hebatnya iaitu Piala Sultan Ahmad Shah. Kira-kira pukul 8.15, kedua-dua pasukan turun ke padang dalam sessi memanaskan badan sebelum game bermula pukul 9 malam nanti.


Pukul 8 malam - Keadaan stadium. Penuh sesak dengan penyokong kedua-dua pasukan. Semangat sungguh!


Pukul 8.15 - Team Negeri Sembilan masuk padang buat warm-up. Yihaaaa...!!

Sebaik saja pegumuman kedua-dua pasukan masuk semula ke padang, jeritan kedua-dua penyokong pasukan yang memenuhi 90% stadium mula menggegarkan stadium dan semakin rancak bila sepak mula dilakukan menandakan permainan telah dimulakan. Corak permainan yang pantas dan serangan bertali arus dari Negeri Sembilan pada separuh masa pertama ini cukup mengujakan di mana beberapa hantaran dan upanan cantik sering saja menerjah masuk ke kawasan Selangor. Selangor nampaknya lebih banyak bertahan tetapi pertahanan mereka bocor juga apabila pada minit ke-25 pasukan Negeri Sembilan menjaringkan gol pendahuluan melalui tandukan Idris Kadir menjadikan Pasukan Negeri Sembilan mendahului pasukan Selangor 1-0 dan kedudukan ini berlarutan sehingga habis separuh masa pertama.


Pukul 9 mlm - Wisel sepak mula dibunyikan. Action!


'Itu dia.. bola dihantar cantik ke gawang.. ditanduk oleh Idris Karim dannnn.....,'


"GOOOOLLLLLLLL!!!!'


Gelagat salah seorang penyokong yang begitu semangat - "Whoiiiii!!! Keluar! Keluar! Kau pandai main ke tak nih haaa!!!? Ngabihkan boreh yo!"

Tersentak dengan gol pendahuluan pasukan Negeri Sembilan, Selangor bangkit menyerang bertubi-tubi ke kubu pasukan Negeri Sembilan pada separuh masa kedua. Asakan bertali arus ke gawang Negeri Sembilan menghasilkan gol penyamaan bagi Selangor melalui Safee pada minit ke-70 permainan. Ketika ini, jeritan dan sorakan penyokong dari kedua-dua pasukan semakin menggila. Masing-masing mengharapkan kemenangan tetapi akhirnya nasib sekali lagi menyebelahi Selangor menerusi gol kemenangan jaringan Surendran pada minit ke-82 dan kedudukan 2-1 kekal hingga membawa ke akhir permainan. Keputusan akhir Selangor menang tipis ke atas Negeri Sembilan 2-1 (Huhu.. sedih aku.. Negeri Sembilan kalah).


Para penyokong menderu keluar stadium macam kambing keluar kandang selepas permainan tamat.


Huhu.. sesak gila kat luar stadium. Nak keluar kereta pun tak boleh. Terpaksa la tunggu.

Habis game, masing-masing dah berpusu-pusu keluar stadium dan jalan tiba-tiba jammed tak ingat. Nasib baik jugak aku dapat lepas dan sekitar pukul 12.00 malam aku dah sampai kat rumah semula. Walaupun pasukan Negeri Sembilan tewas, aku tetap berpuas hati sebab diorang melawan habis-habisan dan permainan yang cantik sekali antara kedua-dua pasukan. Syaba pada pasukan Hobin Jang Hobin atas semangat yang ditunjukkan dan tahniah kepada pasukan Selangor yang berjaya menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat kali ke sembilan pada kali ini. Walau berbeza pasukan, kita tetap rakyat Malaysia.. Hehe.. oklah. Choww...

“HOBEN JANG HOBEN!”

- Rintihan Rasa, 10hb. Januari 2010, 11.30 a.m -

Khamis, 29 Januari 2009

Cuti-cuti Malaysia : Trip Ke Melaka Bandaraya Bersejarah (25-27/01/2009)

Salamm semua..

Huhu.. kembali bekerja setelah cuti panjang sempena Chinese New Year (CNY) yang lepas. Apa aktiviti korang masa cuti CNY hari tu? Aku rasa ramai antara korang yang akan habiskan masa cuti umum yg bersekali dengan cuti hujung minggu ni dengan aktiviti bersama family. Maklumlah bukan senang nak dapat cuti 4 hari berturut-turut. Macam aku kat sini juga. Untuk kali ni aku ada trip ke rumah Pak Sedara aku di Melaka. Sajeee.. bercuti-cuti Malaysia. Hehe.. Seronok beb! Sebab di samping bercuti, niat aku gi sana pun sebab nak gi memancing kat laut. Sebenarnya, aku dan pak-pak sedara aku ni memang la sekepala dalam satu bab – memancing! So, ada la dalam 3 hari 2 malam kitorang kat sana. Kat bawah ni adalah catatan pengalaman aku sepanjang kat sana. Ehe..

Hari Pertama (25/01/2009) :

Kitorang bertolak dari Jelebu pukul 5 petang. Cuaca pun nampak baik je petang ni. So, perjalanan takde masalah. Tambahan pulak bila keluar dari Tol Senawang ke highway PLUS pun takde traffic jam yang menyesakkan kepala. Memang santai drive dalam keadaan cuaca yang redup gini. Aku pun drive takdela laju : 90 – 100km/j je. Hehe.. berdedikasi kan aku. Lagipun bukan ada apa nak terkejar-kejar sangat. Sedar tak sedar dalam pukul 7 petang dah sampai pun ke rumah Pak Uda aku di Kesang Tua, Jasin, Melaka.


Keadaan Highway yang lengang sepanjang perjalanan. Hehe.. Memang seronok kalau speed laju-laju dalam keadaan jalan gini tapi...


... aku cuma drive dalam kelajuan biasa jee.. 90-100km/j. Malas nak drive laju. Santai lak rasanya. Cuaca pun redup je. 'Feel' rasanya time drive. Hehe...


Pokok cili api kat rumah Pak Uda aku di Jasin. Buah cili warna Ungu!? Apa lak kejadahnyaaa...??

Selesai mandi-mandi dan lepas je waktu makan, aku tengok diorang ni semua dah siap-siap angkut peralatan pancing masing-masing. Aik! Rupa-rupanya malam ni diorang dah ada plan nak ke Padang Temu gi memancing. Pergh! Excited sungguh. Penat drive pun tak hilang lagi ni. Tapi aku mana boleh tolak offer yang best gini. So, aku pun join sekali laa... Bertolak pukul 8 malam dan sampai kat Padang Temu pukul 8.30 malam. Hmm.. best jugak tempatnya. Betul-betul kat belakang kawasan taman perumahan (aku lupa nama taman apa) yang menghadap ke laut lepas. Tak buang masa, dengan berumpankan Umpun-umpun kitorang terus je keluarkan pancing. Lama gak memancing kat situ. Sampai pukul 3 pagi baru balik rumah. Dapatla ikan Gelama dalam 2-3 ekor jee.. Pancing lak asyik tersangkut je kerjanya. Sebab kawasan ni banyak batu yang digunakan menambak tebing pantai supaya tak runtuh kena hakisan ombak. Bila air laut mula surut sekitar pukul 9.30 baru la kitorang perasan kewujudan batu-batu besar ni. Aku sendiri dah 4 kali tersangkut. Hampeh betul! Tapi takpe, esok masih ada. Hehehe....

Hari Kedua (26/01/2009) :

Perrghh! Liatnya nak bangun pagi. Tido lewat la katakan malam tadi. Lepas je mandi dan sarapan pagi dalam pukul 9, aku gi lepak-lepak kat luar dengan pak-pak sedara aku ni sambil setting pancing untuk trip memancing malam ni. Bila check balik, banyak gak barang nak kena beli balik macam batu ladung, mata kail, perambut, kekili dan tali pancing. Masalahnya, banyak kedai kat Jasin ni tutup sebab CNY hari ni. Akhirnya, kitorang ramai-ramai pegi ke Pekan Tangkak kat Johor semata-mata nak cari barang pancing je. Hehehe.. Gila kan! Sanggup sebab gila pancing punya pasal..Tapi, takde apa sangat la sebab jaraknya takdela jauh lebih kurang 28KM je dari Jasin. Dah dekat dengan sempadan negeri Johor-Melaka pun. Sementara diorang (nenek, mak dan mak sedara aku) gi shopping apa-apa yang patut (beli kain la paling banyak aku tengok), aku dan pak-pak sedara ni lak pegi survey kedai pancing. Tapi hampehhhh!! Takde kedai pancing yang bukak! Rata dah rasanya kitorang merayau jalan kaki kat Pekan Tangkak tu. Akhirnya, kitorang surrender.. Nampaknya kena singgah kat Pekan Jasin la balik nanti. Harap-harap la ada. Huhu...


Gini la keadaan Pekan Tangkak di cuti CNY.. Tetap sesak ntah hapa-hapa walaupun banyak kedai yang tutup. Huhu...


Antara gedung membeli-belah yang sempat dikunjungi untuk menghabiskan duit pada hari itu...


Yaaa... Pilihh.. Pilihh.. Duit korang, bukan duit aku. Aku pedulik hapaaaa..!! Silakan membeli belah. Lepas beli bolehlah kita blah! Muahahaha..!! (Ayat bengang sebab tak jumpa kedai pancing la ni. Kih! Kih! Kih!)

Pukul 3.30, kitorang bertolak balik dan singgah kat Pekan Jasin sekejap. Puas rayau-rayau tapi punnn.. Hampehh!! Takde kedai pancing yang bukak. Ni la masalahnya bila bidang perniagaan dimonopoli oleh satu bangsa saja. Sekali di tutup, habis semuanya takde. Hishh... Alahai, camne nih. Nak tak nak, nanti pakai je la stok barang yang ada. Harap-harap la malam ni takde banyak masalah. Kalau tak, naya. Huhuhu...


Pemandangan kat Pekan Jasin. Lengang je hari tu...

Kitorang sampai semula kat rumah dalam pukul 5 petang. Laaa... lama betul merayau hari ni. Lepas rehat-rehat jap dan dah mandi. Kitorang mengadap makan malam pulak. Hu.. laparnya perut. Maklumlah, siang tadi dah penat merayau. Lepas je habis makan, dalam pukul 8.30 kitorang terus bertolak ke Padang Temu. Hehe.. nak repeat balik la kiranya ni. Tapi kali ni beralih tempat sikit je dari lokasi semalam. Aku suka kawasan ni. Satu kawasan yang lapang dengan benteng batu ditambak sepanjang pantai yang aku anggarkan sepanjang hampir 2KM. Angin laut pulak bertiup nyaman jee... Pergh! Tak berlengah kitorang keluarkan pancing. Disebabkan CNY, maka kitorang boleh nampak dari jauh letupan mercun dan bunga api yang berwarna-warni kat langit malam di Bandar Melaka. Cantiknya... Leka aku sekejap. Malangnya, untuk malam ni, kitorang terpaksa balik seawal pukul 12 sebab kehabisan umpan! Aisehhh.. salah bajet la kali ni. Dah la tak dapat hasil (Tangan kosong la tu. Malunyaa...).. Huh! Takleh jadi ni. Masa OTW balik kat dalam kereta, kitorang dah pakat nak memancing kat Pantai Pengkalan Balak pulak siang esoknya. Lagipun esok last day kitorang kat sini. Hehe... Tido awal nampaknya malam ni. Takpe simpan tenaga untuk esok lak. Lalalaaa...

Hari Ketiga / Terakhir (27/01/2009) :

Hari terakhir kitorang kat sini. Lepas je sarapan pagi, kitorang terus berkemas barang dan bertolak ke Pantai Pengkalan Balak, Kuala Linggi seawal pukul 9.30 pagi. Haaa... jauh gak kali ni. Sebab Pengkalan Balak ni letaknya bersempadan betul-betul dengan Port Dickson, Negeri Sembilan. Kitorang sampai kat Pengkalan Balak pukul 10.30 pagi. Mak aih! Ramainya manusia. Ni semua stok nak ngabihkan cuti CNY la ni. Tapi yang aku tengok ramai orang Melayu kita je. Orang Cina takdela ramai mana pun. Hehe.. Biasalah tu.. Lepas dapat parking dan bawak turun barang-barang, Sessi berkelah pun bermula. Budak-budak la yang paling seronok. Tak sabar-sabar terus je serbu ke laut sebaik je keluar kereta. Macam kambing keluar kandang daaa... Huhuhuuuu...


Pengkalan Balak.. Destinasi terakhir kita pada kali ini. Hehehe...


Memang cantik view kat sini. Pantainya pun bersih je. Kawasan yang sesuai untuk bermandi-manda.


Haaa.. ni salah satu aksi pengunjung kat sebelah port kitorang yang sempat aku snap gambarnya. Dah tanam separuh dah tu. Pasni, kitorang dah berkira-kira untuk bacakan Talqin pulak. Innalillahhh... Huhuhu...


Kami yang lelaki ni pulak, stick dengan plan kitorang semalam – memancing. Lepas je beli Umpun-umpun untuk buat umpan memancing (rabak gak la RM24. Huhuhu...), kitorang terus cari port yang baekkk punya dan tak ramai orang untuk melontar tali pancing ke laut. Nyata kali ni kitorang tak bersendirian sebab ada ramai lagi kaki-kaki pancing kat tepi pantai ni. Nasib kali ni agak baik. Dapat la jugak 5-6 ekor ikan walaupun takla sebesar mana (saiz 3 jari jeee.. hehehe..) tapi jadi la dari takde langsung.


Antara aksi pemancing-pemancing terlampau yang sempat dirakamkan. Kita tengok sapa dulu dapat ikan. Jangan komen lebih-lebih. Nanti berbirat badan kena sebat dengan batang pancing. Hehehe...


Umpan yang digunakan (Umpun-umpu pasir). Satu plastik tu harganya RM8. Ada 3 plastik so dah jadi RM24. Kalau tak dapat jugak ikan, tak tahu la.. Nak kena beli umpan Burger Ayam la pulak agaknya. Huhuhu..


Weiii.., sembang sembang jugak, ingat-ingatla sandwich sardin tu kat orang belakang pulak. Laju je korang menyuap.

Makan tengahari kat tepi laut memang la best. Mungkin sebab perut memang tengah kebulur di samping pemandangan yang indah kat tepi laut. Huhu... Tapi, yang aku peliknya, budak-budak ni hardcore betul bab-bab mandi laut. Lepas je makan, terus turun mandi laut balik! Dah la cuaca panas tak ingat. Pukul 4.30 petang, kitorang berkemas dan siap-siap untuk bertolak balik ke Jelebu semula ikut susur keluar ke highway melalui tol Alor Gajah. Tapiii....,


Traffic jam di sepanjang jalan menuju ke tol Alor Gajah. Time ni aku dah start tensen dah. Dah la cuaca panas. Huhu...

Mak oi! Traffic jam tak ingat la pulak sepanjang jalan nak ke tol. Aku ingat ada la 2 kilometer kot. Baru aku teringat, ni hari last cuti CNY so memang berpusu-pusu la orang nak balik KL atau bandar-bandar lain sebab esok nak keje. Ada la dalam 45 minit kot baru la lepas dari tol dan masuk ke highway PLUS. 20KM yang pertama, trafik OK je.. Tapi bila dah sampai ke kat depan R&R Senawang, sekali lagi traffic jam dan kali ni lebih teruk! Hadoi! Sabar je laaa... aku tengok jam kat dashboard kereta. Dah pukul 7.15 dah ni. Padanla hari dah samar-samar je... No choice, terpaksa la bertenang dalam traffic jam yang merimaskan ni. Seksa sungguh nak menyampaikan ke EXIT Senawang tu. Dalam pukul 8.45 baru aku dapat keluar dari highway dan terus ke tol Senawang. Syukur Alhamdulillah, Bandar Seremban tak jam.. Akhirnya kitorang selamat sampai ke Jelebu pukul 9.15..


Traffic jam di Highway PLUS ke arah Senawang. Pergh! Sampai malam weiii... Kalau yang nak balik ke KL tu, aku tak tau la camne. Lagi tensen kot! Huhuhu...

Bila dah sampai kat rumah ni dan dah siap-siap mandi serta makan nasik, baru la terasa betapa lenguhnya badan. Huiii.., Rindu betul aku kat katil bujang aku ni. Tapi sebelum merebahkan badan, sempat gak la online jap untuk jenguk e-mel, blog dan YM jap seround dua.. Hehe.. Ada niat nak update blog tapi rasa tak larat pulak! Akhirnya dalam pukul 12 jugak la baru aku tido. Hishhh... Esok dah keje semula. Sekejap je cuti 4 hari ni rasanya. Tapi aku puas hati sebab untuk cuti kali ni aku betul-betul luangkan masa bersama keluarga. Bila kenang-kenang semula, seronok je rasanya.. Ermm.. zzzzzz.., zzzzzz.., zzzzz.., zzzzzzz.., Kroih! Kroih! Zzzzz.... (Aik! Dah dah abis citer dah ke? Apa punya Ending daaa....)


- "Apakah ada perbezaan tingkat darjat sesama manusia, sedangkan di dalam tubuhnya mengalir darah yang sama warnanya?" (Rintihan Rasa, 29/01/2009, 09.30 p.m) -

Ahad, 4 Januari 2009

Jalan-jalan : Pegi Pasar Minggu..



Salamm semuaa...,

Hari ni hari minggu. Macam biasa, memang menjadi rutin setiap hari Ahad pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah dengan family nak ke Pasar Minggu beli barang-barang keperluan dapur untuk stok seminggu. So, dalam pukul 7.50 pagi, aku pun bertolak. Taklah jauh sangat pun Pasar Minggu ni dengan rumah aku. Dalam 5 km jeee.. lokasinya lak terletak kat Pekan Kuala Klawang, bersebelahan dengan Muzium Adat. Haaa.. bagi korang kat luar sana yang belum pernah jejakkan kaki ke Muzium Adat, korang boleh la gi sebab Muzium Adat ni dibuka setiap hari termasuk la hari Ahad. Masuk percuma takyah bayar pun. Ewahh.. promosi la pulak aku ni. Hehehe...


Macam-macam barang yang dijual. Dari yang basah sampaila yang kering. Tapi berpada-pada la berbelanja. Nanti poket korang pulak yang 'kering'.. Huhuhu...

Sampai kat Pasar Minggu lebih kurang dekat pukul 8.00. Ermm.. gini la pemandangannya setiap minggu. Pagi-pagi lagi orang dah ramai dah. Macam aku pun memang suka gi pagi sebab dapat buat lebih banyak pilihan dan barang-barang dapur terutama barangan basah macam ikan, udang, ayam semua tu masih kira ‘fresh’ lagi.. Bukanla fresh camne pun maksud aku fresh keluar dari lori laa.. Ehehe.. Lagipun kalau pegi pagi-pagi ni mudah sikit nak membeli (senang nak buat tawar menawar sebenarnya sebab walaupun orang ramai, tapi tak seramai yang datang dekat-dekat nak tengahari) dan balik pun dapat awal.

Seronok sebenarnya gi Pasar Minggu ni. Macam-macam ragam pengunjung dan peniaga dapat kita tengok. Kalau peniaga tu, ada yang terpekik-pekik nak tarik pelanggan pun ada. Pengunjung macam aku ni pulak, macam biasalah bila membeli asyik nak menawar jee.. :) . Orang lak jangan cakaplah punya ramai.. Kalau kita tengok, harga barang pun agak murah sikit (sikit jee..) berbanding pasar biasa. Bagi yang suka beli barang untuk stok seminggu macam family aku ni memang sesuai la berbelanja kat tempat macam ni.


Korang tengok! Sapa kata pompuan je rajin pegi pasar? Orang lelaki pun rajin tau. Contohnya, macam aku dan orang-orang lelaki yang dalam gambar kat atas tu. Silap-silap lagi terer dari orang pompuan dalam bab membeli barang dapur ni. Hehe.. Any comment dari orang pompuan?

Dalam pukul 9.00 kitorang dah selesai beli barang dah. Hehehe.. cepatkan! Biasalah kalau dengan aku memang aku tak reti nak merayau lebih-lebih ni. Beli apa yang nak dibeli dan dah dapat, terus cabut! Mak dan Nenek aku pun paham dengan perangai aku ni. Boleh tahan gak berbelanja kali ni. Kopak gak la RM100 nak beli barang-barang dapur je macam ikan, ayam, sayuran dan barang-barang kering yang lain macam ikan bilis, bawang dan lain-lain tu. Erm, bila dah time camni, sarapan pun main beli je.. Nasik Lemak + ayam goreng + kuih-muih sikit. Huhu.. aku nak balik cepat. Lapar tak sarapan lagi. Okla.. jumpa lagi di next post ye...


- (Rintihan Rasa, 04hb. Januari 2009, 9.45 a.m) -

Sabtu, 27 Disember 2008

Al-Fatihah Untuk Almarhum YTM Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan..



Innalillahi wainna ilaihi roji'un...,

Pada hari ini, 27hb. Disember 2008, Baginda Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman telahpun mangkat pada jam 11.45 pagi tadi di Bilik Rawatan VIP, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban akibat serangan angin ahmar. Semoga roh baginda dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...

- AL-FATIHAH -


(Rintihan Rasa, 27hb. Disember 2008, 10.10 p.m)

Jumaat, 26 Disember 2008

Hari Keluarga Di Port Dickson



Salamm semuaa..

Semalam (25hb. Disember 08), Opis aku ada buat family day untuk semua staff... Kali ni kat Pantai Cahaya, Batu 4, PD lak. Alhamdulillah, so far, semuanya berjalan lancar. Family day ni dibuat under Kelab yang mana aku sendiri jadi Bendahari. So, dari hari sebelumnya pun memang aku dan para AJK yang lain pun masing-masing sibuk buat preparation mana yang patut. Walaupun dengan budget yang ciput dan masa yang agak singkat, tapi Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Aku tak nafikan, memang susah nak puaskan hati semua orang bila melibatkan suatu kerja dalam teamwork yang ramai sebegini. Tak mustahil akan ada kedengaran suara-suara tak puas hati dari mulut mereka yang tak memahami dan yang hanya tau bercakap tapi hampeh dalam membuat kerja. Biasaklah, puak-puak yang perasan bagus dan suka 'buat-buat penting' ni memang camni. Tapi, aku pedulik hapa!!

Keadaan pantai yang landai, cuaca cerah dan pemandangan yang cantik. Memang syok lepak kat sini. Ehemm.. Oit MPPD, aku dah promote kawasan korang dalam blog aku ni. Takde komisen ke? Wakaka..!!

Family day kali ni memang pack sebab dibuat seharian penuh bermula pukul 9 pagi lagi sampai pukul 4.30 petang. Perghh!! pengisian program memang padat laa.. maklumla, semua nak setel dalam satu hari jee.. Tapi, as long as meriah dan berjalan lancar semua tu tak jadi hal. Siapa lagi nak buat sesuatu tu jadi meriah kalau bukan kita sendiri kan. Ditambah pulak dengan keletah DJ jemputan yang memang pandai memeriahkan suasana maka suasana memang tak sunyi dari keriuhan dan gelak ketawa tetamu sampaikan menarik perhatian pengunjung lain lak! Hehe.. mintak mahap banyak-banyaklah kak yo.. ni Family Day untuk staff MDJ yo.. kitorang dah siap booking awal-awal laie tompek ni. Siap bayar laie kek MPPD (Majlis Perbandaran Port Dickson) bil sewo tapak eh.. So taklehla akak momandai-mandai nak masuk.. So, paham-pahamlah yo!? Orraiiittt!!! :D

Jeti pengunjung yang menganjur ke laut, kawasan laluan pejalan kaki dan benteng batu yang dibina mengadap laut. Pemandangan yang cantik kat sini. Sampai termenung la aku sekejap kat situ. (Sebenarnya tengah nyesal sebab terlupa bawak pancing! Ciss..!!)

So far, memang masing-masing enjoy aku nampak. Yang paling seronok budak-budak kecik la.. Suasana lak kat tepi laut dan fasiliti semua cukup. View yang cukup cantik.. Ada taman permainan, jalan pesiar kaki, wakaf, tandas awam dan tempat salin baju.. memang takde masalah kalau nak mandi-manda mahupun nak bersantai bersama keluarga. Pengisian Family day kali ni boleh tahan juga.. dengan acara sukaneka yang disertai oleh budak-budak merangkumi hingga ke mak bapak budak. Semua boleh join! Hehehe.. memang syok.. Macam-macam perangai yang dapat ditengok. Masa ni la semua pangkat bos atau staff biasa dah tak nampak lagi. Semua dah macam satu keluarga. Boleh bersuka ria dan bergelak ketawa bersama-sama... Sebenarnya, ni la matlamat Family day dibuat pun - untuk merapatkan hubungan sesama keluarga dan sesama kakitangan. Mana-mana yang bergaduh or tak ngam, atau jarang berjumpa dan tak berapa kenal antara satu sama lain pun boleh ambil peluang ni untuk merapatkan lagi hubungan. So, senang la sikit kalau nak kerja dan kalau ada jumpa kat luar pun takdelah buat tak tahu je sebab tak kenal ye tak. Maka, nak kerja pun senang la sikit..

Acara tarik tali lelaki & perempuan (bukan lelaki tarik pompuan tau!)... Tengok tu.. Muka masing-masing dah macam orang kena sembelit. Aku lak jadik batu api je kat tepi sambil ambik gambar. Wakaka..!!


Acara lari ikat kaki berpasangan (suami isteri). Kelihatan para isteri sedang sibuk menambat kaki laki masing-masing agar tak cabut lari tinggalkan diorang untuk cari awek-awek mat salleh yang berpakaian seksi ala-ala heroin cerita Baywatch kat tepi pantai tu.

Selepas majlis penyampaian hadiah dan cenderamata petang tu dan majlis bersurai, maka bermulalah acara mandi-manda ala free-style kat pantai tu.. Hehehe.. Macam kobau jumpo kubang dah perangai masing-masing bilo nampak laut. Budak-budak lagi la.. mandi sampai tak ingat dunia nak-nak lagi cuaca pun Alhamdulillah redup je sepanjang hari ni dari pagi. Panas tidak hujan pun tidak.. Memang ada 'Ong' la kata orang cina.. Tapi, aku terpaksa balik cepat sebab maklum je laa.. bawak orang tua (Wan / Nenek aku).. bila dah petang-petang mula la teringat kat ayam itik dia tak masuk reban dan belum bagi makan lagi... So, dah pukul 5 tu terpaksa la balik dulu.. Tapi, aku tak kisahla semua tu janji semuanya dah setel dan berjalan lancar.. Alhamdulillah.. Lepas ni siap la aku nak prepare cek nak bayar bil-bil yang ribu-ribu tu.. Maklumla Bendahari.. Huhuhu...

Kat sini ada sedikit gambar-gambar masa Family day tu yang sempat aku snap. What the sweet memories.. Enjoy!


"Ada manusia yang hidup untuk menipu, menipu untuk hidup, dan... hidup untuk ditipu??" - Rintihan Rasa, 26hb. Disember 2008, 1.00 p.m -