Selasa, 9 Februari 2010

Andainya Kita Masih Punya Rasa...


Burung betina ini cedera akibat dilanggar kenderaan.. Keadaannya lemah tak bermaya..


Atas rasa kasih & sayang pada pasangannya, Si Jantan sedaya upaya datang membantu sambil menghulurkan makanan pada Si Betina.. Moga dapat mengurangkan derita yang ditanggung pasangannya tapi..,


Si Betina lebih dahulu sampai ajalnya.. Meninggalkan pasangannya sendirian..


Si Jantan menjerit.. Meminta Si Betina agar bangun.. Walau nyata pasangannya itu kini sudah tidak bisa mendengar panggilannyanya lagi..


Bagaikan hilang akal, Si Jantan menjerit dan terus menjerit.. meratap sedih dan menangisi kepergian pasangannya..


Akhirnya, Si Jantan sedar perbuatannya itu sia-sia.. Si Betina kini tetap selamanya pergi meninggalkannya.. Tidak kira selantang mana pun jeritannya..


Siapa kata haiwan tiada perasaan? Peristiwa yang dirakam ini jelas membuktikan bahawa si burung ini juga punya perasaan kasih sayang. Perasaan yang dianugerah oleh ALLAH kepada semua makhluk. Tapi malangnya manusia hari ini sudah kehilangan perasaan kasih sayang ini. Perumpamaan seperti 'manusia berhati binatang', 'kejam seperti haiwan' dan seumpamanya yang merujuk kepada kezaliman mungkin sudah tidak lagi relevan dipakai bilamana kita mendengar berita anak menyembelih leher bapa dan datuk-nenek serta adik kandungnya, kita mendengar anak menikam ibunya sendiri, kita mendengar bapa menghempas bayi kecilnya ke dinding sehingga pecah kepala. kita mendengar bapa merogol anaknya sendiri, kita mendengar adik tetak kepala abang kerana berebut harta pusaka, kita mendengar ustaz meliwat pelajar sendiri, kita mendengar anak lelaki merogol ibu kandungnya, paling akhir seorang bayi lima bulan mati akibat deraan, termasuk disyaki diliwat oleh ahli keluarganya sendiri.. Dan yang paling malang mereka semua beragama Islam!! Di mana iman mereka? Apakah Islam mereka hanya sekadar tertulis di kad pengenalan sahaja...?

Semoga peristiwa seperti ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua InsyaAllah.. Marilah kita melihat sesuatu peristiwa itu dengan mata hati. Mungkin di situ akan terbitnya kesedaran yang hakiki..


- Rintihan Rasa, 09.02.2010, 10.40 p.m -

Khamis, 4 Februari 2010

Lembu



Mbooohhhh!!!
Mboooooohhhh!!!

Subuh dah menjelang..
Azan subuh dari masjid pun dah berkumandang..
Mengajak orang agar bangun tidur dan cepat-cepat pegi sembahyang..
Tapi ramai juga yang lebih teruk dari lembu masih tidur terbongkang..
Buat-buat tak dengar konon-konon ‘Ah! Hari masih gelap, lambat lagi siang..’
Sudahnya, subuh ntah ke mana, bila bangun tau-tau je hari dah terang benderang..
Apa lagi, mula la tunggang langgang..
Pergi mandi, bersiap nak pegi kerja jadi kuli orang..
Kerja dari pagi sampai la ke petang..
Macam biasa la bang.., nak hidup kena lah cari wang..


Mbooohhhh!!!
Mboooooohhhh!!!

Sampai pejabat kelam kabut pulak berkejar pergi punch-card..
Bawa kereta dah macam pedal minyak rosak, punya la ligat..
Dengan harapan hari ni janganla lagi lewat..
Dah la semalam pun datang lambat..
Tapi bila sampai, rupanya hari ni lagi la tenat..
Rasa nak terajang je punch-card sebab hati bengang tak ingat..
Dah la bos jenis yang sikit-sikit nak keluar surat..
Kalau lewat balik sebab buat kerja, takde pulak orang ingat..
Nak buat OT pun asyik kena sekat..
Bukan la nak mengumpat..
Tapi itu la hakikat..


Mbooohhhh!!!
Mboooooohhhh!!!

Masuk je pejabat dah ramai jugak yang sampai dulu..
Ada yang buat kerja, ada jugak yang tengah duduk melahu..
Elehh.. bukan buat kerja pun tuuu..
Sebenarnya tengah baca suratkhabar kat internet macam la aku tak tahu..
Tapi semua akan kembali 'tekun' buat kerja bila bos lalu..
Kadang-kadang timbul gak rasa lucu, meluat dan berbulu..
Yang buat kerja, pantang silap sikit asyik kena bambu..
Yang duduk saja je tu, takde pulak yang ambik tahu..
Tu belum kira yang suka-suka masuk-keluar ofis buat macam bos tu dia punya menantu..
Cukup bulan gaji sama-sama masuk jugak itu sudah tentu..
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pun dia yang sapu..
Maklumlah, guna sistem kuota dan ‘siapa yang dah lama bekerja dia la yang dapat dulu..’
Kualiti kerja? takpe.. tak perlu..
Janji pandai bodek, main silap mata dan rajin ampu..
Alahh.. orang lain pun gitu jugak buat apa nak malu..
Nak cepat naik memangla.. tak gitu?
Cara betul ke salah, tolak tepi dulu..
Huhuhuhuuu...


Mbooohhhh!!!
Mboooooohhhh!!!

Cerita P.Ramlee pernah kata, ‘Selagi tak tutup mata, kerja, kerja, kerja!’
Memang kerja tak pernah selesai, sentiasa je ada..
Belum masuk bab pegi mesyuarat, kursus dan segalanya..
Kepala semak kena tekan tu biasa.. Dah nama pun kerja..
Dah tu.., Bos pun selalu kata ‘Sapa suruh kau datang sini mintak kerja!?’
Kerja macam nak gila, sanggup berkorban masa dan tenaga..
Tapi sudahnya, orang tetap pandang sebelah mata..
Lebih teruk dari itu pun ada juga..
Mengambil kesempatan atas orang lain dan salah guna kuasa..
Pijak memijak, itu biasa laa.. mau naik cepat maa..
Kita yang buat kerja, orang lain yang dapat laba..
Serupa la macam ‘Lembu punya susu, sapi dapat nama..’
Belum masuk yang rajin buat-buat penting, konon dia tau semua..
‘Ese dah bertahun-tahun kojo sini, semuo ese tau haa..’
Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak makan diajar sebenarnya..
Sebab tu la prestasi organisasi statik, asyik takat tu saja..
Cheh! Golongan begini memang satu sen pun tak guna..
Tapi orang-orang macam ni la yang besar pengaruhnya..
Sampaikan bos pun tak boleh nak kata apa..
Tak tahulah lagi nak buat macam mana..
Huahuahuaa..


Mbooohhhh!!!
Mboooooohhhh!!!

Jam dah dekat pukul 5, masing-masing dah resah gelisah..
Ramai yang dah fikir nak balik atau pun jemput anak sekolah..
Keluar patut pukul 5, tapi dia dah ready pukul 4 setengah..
Sementara tu lepak-lepak, sembang-sembang dan ketawa berdekah-dekah..
Alaa.. apa nak risau, bos masing-masing bukan kisah..
Pandai buat, pandai simpan lah..
Mari kita ketawa lagi.. Kahkahkahh...!!


Mbooohhhh!!!
Mboooooohhhh!!!

Beginilah hakikat kehidupan..
Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan pengajaran..
Adat yang bijak, selalu akan mengambil kesempatan..
Yang lantang bersuara dan menegur pasti ditekan..
Walaupun yang ditegur tu untuk kebaikan..
Sekali berbuat silap pun bisa menghapuskan segala kebaikan yang pernah dilakukan..
Jasa ditabur bagai tak pernah dikenang, hilang ibarat buih di lautan..
Kerana ada yang berlagak seolah nak jadi tuhan yang boleh menentukan masadepan..
Ke manakah arah dan tujuan?
Selagi manusia sebegini menjadi perancang di sebalik kejadian..
Mungkin selamanya sukar membezakan..
Yang mana INSAN, yang mana HAIWAN!


- Rintihan Rasa, 04hb. Februari 2010, 11.15 p.m -

Khamis, 14 Januari 2010

Jalan-jalan : Sepetang Di City Park, Seremban 2



Salammm semua..

Semalam (13/01/2010) aku terpaksa ambik leaving separuh hari sebelah petang sebab nak setelkan ansuran kereta kat Seremban. Huhu.. nyaris-nyaris terlupa hari ni last day utk bayar installment bulan ni. Alhamdulillah.. semua urusan setel sekitar pukul 3.30 petang. Nasib baik orang tak ramai. Disebabkan aku ambik leaving, maka lepas habis urusan aku memang betul-betul free. So, aku ambik keputusan nak gi jalan-jalan jap dengan tunang aku (kebetulan dia ada kat Seremban, kat rumah abang dia) kat area Seremban ni. Kira okla kan kalau jalan sorang-sorang nnt tak syok. huahua.. Kitorang nak gi jalan-jalan kat City Park Seremban 2 sambil-sambil hirup udara petang.

Sebelum tu kitorang gi singgah makan kat Pizza Hut, Giant Senawang dulu.. isi perut. Lama dah tak makan Pizza. Teringin lak rasa.. Ahaks! Lepas tu baru kitorang gi ke City Park dan sampai sana sekitar pukul 6.15 petang. Hmmm... amannya rasa kat sini. Santai je.. Aku tengok ramai orang jogging petang-petang gini di samping bersantai dengan family. Yang bestnya, taman ni ada tasik yang banyak ikan dan pengunjung boleh beri makan ikan-ikan kat situ. Hehe.. seronok gak tengok. Ikannya memang jinak-jinak dan besar-besar lak tu (aku rasa, seekor tu ada la berat dalam 2-3 kilo gak kut!). Kalau sekali tebar jala, aku rasa tak kurang 20 ekor sekali dapat.. Makanan dibenarkan ikan ni pulak adalah dedak dan roti dan boleh dibeli kat penjual-penjual sekitar tasik tu. Huhu.. mmg ikan ni semua dah tak takut orang lagi la. Pantang nampak kelibat manusia, dia mesti datang dan berebut-rebut makan bila roti ditabur. Antara ikan yang ada termasukla Keli, Kaloi, Tilapia dan ikan Kap..


Keadaan tasik yang tenang dan hening di City Park Seremban 2 pada waktu petang.. Tapi...,


.. jangan silap. Di dasar tasik dihuni oleh beribu-ribu ekor ikan yang berwarna-warni. Mula-mula sikit jee.. Bila ikan-ikan ni sedar akan kehadiran korang....,


.. ikan-ikan ni akan datang semakin banyak. Macam tau-tau je aku nak ambik gambar dia. Punya la jinak ikan-ikan ni sampaikan...,


.. ikan-ikan ni akan datang semakin banyak dan berebut-rebut apabila korang datang menabur makanan. Hehe.. syoknyaa.. geram je aku rasa nak tebar jala..

Sayup-sayup terdengar azan Maghrib. So, sekitar pukul 7.15 baru kitorang gerak dari situ. Best gak lepak kat situ. Rasanya last sekali aku datang sini sekitar akhir tahun 2007 kot. Lama dahh.. Hehe.. okla, jumpa lagi dalam post akan datang. Salamm..

- Rintihan Rasa, 14/01/2010, 01.40 p.m -

Hari Ini Dalam Sejarah : Janji Diikat Kasih Bersemi (21/11/2009)..



Hari ini (21/11/2009) merupakan antara hari yang bermakna bagi aku kerana telah berlangsung majlis pertunangan antara aku dan pilihan hati, Ruziah (Zie). Majlis berlangsung di rumah pihak perempuan di Pasoh 3 dan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar tanpa masalah. Jika tak ada aral melintang InsyaAllah kami akan disatukan pada pertengahan tahun 2010 nanti. Mudah-mudahan semuanya akan menjadi kenyataan seperti yang dirancangkan. Doakan kami ye.. :)

Sedikit Gambar-gambar di hari pertunangan kat bawah :


Aku yang suspen di khemah tetamu.. Kelihatan semua tetamu sedang sibuk memberi motivasi kat aku. Huahua..


Sessi perbincangan.. Suspen ooo...


Barang-barang hantaran.. 9 berbalas 11.. Dah macam nak kawin lak..


Alhamdulillahhh.. setel dah. Aminn..! Aminnn..! Ya Rabbal Alaminnn..


Semua dah setel.. Hati pun dah lega, so barula leh makan dengan berselera.. huahua..