Memaparkan catatan dengan label movie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label movie. Papar semua catatan

Khamis, 1 Januari 2009

Review Filem - Only The Strong (1993)

Salamm semuaa...

Yihaaa.. sebuah lagi review filem dari aku. Kali ini kita pergi ke filem Hollywood lak. Filem yang aku nak review kali ni adalah filem Only The Strong yang merupakan filem berbentuk aksi yang diterbitkan pada tahun 1993 dan diarahkan oleh Sheldon Lettich. Bagi aku, setakat ini hanya filem ini saja yang berani menampilkan aksi seni mempertahankan diri Brazil, Capoeira dari permulaan sampai la habis cerita.

Poster filem Only The Strong yang menampilkan watak utamanya, Louis Stevens (Mark Dacascos)

Filem ini berkisar tentang bekas komando USASF (United States Army Special Force) bernama Louis Stevens (Mark Dacascos) yang kembali ke tanah kelahirannya, Miami selepas menamatkan penggal khidmat ketenteraan di Brazil. Tempat pertama yang dikunjunginya adalah sekolah lamanya iaitu Lincoln High School yang kini huru hara dengan aktiviti dadah dan gangsterism. Kepulangannya disambut dengan tragedi pergaduhan antara beliau dan sekumpulan ahli gangster penjual dadah di situ. Berbekalkan kemahiran seni beladiri Brazil, Capoeira yang dikuasainya, dia berjaya menewaskan ahli kumpulan gangster tersebut dan seterusnya meraih perhatian salah seorang guru di situ, Kerrigan (Geoffrey Lewis) yang juga merupakan guru lamanya. Kerrigan melihat dari sudut positif pembentukan akhlak pelajar yang lebih baik sekiranya Capoeira diajar kepada pelajar-pelajar bermasalah di situ lalu mencadangkan kepada lembaga sekolah (kalau kat Malaysia, macam PIBG la kiranya) agar Capoeira diajar kepada para pelajar bagi membentuk jatidiri dan akhlak yang lebih baik. Lembaga sekolah bersetuju dengan cadangan Kerrigan itu lalu bermulalah aktiviti mengajar Capoeira oleh Stevens kepada sekumpulan pelajar bermasalah di situ dengan menjadikan balai bomba terbiar yang diubahsuai sebagai lokasi pengajaran. Antara pelajarnya termasuklah Orlando, adik sepupu kepada kepala gangster dan pengedar dadah berpengaruh di situ bernama Silverio Olivera (Paco Christian Prieto).

Kelas Capoeira Steven semakin berjaya sehingga pihak lembaga sekolah mencadangkan agar kelas Capoeira ini menjadi salah satu kelas wajib bagi setiap pelajar di situ. Tetapi, pada masa yang sama, Steven telah bertelagah dengan Silverio akibat tindakannya membelasah beberapa ahli kumpulan gangster tersebut demi menyelamatkan Orlando dari pengaruh mereka. Silverio juga merupakan pakar tempur Capoeira yang hebat seperti Steven dan beliau telah mencabar Steven agar bertarung dengannya demi menyelesaikan pertikaian antara mereka. Apakah yang terjadi seterusnya? Mampukah Steven menghalang keangkuhan Silverio dan seterusnya menyelamatkan pelajar-pelajar tersebut dari pengaruh-pengaruh negatif tu? Macam biasa, korang kena tonton cerita ni ye.. Kang kalau aku cerita sampai habis, dah tak best pulak kan. Hehehe...


Filem ini juga dah dimuatkan dalam bentuk DVD. Kalau korang rajin, cuba survey kat mana-mana kedai jual video. Kalau takde, korang download kat internet je laaa..

Apa yang menarik mengenai filem ini ialah ia menampilkan aksi Capoeira dari awal cerita sampai la habis. Memang penuh skill artistik dan akrobatik Capoeira ni. Ini kerana pengamalnya memerlukan kemahiran yang tinggi dalam mengawal pergerakan badan yang memerlukan skill libasan kaki, tangan dan lentikan badan yang baik. Dah macam breakdance dah aku tengok! Ingat! Don't try this at home! Kalau orang yang tak biasa, silap-silap boleh patah pinggang oooo.... Paling kurang, terkehel urat kentut! Korang boleh surf kat YouTube kalau nak tengok aksi-aksi pengamal Capoeira ni. Memang mengasyikkan.. hehehe.. Walaupun filem ini mendapat kritikan dari pelbagai pihak, kejadian sebaliknya pula berlaku bilamana filem ini jugalah yang berjaya mempopularkan seni beladiri Capoeira di mata dunia sehingga berlaku peningkatan mendadak pembukaan kelas Capoeira di luar Brazil. Huh! Satu promosi yang cukup bagus. Bila la Hollywood nak buat filem pasal silat melayu lak ye.. Huhuhu...

Kat bawah ni adalah serba sedikit info belakang tabir filem ini :

Directed by : Sheldon Lettich
Produced by : Samuel Hadida
Written by : Sheldon Lettich, Luis Esteban
Starring : Mark Dacascos, Stacey Travis, Geoffrey Lewis, Paco Christian Prieto, Todd Susman, Jeffrey Anderson-Gunter, Richard Coca, Roman Cardwell, Christian Klemash
Editing by : Stephen Semel
Distributed by : Twentieth Century Fox
Release date : 27th. August 1993 (United States)
Running time : 99 min.
Language : English

Sedikit ole-ole untuk korang semua. Aku ada sediakan lagu tema bagi filem ini bertajuk 'Paranaue-Parana' (bermaksud Sungai Parana dalam bahasa Brazil, yang menjadi garis sempadan memisahkan Negara Brazil dan Paraguay). Lagu ini liriknya berbahasa Brazil dan turut menggunakan instrumen asli puak asli Brazil seperti ‘Berimbau’ bagi susunan muziknya. Best gak melodi lagunya.. Kalau korang nak dengar, sila klik link kat bawah tu. Ehe.. Oh ya.., dari lima bintang, aku beri 4 bintang untuk filem ni. Layannnn... :)

  • Muat Turun : Paranaue Parana (Only The Strong).mp3

- (Rintihan Rasa, 01hb. Januari 2009, 03.20 p.m) -

Rabu, 31 Disember 2008

Review Filem - Disco Dancer (1982)

Salamm semuaa...

Hehe.. kali ni topik kira santai sikit.. Aku nak cerita tentang filem Bollywood lak. Korang pernah tak tengok cerita Klasik ni? Disco Dancer adalah sebuah filem Bollywood yang diterbitkan pada tahun 1982 dan diarahkan oleh Babbar Subhash. Filem ini pernah menjadi ikon dan cult suatu ketika dahulu dan dikenali ramai terutama melalui lagu yang mempopularkannya – I Am A Disco Dancer.


Antara poster bagi filem ini. Huhu.. Tahun 1982, aku baru je umur setahun masa ni.

Filem ni mengisahkan tentang Anil (Mikrun Chakraborty), seorang penyanyi dan penari jalanan yang dihantui oleh kisah silam ibunya (Gita Siddarth) yang sering dipukul dan dihina oleh seorang kaya, P.N Oberoi (Om Shivpuri) dalam satu insiden semasa beliau masih kecil. Semasa David Brown (Om Puri), pengurus kepada bintang disko bernama Sam (Karan Radzan) sedang mencari bakat baru untuk pengganti Sam, dia secara kebetulan telah menemui Anil yang sedang asyik menari di jalanan. Hasil didikan David dan dengan nama glamour sebagai ‘Jimmy’, Anil akhirnya berjaya meraih populariti sebagai ‘Disco Dancer Star’ yang baru menggantikan Sam seterusnya turut meraih perhatian dari Rita (Kim), anak P.N Oberoi. Semuanya berjalan dengan baik sehinggalah Oberoi yang dapat menghidu hubungan Jimmy dan Rita tidak senang dengan hal ini. Ditambah pula dengan hasutan oleh Sam yang mencemburui Jimmy. Oberoi telah mengupah orang untuk membuat sabotaj dengan merenjatkan 5000 volt elektrik pada gitar yang digunakan oleh Jimmy semasa membuat persembahan, menyebabkan nyawa ibu Jimmy yang berada di situ melayang akibat dari insiden jahat yang dirancang itu. Manakala Jimmy pula dibelasah teruk hingga patah riuk oleh orang-orang suruhan Oberoi. Ini menyebabkan Jimmy menjadi fobia dengan gitar yang telah 'membunuh' ibunya dan murung hinggga tidak mahu meneruskan kariernya. Dalam masa yang sama, pertandingan ‘International Disco Dancing Competition’ semakin hampir dan Jimmy perlu memulihkan dirinya untuk menghadapi saingan yang sengit dari pasukan Afrika dan Paris. Apakah kesudahannya? Bagaimana pula hubungan antara Jimmy dan Rita? Korang cari filem ni dan tonton sendiri ye. Kang kalau aku cerita sampai habis, lemak la korang.. hehehe.. :D


Watak Anil / Jimmy lakonan Mikrun Chakraborty

Susunan muzik untuk filem ini telah dibuat oleh Bappi Lahiri, di mana 4 dari 7 lagunya telah dimasukkan unsur-unsur muzik dari barat.

Senarai Lagu-lagu dalam filem ni. Sejujurnya, semua lagu-lagu ni best belaka :
  1. Goron Ki Na Kalon Ki - Suresh Wadkar, Usha Mangeshkar
  2. Auva Auva: Koi Yahan Nache - Usha Uthup, Bappi Lahiri)
  3. Ae Oh Aa Zara Mudke - Kishore Kumar
  4. Krishna Dharti Pe Aaja Tu - Nandu Bhende
  5. I Am A Disco Dancer - Vijay Benedict
  6. Jimmy Jimmy Jimmy Aaja - Parvati Khan
  7. Yaad Aa Raha Hai - Bappi Lahiri
Sedikit perincian mengenai watak di belakang tabir dan info mengenai filem ini :
  • Directed by : Babbar Subhash
  • Produced by : Babbar Subhash, Tilotima Babbar Subhash
  • Written by : Dr. Rahi Masoom Reza, Balraj Deepak Vij
  • Starring : Mithun Chakraborty, Kim, Om Puri, Rajesh Khanna, Gita Siddharth
  • Music by : Bappi Lahiri
  • Release date : 1982
  • Running time : 135 min
  • Language : Hindi

Bagi korang yang meminati cerita-cerita hindustan dan Hindi, aku cadangkan korang kena cari filem ni untuk dibuat koleksi dan tonton. Memang syok! Walaupun aku ni bukanla peminat cerita Hindustan, tapi ini kira filem klasik yang aku suka dari segi susunan cerita dan lagu-lagunya. Aku bagi 4 bintang untuk filem ni. ehe..

Oh ya.. ni ada sedikit 'buah tangan' untuk korang. Lagu tema filem ni - I Am A Disco Dancer. Untuk muat turun, sila klik link kat bawah tu.. Hehe.. Memang best lagu ni. Layannnn... :)

  • Muat Turun : Vijay Benedict - I Am A Disco Dancer.mp3

'Bukan mudah untuk berjaya andai tidak berusaha, tetapi untuk mempertahankan sesuatu kejayaan itulah yang lebih susah.' - (Rintihan Rasa, 31hb. Disember 2008, 10.15 p.m) -