Khamis, 4 Disember 2008

Lelaki & Wanita... Kedua-duanya ISTIMEWA..



Salamm semua....

Aku, lelaki... Kau, wanita... Kita berbeza, tapi saling memerlukan antara satu sama lain.. bukankah begitu? Cuba kita renungkan... :

1). LELAKI :

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

Beratkan?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya. Kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.

Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.. :)


2). WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana fitrah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Tapi, pernahkah kita lihat sebaliknya?

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH..., sayangnya ALLAH pada wanita ...!!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki.., kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah.. Maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin... Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya..." (Surah Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri.

Wallahualam...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Blues Gang - Perempuan

Perempuan...,
Ku bicarakan tentangmu
Tentang duniamu yang tersendiri
Jasa peranan hidup ini

Engkaulah bunga
Melahirkan insan di dunia sayang
Sebagai lambang hidup
Yang suci dan murni

Perempuan...,
Teman Adam kesepian
Kaulah ibu kau kekasih hati
Anak kemanjaan kami

Pengorbananmu
Tak perlu dipertikaikan sayang
Mendidik dan membela kami
Hingga dewasa

Perempuan...,
Kau penawar kau peracun hati
Kaulah pahit kaulah manis
Gelombang hidup ini

Ohhhhh... Perempuan...,
Berhati-hatilah dirimu sayang
Hargai penghormatan diri
Yang diberi


Tanpamu hidup ini tak bererti...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Adakalanya, mendiamkan diri itu lebih baik dari berkata-kata..." - Rintihan Rasa, 04/12/2008, 06.40 p.m -

2 komen:

Kaiser berkata...

Lelaki & Wanita memang istimewa...tapi yang si penulis ni...''bilenye lagi''...hehehe nak ehehememem

Johan berkata...

Hehehe.. soalan cepumas. susah nak jawab tu.. so, aku akan pinjam tajuk lagu Siti Nurhaliza untuk jawab :- Biarlah Rahsia.. hehehe...