Huhu.. kembali bekerja setelah cuti panjang sempena Chinese New Year (CNY) yang lepas. Apa aktiviti korang masa cuti CNY hari tu? Aku rasa ramai antara korang yang akan habiskan masa cuti umum yg bersekali dengan cuti hujung minggu ni dengan aktiviti bersama family. Maklumlah bukan senang nak dapat cuti 4 hari berturut-turut. Macam aku kat sini juga. Untuk kali ni aku ada trip ke rumah Pak Sedara aku di Melaka. Sajeee.. bercuti-cuti Malaysia. Hehe.. Seronok beb! Sebab di samping bercuti, niat aku gi sana pun sebab nak gi memancing kat laut. Sebenarnya, aku dan pak-pak sedara aku ni memang la sekepala dalam satu bab – memancing! So, ada la dalam 3 hari 2 malam kitorang kat sana. Kat bawah ni adalah catatan pengalaman aku sepanjang kat sana. Ehe..
Hari Pertama (25/01/2009) :
Kitorang bertolak dari Jelebu pukul 5 petang. Cuaca pun nampak baik je petang ni. So, perjalanan takde masalah. Tambahan pulak bila keluar dari Tol Senawang ke highway PLUS pun takde traffic jam yang menyesakkan kepala. Memang santai drive dalam keadaan cuaca yang redup gini. Aku pun drive takdela laju : 90 – 100km/j je. Hehe.. berdedikasi kan aku. Lagipun bukan ada apa nak terkejar-kejar sangat. Sedar tak sedar dalam pukul 7 petang dah sampai pun ke rumah Pak Uda aku di Kesang Tua, Jasin, Melaka.
Keadaan Highway yang lengang sepanjang perjalanan. Hehe.. Memang seronok kalau speed laju-laju dalam keadaan jalan gini tapi...
... aku cuma drive dalam kelajuan biasa jee.. 90-100km/j. Malas nak drive laju. Santai lak rasanya. Cuaca pun redup je. 'Feel' rasanya time drive. Hehe...
Pokok cili api kat rumah Pak Uda aku di Jasin. Buah cili warna Ungu!? Apa lak kejadahnyaaa...??
Selesai mandi-mandi dan lepas je waktu makan, aku tengok diorang ni semua dah siap-siap angkut peralatan pancing masing-masing. Aik! Rupa-rupanya malam ni diorang dah ada plan nak ke Padang Temu gi memancing. Pergh! Excited sungguh. Penat drive pun tak hilang lagi ni. Tapi aku mana boleh tolak offer yang best gini. So, aku pun join sekali laa... Bertolak pukul 8 malam dan sampai kat Padang Temu pukul 8.30 malam. Hmm.. best jugak tempatnya. Betul-betul kat belakang kawasan taman perumahan (aku lupa nama taman apa) yang menghadap ke laut lepas. Tak buang masa, dengan berumpankan Umpun-umpun kitorang terus je keluarkan pancing. Lama gak memancing kat situ. Sampai pukul 3 pagi baru balik rumah. Dapatla ikan Gelama dalam 2-3 ekor jee.. Pancing lak asyik tersangkut je kerjanya. Sebab kawasan ni banyak batu yang digunakan menambak tebing pantai supaya tak runtuh kena hakisan ombak. Bila air laut mula surut sekitar pukul 9.30 baru la kitorang perasan kewujudan batu-batu besar ni. Aku sendiri dah 4 kali tersangkut. Hampeh betul! Tapi takpe, esok masih ada. Hehehe....
Hari Kedua (26/01/2009) :
Perrghh! Liatnya nak bangun pagi. Tido lewat la katakan malam tadi. Lepas je mandi dan sarapan pagi dalam pukul 9, aku gi lepak-lepak kat luar dengan pak-pak sedara aku ni sambil setting pancing untuk trip memancing malam ni. Bila check balik, banyak gak barang nak kena beli balik macam batu ladung, mata kail, perambut, kekili dan tali pancing. Masalahnya, banyak kedai kat Jasin ni tutup sebab CNY hari ni. Akhirnya, kitorang ramai-ramai pegi ke Pekan Tangkak kat Johor semata-mata nak cari barang pancing je. Hehehe.. Gila kan! Sanggup sebab gila pancing punya pasal..Tapi, takde apa sangat la sebab jaraknya takdela jauh lebih kurang 28KM je dari Jasin. Dah dekat dengan sempadan negeri Johor-Melaka pun. Sementara diorang (nenek, mak dan mak sedara aku) gi shopping apa-apa yang patut (beli kain la paling banyak aku tengok), aku dan pak-pak sedara ni lak pegi survey kedai pancing. Tapi hampehhhh!! Takde kedai pancing yang bukak! Rata dah rasanya kitorang merayau jalan kaki kat Pekan Tangkak tu. Akhirnya, kitorang surrender.. Nampaknya kena singgah kat Pekan Jasin la balik nanti. Harap-harap la ada. Huhu...
Gini la keadaan Pekan Tangkak di cuti CNY.. Tetap sesak ntah hapa-hapa walaupun banyak kedai yang tutup. Huhu...
Antara gedung membeli-belah yang sempat dikunjungi untuk menghabiskan duit pada hari itu...
Yaaa... Pilihh.. Pilihh.. Duit korang, bukan duit aku. Aku pedulik hapaaaa..!! Silakan membeli belah. Lepas beli bolehlah kita blah! Muahahaha..!! (Ayat bengang sebab tak jumpa kedai pancing la ni. Kih! Kih! Kih!)
Pukul 3.30, kitorang bertolak balik dan singgah kat Pekan Jasin sekejap. Puas rayau-rayau tapi punnn.. Hampehh!! Takde kedai pancing yang bukak. Ni la masalahnya bila bidang perniagaan dimonopoli oleh satu bangsa saja. Sekali di tutup, habis semuanya takde. Hishh... Alahai, camne nih. Nak tak nak, nanti pakai je la stok barang yang ada. Harap-harap la malam ni takde banyak masalah. Kalau tak, naya. Huhuhu...
Kitorang sampai semula kat rumah dalam pukul 5 petang. Laaa... lama betul merayau hari ni. Lepas rehat-rehat jap dan dah mandi. Kitorang mengadap makan malam pulak. Hu.. laparnya perut. Maklumlah, siang tadi dah penat merayau. Lepas je habis makan, dalam pukul 8.30 kitorang terus bertolak ke Padang Temu. Hehe.. nak repeat balik la kiranya ni. Tapi kali ni beralih tempat sikit je dari lokasi semalam. Aku suka kawasan ni. Satu kawasan yang lapang dengan benteng batu ditambak sepanjang pantai yang aku anggarkan sepanjang hampir 2KM. Angin laut pulak bertiup nyaman jee... Pergh! Tak berlengah kitorang keluarkan pancing. Disebabkan CNY, maka kitorang boleh nampak dari jauh letupan mercun dan bunga api yang berwarna-warni kat langit malam di Bandar Melaka. Cantiknya... Leka aku sekejap. Malangnya, untuk malam ni, kitorang terpaksa balik seawal pukul 12 sebab kehabisan umpan! Aisehhh.. salah bajet la kali ni. Dah la tak dapat hasil (Tangan kosong la tu. Malunyaa...).. Huh! Takleh jadi ni. Masa OTW balik kat dalam kereta, kitorang dah pakat nak memancing kat Pantai Pengkalan Balak pulak siang esoknya. Lagipun esok last day kitorang kat sini. Hehe... Tido awal nampaknya malam ni. Takpe simpan tenaga untuk esok lak. Lalalaaa...
Hari Ketiga / Terakhir (27/01/2009) :
Hari terakhir kitorang kat sini. Lepas je sarapan pagi, kitorang terus berkemas barang dan bertolak ke Pantai Pengkalan Balak, Kuala Linggi seawal pukul 9.30 pagi. Haaa... jauh gak kali ni. Sebab Pengkalan Balak ni letaknya bersempadan betul-betul dengan Port Dickson, Negeri Sembilan. Kitorang sampai kat Pengkalan Balak pukul 10.30 pagi. Mak aih! Ramainya manusia. Ni semua stok nak ngabihkan cuti CNY la ni. Tapi yang aku tengok ramai orang Melayu kita je. Orang Cina takdela ramai mana pun. Hehe.. Biasalah tu.. Lepas dapat parking dan bawak turun barang-barang, Sessi berkelah pun bermula. Budak-budak la yang paling seronok. Tak sabar-sabar terus je serbu ke laut sebaik je keluar kereta. Macam kambing keluar kandang daaa... Huhuhuuuu...
Pengkalan Balak.. Destinasi terakhir kita pada kali ini. Hehehe...
Memang cantik view kat sini. Pantainya pun bersih je. Kawasan yang sesuai untuk bermandi-manda.
Haaa.. ni salah satu aksi pengunjung kat sebelah port kitorang yang sempat aku snap gambarnya. Dah tanam separuh dah tu. Pasni, kitorang dah berkira-kira untuk bacakan Talqin pulak. Innalillahhh... Huhuhu...
Kami yang lelaki ni pulak, stick dengan plan kitorang semalam – memancing. Lepas je beli Umpun-umpun untuk buat umpan memancing (rabak gak la RM24. Huhuhu...), kitorang terus cari port yang baekkk punya dan tak ramai orang untuk melontar tali pancing ke laut. Nyata kali ni kitorang tak bersendirian sebab ada ramai lagi kaki-kaki pancing kat tepi pantai ni. Nasib kali ni agak baik. Dapat la jugak 5-6 ekor ikan walaupun takla sebesar mana (saiz 3 jari jeee.. hehehe..) tapi jadi la dari takde langsung.
Antara aksi pemancing-pemancing terlampau yang sempat dirakamkan. Kita tengok sapa dulu dapat ikan. Jangan komen lebih-lebih. Nanti berbirat badan kena sebat dengan batang pancing. Hehehe...
Umpan yang digunakan (Umpun-umpu pasir). Satu plastik tu harganya RM8. Ada 3 plastik so dah jadi RM24. Kalau tak dapat jugak ikan, tak tahu la.. Nak kena beli umpan Burger Ayam la pulak agaknya. Huhuhu..
Weiii.., sembang sembang jugak, ingat-ingatla sandwich sardin tu kat orang belakang pulak. Laju je korang menyuap.
Makan tengahari kat tepi laut memang la best. Mungkin sebab perut memang tengah kebulur di samping pemandangan yang indah kat tepi laut. Huhu... Tapi, yang aku peliknya, budak-budak ni hardcore betul bab-bab mandi laut. Lepas je makan, terus turun mandi laut balik! Dah la cuaca panas tak ingat. Pukul 4.30 petang, kitorang berkemas dan siap-siap untuk bertolak balik ke Jelebu semula ikut susur keluar ke highway melalui tol Alor Gajah. Tapiii....,
Traffic jam di sepanjang jalan menuju ke tol Alor Gajah. Time ni aku dah start tensen dah. Dah la cuaca panas. Huhu...
Mak oi! Traffic jam tak ingat la pulak sepanjang jalan nak ke tol. Aku ingat ada la 2 kilometer kot. Baru aku teringat, ni hari last cuti CNY so memang berpusu-pusu la orang nak balik KL atau bandar-bandar lain sebab esok nak keje. Ada la dalam 45 minit kot baru la lepas dari tol dan masuk ke highway PLUS. 20KM yang pertama, trafik OK je.. Tapi bila dah sampai ke kat depan R&R Senawang, sekali lagi traffic jam dan kali ni lebih teruk! Hadoi! Sabar je laaa... aku tengok jam kat dashboard kereta. Dah pukul 7.15 dah ni. Padanla hari dah samar-samar je... No choice, terpaksa la bertenang dalam traffic jam yang merimaskan ni. Seksa sungguh nak menyampaikan ke EXIT Senawang tu. Dalam pukul 8.45 baru aku dapat keluar dari highway dan terus ke tol Senawang. Syukur Alhamdulillah, Bandar Seremban tak jam.. Akhirnya kitorang selamat sampai ke Jelebu pukul 9.15..
Traffic jam di Highway PLUS ke arah Senawang. Pergh! Sampai malam weiii... Kalau yang nak balik ke KL tu, aku tak tau la camne. Lagi tensen kot! Huhuhu...
Bila dah sampai kat rumah ni dan dah siap-siap mandi serta makan nasik, baru la terasa betapa lenguhnya badan. Huiii.., Rindu betul aku kat katil bujang aku ni. Tapi sebelum merebahkan badan, sempat gak la online jap untuk jenguk e-mel, blog dan YM jap seround dua.. Hehe.. Ada niat nak update blog tapi rasa tak larat pulak! Akhirnya dalam pukul 12 jugak la baru aku tido. Hishhh... Esok dah keje semula. Sekejap je cuti 4 hari ni rasanya. Tapi aku puas hati sebab untuk cuti kali ni aku betul-betul luangkan masa bersama keluarga. Bila kenang-kenang semula, seronok je rasanya.. Ermm.. zzzzzz.., zzzzzz.., zzzzz.., zzzzzzz.., Kroih! Kroih! Zzzzz.... (Aik! Dah dah abis citer dah ke? Apa punya Ending daaa....)
- "Apakah ada perbezaan tingkat darjat sesama manusia, sedangkan di dalam tubuhnya mengalir darah yang sama warnanya?" (Rintihan Rasa, 29/01/2009, 09.30 p.m) -
0 komen:
Catat Ulasan