Jumaat, 2 Januari 2009

5 Kereta Terpantas Di Dunia!!

Salamm semua...

Kalau di tanya tentang kereta yang terpantas di dunia, kereta apa yang korang terfikir? BMW? Mercedes? Ferrari? Lamborghini? Hehe.. Itu cuma salah satu jenama pengeluar kenderaan automotif yang menghasilkan kereta-kereta yang berstatus mewah dan pantas. Tapi, dalam post kali ni, aku nak tekankan kepada kereta yang TERPANTAS SEKALI dalam dunia! Memang kalau dilihat perkembangan dan kecanggihan teknologi automotif yang semakin berkembang pesat menyebabkan beberapa pengeluar kenderaan mampu menghasilkan kenderaan terpantas di darat.

Bagaimanapun, hanya LIMA kenderaan bertaraf Supercar yang diiktiraf jentera terpantas di dunia, iaitu SSC Ultimate Aero, Bugatti Veyron, Koenigsegg CCX, Saleen S7 Twin-Turbo dan Mclaren F1. He.. macam pelik je nama-nama model kereta ni kan.. So, let's check it outtt..!!


1. SSC Ultimate Aero

SSC Ultimate Aero TT adalah kenderaan bertaraf supercar yang dikeluarkan Shelby Super Cars, Amerika Syarikat. Jentera yang 'lowered' tak ingat hampir mencecah jalan sehingga boleh digunakan untuk menyodok sisa tanah runtuh ini memiliki enjin 6.35 L twin-turbocharged V8 dan boleh diiktiraf sebagai terpantas di dunia apabila mampu mencatatkan kelajuan sehingga 413 kilometer sejam (km/h), di mana rekod tersebut dicatatkan ketika sesi pandu uji pada 13 September 2007 di West Richland dan diiktiraf Guinness World of Records pada 9 Oktober tahun sama. Kos menghasilkan SSC Aero dianggarkan bernilai lebih $AS620,000 dan hanya 25 buah sahaja yang dikeluarkan sepanjang tahun 2006 - 2007. So, silalah beli kalau gaji korang sebanyak RM100,000.00 sebulan. Pasti bapak mertua korang akan tersenyum bangga mendapat menantu macam korang. Huhuhu... Membazir!

SSC Ultimate Aero TT. Tengok enjin je pun dah tau mesti laju tak ingat..


2. Bugatti Veyron

Model kereta kedua terpantas dunia adalah Bugatti Veyron yang dikeluarkan pada 2005. Jentera ini pernah menduduki tempat teratas jentera terpantas dunia sebelum dipintas oleh SSC Ultimate Aero pada tahun 2007. Bugatti Veyron yang dikeluarkan anak syarikat Volkswagen Group, Bugatti Automobiles SAS mencatatkan kelajuan terpantasnya sekitar 408 km/j! Jarak dari KL-JB pun lebih kurang 400km gak. So, kalau korang ada cadangan nak kerja di JB dan tinggal di KL, maka boleh la beli kereta ni... Sejam je dah sampai opis. Itupun kalau korang dah gila dan banyak duit laaa... Sebab Bugatti Veyron juga dianggap kenderaan paling mahal di dunia dengan harga sekitar Euro 1.1 juta! Dijana enjin 8.0 liter quad turbocharged W16 dengan transmisi 7 kelajuan, Bugatti Veyron menyimpan 987 kuasa kuda (Mak oiii.., laju nak mampos tuuu...!) dan nama jentera berkenaan diberi bersempena nama pelumba Perancis, Pierre Veyron yang berjaya memenangi perlumbaan 24 jam Le Mans pada 1939 menggunakan jentera Bugatti.

Inilah Bugatti Veyron.. Kereta aku yang diorang pinjam tak pulangkan sampai sekarang. Hehehe.. dalam mimpi je laaa..

3. Koenisegg CCX

Koenigsegg CCX (singkatan dari 'Competition Coupe X') adalah kenderaan jenis Roadster daripada Sweden dan CCX adalah model terbaru yang dikeluarkan berdasarkan kawalan kualiti & piawaian ketat teknologi automotif Amerika dan dicipta untuk bagi menggantikan model Koenigsegg CCR. Huruf 'X' di hujung nama kenderaan ini adalah bermaksud ulangtahun ke-10 mereka mengikut nombor Roman. Model ketiga terpantas dunia ini dijana enjin 4.7 liter V8 Modular buatan Ford yang telah diubahsuai oleh Koenigsegg sendiri dan mampu menghamburkan kuasa setinggi 807hp! Kepantasan enjin ini boleh mencapai 0-300km/h dalam masa 29.2 saat sahaja sekaligus mengatasi SLR McLaren 722, Lamborghini Murcielago LP640, Porsche 997 GT2, Alpina B6 S, dan Corvette Z06. Mula dipertontonkan kepada umum pada 28 Februari 2006 di Pameran Automotif Geneva. Menariknya, CCX boleh didapati dalam versi teknologi bio yang dikenali CCXR, apabila kuasanya adalah 25 peratus lebih tinggi daripada CCX. Menurut pengasasnya, Christian Von Koenigsegg, CCXR mampu menghamburkan kuasa setinggi 1,018hp (Yarabbi.., lajunyaaa...!!) jika menggunakan bahan bakar dari jenis E85 Biofuel! Ermmm... kalau la kereta ni dijadikan KITT dalam siri 'Knight Rider' yang terbaru ni, mesti gempak kan!

Koenigsegg CCX dan Koenigsegg CCXR (gambar atas)


4. Saleen S7 Twin Turbo

Satu lagi model terpantas keluaran Amerika dikenali sebagai Saleen S7 Twin-Turbo yang dicipta hasil gabungan teknologi dan kepakaran daripada Saleen, Hidden Creek Industries, Phil Frank Design dan Ray Mallock Ltd. Model ini mula diperkenalkan kepada umum pada 19 Ogos 2000 menggunakan enjin Aluminium OHV lapan silinder (V8) yang menghamburkan 550 hp. Pada 2005, S7 diganti model S7 Twin Turbo berharga USD585,296.00 yang diperkuatkan dengan kuasa turbo dari Garret Turbocharger sekaligus meningkatkan kuasanya ke 750 hp, membolehkan ia memecut sehingga 402 km/h! Bayangkan kalau korang memandu kereta ni dalam kelajuan sebegitu dan terlanggar tiang papan iklan kat tepi highway... 'Nyaman' kan..! Heheheee...

Saleen S7 Twin-Turbo.. Laju siottt..!! Aku kalau dapat beli enjin pun jadik laa.. nak ganti enjin kereta aku. Lepas tu aku drive mesti masuk gaung. Wakaka...


5. McLaren F1

Model kelima terpantas di dunia menjadi milik McLaren F1 yang terkenal dengan ‘kelincahannya’ di jalan raya. Hehehe.. mesti korang terbayangkan kereta lumba F1 kan!? Sebenarnya, ia bukan seperti yang korang fikirkan tu. Kereta ini adalah tergolong dalam kelas Supercar dan adalah satu-satunya kenderaan yang memenangi rekod jentera jalan raya terpantas selama 11 tahun bermula 1994 sehingga tahun 2005. Jentera yang dikenali seluruh dunia itu dibangunkan British McLaren Group, McLaren Automotive yang juga mempunyai pasukannya sendiri dalam Formula Satu (F1). McLaren F1 dijana oleh enjin 6.1 liter 60° BMW S70 V12 dan mencatatkan kelajuan terpantas sehingga 371 km/h pada tahun 1994 dan mengungguli takhta jentera teratas selama 10 tahun sebelum dipintas oleh Koenigsegg CCR pada tahun 1995.



McLarenF1.. Dah macamTransformers dah aku tengok. Hehe..


Ermmm.., ke mana perginya Ferrari, Lamborghini & Porsche ye..? Takde masuk dalam senarai pun.. ;)


' My heart is like an open highway!' - (Rintihan Rasa, 02hb. Januari 2009, 8.00 p.m) -

1 komen:

HAFIZAL berkata...

ferari jenama mewah shj....bukan kereta yg terpantas pun