Sabtu, 31 Januari 2009

Makanan-makanan Pelik... (18PL)

Salamm semuaa...

Pernah dengar lagu nyanyian 'Jalil Hamid - Makan' tak..?? Antara lain lirik lagu tu ada sebut 'Orang kita makan macam-macam, tidak kira pagi petang siang malam'.. Hehe.. sebenarnya lagu tu nak menyatakan betapa mewah dan makmurnya negara kita ni sampaikan kalau negara lain rakyatnya ada yang mati kebulur tak makan, tapi kita lak mati sebab banyak makan. Tapi, untuk kali ni aku nak bawak korang melihat hidangan-hidangan pelik yang ada kat negara lain dan yang pasti, aku memang tak sanggup nak cuba walau di 'offer' macam mana sekalipun.. Tapi aku tak tahulah kalau korang sanggup lak mencuba hidangan yang kat bawah tu.. Huhuhu...

1. Escamoles

Ini adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada larva semut besar yang boleh dijumpai di sekitar akar-akar tumbuhan dan daun berduri di sekitar Mexico. Masyarakat Mexico menganggap ia adalah sejenis makanan yang enak dan juga digelar sebagai kaviar serangga.


2. Tikus

Kalau ada antara kita yang geli pada tikus, lain pulak halnya bagi masyarakat di sebelah negara Vietnam dan Taiwan ini, di mana tikus turut menjadi hidangan yang popular dan bagi aku mungkin diorang takde masalah nak bersawah padi kalau tikus yang sepatutnya menjadi musuh tanaman, kini dah jadi lauk pulak! Antara kaedah penyediaan termasuklah memanggang, grill, dibuat sup dan sebagainya.. Hidangan ini dianggap sebagai hidangan klasik dan dikatakan bahawa ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri terutama untuk menguatkan tenaga batin dan merawat asthma. Arrrkkhhhh!!!! Yeeeekkk!!!




3. Kopi Luwak


Korang suka minum kopi? Haaa.. ni aku nak cerita pasal kopi jugak. Tapi, ni bukan kopi biasa sebab Kopi Luwak adalah kopi yang diproses dari biji-biji kopi yang telah melalui sistem penghadaman Luwak (Musang) dan dikeluarkan semula (bekas taik musang la kiranya ni). Kemasyhuran kopi ini telah terkenal sampai luar negeri. Bahkan di Amerika Syarikat, terdapat kafe atau kedai yang menjual Kopi Luwak (Civet Coffee) dengan harga yang cukup mahal. Kopi yang dikais dari najis Musang ini boleh mencapai harga AS$100 (kira-kira RM332) per 450 gram. Eiii... jangankan nak makan, dengar je pun dah geli geleman. Memangla kopi tapi dah lalu macam-macam tempat dah ni.. Iskkhhh..



4. Balut

Bagi masyarakat Filipina, Balut adalah sejenis makanan yang diperbuat dari telur itik yang disenyawakan hingga mempunyai embrio yang hampir cukup sifat dan kemudiannya akan direbus untuk dimakan. Iskhh.. Kesian.. benda baru nak bernyawa tu. Boleh diorang buat makanan pulak. Iskhh..


5. Serangga

Tak payah nak pegi jauh-jauh kalau nak tengok.. Sebab hidangan ini cukup popular di negara Thailand dan dijadikan sebagai snek yang boleh didapati dengan mudah dan dijual di sekitar kaki lima atau pasar-pasar malam di sana. Antara serangga yang menjadi 'mangsa' termasuklah lipas, cengkerik, kumbang, labah-labah, belalang dan ntah apa-apa lagi. Cara penyediaan cukup mudah - serangga dicampur dengan sedikit garam & serbuk perasa seterusnya digoreng (lazimnya tanpa minyak).. Ada sapa-sapa yang berani cuba? Aku tak berani.. Huhu..


6. Hasma

Kalau korang nak tau, Hasma adalah makanan yang dibuat dari ovari katak, atau lebih tepat lagi, Tiub Fallopian katak jenis 'Wadam'. Penggemarnya akan memasaknya sebagai sup dipercayai untuk menghangatkan badan di musim sejuk dan mencantikkan kulit. Uish!



Ada banyak lagi sebenarnya contoh makanan-makanan yang pelik dan ganjil di seluruh dunia. Tapi cukupla setakat ni dulu. Kang ada yang tak lalu makan nasik atau muntah-muntah pulak kang.. Errr... Jumpa lagi kat topik akan datang ye.. aku nak gi bilik air jap.. Urpkkhhh.., Huweekkkk!!!

Free Signature Generator

- 31hb. Januari 2009, 04.45 p.m -

Khamis, 29 Januari 2009

Cuti-cuti Malaysia : Trip Ke Melaka Bandaraya Bersejarah (25-27/01/2009)

Salamm semua..

Huhu.. kembali bekerja setelah cuti panjang sempena Chinese New Year (CNY) yang lepas. Apa aktiviti korang masa cuti CNY hari tu? Aku rasa ramai antara korang yang akan habiskan masa cuti umum yg bersekali dengan cuti hujung minggu ni dengan aktiviti bersama family. Maklumlah bukan senang nak dapat cuti 4 hari berturut-turut. Macam aku kat sini juga. Untuk kali ni aku ada trip ke rumah Pak Sedara aku di Melaka. Sajeee.. bercuti-cuti Malaysia. Hehe.. Seronok beb! Sebab di samping bercuti, niat aku gi sana pun sebab nak gi memancing kat laut. Sebenarnya, aku dan pak-pak sedara aku ni memang la sekepala dalam satu bab – memancing! So, ada la dalam 3 hari 2 malam kitorang kat sana. Kat bawah ni adalah catatan pengalaman aku sepanjang kat sana. Ehe..

Hari Pertama (25/01/2009) :

Kitorang bertolak dari Jelebu pukul 5 petang. Cuaca pun nampak baik je petang ni. So, perjalanan takde masalah. Tambahan pulak bila keluar dari Tol Senawang ke highway PLUS pun takde traffic jam yang menyesakkan kepala. Memang santai drive dalam keadaan cuaca yang redup gini. Aku pun drive takdela laju : 90 – 100km/j je. Hehe.. berdedikasi kan aku. Lagipun bukan ada apa nak terkejar-kejar sangat. Sedar tak sedar dalam pukul 7 petang dah sampai pun ke rumah Pak Uda aku di Kesang Tua, Jasin, Melaka.


Keadaan Highway yang lengang sepanjang perjalanan. Hehe.. Memang seronok kalau speed laju-laju dalam keadaan jalan gini tapi...


... aku cuma drive dalam kelajuan biasa jee.. 90-100km/j. Malas nak drive laju. Santai lak rasanya. Cuaca pun redup je. 'Feel' rasanya time drive. Hehe...


Pokok cili api kat rumah Pak Uda aku di Jasin. Buah cili warna Ungu!? Apa lak kejadahnyaaa...??

Selesai mandi-mandi dan lepas je waktu makan, aku tengok diorang ni semua dah siap-siap angkut peralatan pancing masing-masing. Aik! Rupa-rupanya malam ni diorang dah ada plan nak ke Padang Temu gi memancing. Pergh! Excited sungguh. Penat drive pun tak hilang lagi ni. Tapi aku mana boleh tolak offer yang best gini. So, aku pun join sekali laa... Bertolak pukul 8 malam dan sampai kat Padang Temu pukul 8.30 malam. Hmm.. best jugak tempatnya. Betul-betul kat belakang kawasan taman perumahan (aku lupa nama taman apa) yang menghadap ke laut lepas. Tak buang masa, dengan berumpankan Umpun-umpun kitorang terus je keluarkan pancing. Lama gak memancing kat situ. Sampai pukul 3 pagi baru balik rumah. Dapatla ikan Gelama dalam 2-3 ekor jee.. Pancing lak asyik tersangkut je kerjanya. Sebab kawasan ni banyak batu yang digunakan menambak tebing pantai supaya tak runtuh kena hakisan ombak. Bila air laut mula surut sekitar pukul 9.30 baru la kitorang perasan kewujudan batu-batu besar ni. Aku sendiri dah 4 kali tersangkut. Hampeh betul! Tapi takpe, esok masih ada. Hehehe....

Hari Kedua (26/01/2009) :

Perrghh! Liatnya nak bangun pagi. Tido lewat la katakan malam tadi. Lepas je mandi dan sarapan pagi dalam pukul 9, aku gi lepak-lepak kat luar dengan pak-pak sedara aku ni sambil setting pancing untuk trip memancing malam ni. Bila check balik, banyak gak barang nak kena beli balik macam batu ladung, mata kail, perambut, kekili dan tali pancing. Masalahnya, banyak kedai kat Jasin ni tutup sebab CNY hari ni. Akhirnya, kitorang ramai-ramai pegi ke Pekan Tangkak kat Johor semata-mata nak cari barang pancing je. Hehehe.. Gila kan! Sanggup sebab gila pancing punya pasal..Tapi, takde apa sangat la sebab jaraknya takdela jauh lebih kurang 28KM je dari Jasin. Dah dekat dengan sempadan negeri Johor-Melaka pun. Sementara diorang (nenek, mak dan mak sedara aku) gi shopping apa-apa yang patut (beli kain la paling banyak aku tengok), aku dan pak-pak sedara ni lak pegi survey kedai pancing. Tapi hampehhhh!! Takde kedai pancing yang bukak! Rata dah rasanya kitorang merayau jalan kaki kat Pekan Tangkak tu. Akhirnya, kitorang surrender.. Nampaknya kena singgah kat Pekan Jasin la balik nanti. Harap-harap la ada. Huhu...


Gini la keadaan Pekan Tangkak di cuti CNY.. Tetap sesak ntah hapa-hapa walaupun banyak kedai yang tutup. Huhu...


Antara gedung membeli-belah yang sempat dikunjungi untuk menghabiskan duit pada hari itu...


Yaaa... Pilihh.. Pilihh.. Duit korang, bukan duit aku. Aku pedulik hapaaaa..!! Silakan membeli belah. Lepas beli bolehlah kita blah! Muahahaha..!! (Ayat bengang sebab tak jumpa kedai pancing la ni. Kih! Kih! Kih!)

Pukul 3.30, kitorang bertolak balik dan singgah kat Pekan Jasin sekejap. Puas rayau-rayau tapi punnn.. Hampehh!! Takde kedai pancing yang bukak. Ni la masalahnya bila bidang perniagaan dimonopoli oleh satu bangsa saja. Sekali di tutup, habis semuanya takde. Hishh... Alahai, camne nih. Nak tak nak, nanti pakai je la stok barang yang ada. Harap-harap la malam ni takde banyak masalah. Kalau tak, naya. Huhuhu...


Pemandangan kat Pekan Jasin. Lengang je hari tu...

Kitorang sampai semula kat rumah dalam pukul 5 petang. Laaa... lama betul merayau hari ni. Lepas rehat-rehat jap dan dah mandi. Kitorang mengadap makan malam pulak. Hu.. laparnya perut. Maklumlah, siang tadi dah penat merayau. Lepas je habis makan, dalam pukul 8.30 kitorang terus bertolak ke Padang Temu. Hehe.. nak repeat balik la kiranya ni. Tapi kali ni beralih tempat sikit je dari lokasi semalam. Aku suka kawasan ni. Satu kawasan yang lapang dengan benteng batu ditambak sepanjang pantai yang aku anggarkan sepanjang hampir 2KM. Angin laut pulak bertiup nyaman jee... Pergh! Tak berlengah kitorang keluarkan pancing. Disebabkan CNY, maka kitorang boleh nampak dari jauh letupan mercun dan bunga api yang berwarna-warni kat langit malam di Bandar Melaka. Cantiknya... Leka aku sekejap. Malangnya, untuk malam ni, kitorang terpaksa balik seawal pukul 12 sebab kehabisan umpan! Aisehhh.. salah bajet la kali ni. Dah la tak dapat hasil (Tangan kosong la tu. Malunyaa...).. Huh! Takleh jadi ni. Masa OTW balik kat dalam kereta, kitorang dah pakat nak memancing kat Pantai Pengkalan Balak pulak siang esoknya. Lagipun esok last day kitorang kat sini. Hehe... Tido awal nampaknya malam ni. Takpe simpan tenaga untuk esok lak. Lalalaaa...

Hari Ketiga / Terakhir (27/01/2009) :

Hari terakhir kitorang kat sini. Lepas je sarapan pagi, kitorang terus berkemas barang dan bertolak ke Pantai Pengkalan Balak, Kuala Linggi seawal pukul 9.30 pagi. Haaa... jauh gak kali ni. Sebab Pengkalan Balak ni letaknya bersempadan betul-betul dengan Port Dickson, Negeri Sembilan. Kitorang sampai kat Pengkalan Balak pukul 10.30 pagi. Mak aih! Ramainya manusia. Ni semua stok nak ngabihkan cuti CNY la ni. Tapi yang aku tengok ramai orang Melayu kita je. Orang Cina takdela ramai mana pun. Hehe.. Biasalah tu.. Lepas dapat parking dan bawak turun barang-barang, Sessi berkelah pun bermula. Budak-budak la yang paling seronok. Tak sabar-sabar terus je serbu ke laut sebaik je keluar kereta. Macam kambing keluar kandang daaa... Huhuhuuuu...


Pengkalan Balak.. Destinasi terakhir kita pada kali ini. Hehehe...


Memang cantik view kat sini. Pantainya pun bersih je. Kawasan yang sesuai untuk bermandi-manda.


Haaa.. ni salah satu aksi pengunjung kat sebelah port kitorang yang sempat aku snap gambarnya. Dah tanam separuh dah tu. Pasni, kitorang dah berkira-kira untuk bacakan Talqin pulak. Innalillahhh... Huhuhu...


Kami yang lelaki ni pulak, stick dengan plan kitorang semalam – memancing. Lepas je beli Umpun-umpun untuk buat umpan memancing (rabak gak la RM24. Huhuhu...), kitorang terus cari port yang baekkk punya dan tak ramai orang untuk melontar tali pancing ke laut. Nyata kali ni kitorang tak bersendirian sebab ada ramai lagi kaki-kaki pancing kat tepi pantai ni. Nasib kali ni agak baik. Dapat la jugak 5-6 ekor ikan walaupun takla sebesar mana (saiz 3 jari jeee.. hehehe..) tapi jadi la dari takde langsung.


Antara aksi pemancing-pemancing terlampau yang sempat dirakamkan. Kita tengok sapa dulu dapat ikan. Jangan komen lebih-lebih. Nanti berbirat badan kena sebat dengan batang pancing. Hehehe...


Umpan yang digunakan (Umpun-umpu pasir). Satu plastik tu harganya RM8. Ada 3 plastik so dah jadi RM24. Kalau tak dapat jugak ikan, tak tahu la.. Nak kena beli umpan Burger Ayam la pulak agaknya. Huhuhu..


Weiii.., sembang sembang jugak, ingat-ingatla sandwich sardin tu kat orang belakang pulak. Laju je korang menyuap.

Makan tengahari kat tepi laut memang la best. Mungkin sebab perut memang tengah kebulur di samping pemandangan yang indah kat tepi laut. Huhu... Tapi, yang aku peliknya, budak-budak ni hardcore betul bab-bab mandi laut. Lepas je makan, terus turun mandi laut balik! Dah la cuaca panas tak ingat. Pukul 4.30 petang, kitorang berkemas dan siap-siap untuk bertolak balik ke Jelebu semula ikut susur keluar ke highway melalui tol Alor Gajah. Tapiii....,


Traffic jam di sepanjang jalan menuju ke tol Alor Gajah. Time ni aku dah start tensen dah. Dah la cuaca panas. Huhu...

Mak oi! Traffic jam tak ingat la pulak sepanjang jalan nak ke tol. Aku ingat ada la 2 kilometer kot. Baru aku teringat, ni hari last cuti CNY so memang berpusu-pusu la orang nak balik KL atau bandar-bandar lain sebab esok nak keje. Ada la dalam 45 minit kot baru la lepas dari tol dan masuk ke highway PLUS. 20KM yang pertama, trafik OK je.. Tapi bila dah sampai ke kat depan R&R Senawang, sekali lagi traffic jam dan kali ni lebih teruk! Hadoi! Sabar je laaa... aku tengok jam kat dashboard kereta. Dah pukul 7.15 dah ni. Padanla hari dah samar-samar je... No choice, terpaksa la bertenang dalam traffic jam yang merimaskan ni. Seksa sungguh nak menyampaikan ke EXIT Senawang tu. Dalam pukul 8.45 baru aku dapat keluar dari highway dan terus ke tol Senawang. Syukur Alhamdulillah, Bandar Seremban tak jam.. Akhirnya kitorang selamat sampai ke Jelebu pukul 9.15..


Traffic jam di Highway PLUS ke arah Senawang. Pergh! Sampai malam weiii... Kalau yang nak balik ke KL tu, aku tak tau la camne. Lagi tensen kot! Huhuhu...

Bila dah sampai kat rumah ni dan dah siap-siap mandi serta makan nasik, baru la terasa betapa lenguhnya badan. Huiii.., Rindu betul aku kat katil bujang aku ni. Tapi sebelum merebahkan badan, sempat gak la online jap untuk jenguk e-mel, blog dan YM jap seround dua.. Hehe.. Ada niat nak update blog tapi rasa tak larat pulak! Akhirnya dalam pukul 12 jugak la baru aku tido. Hishhh... Esok dah keje semula. Sekejap je cuti 4 hari ni rasanya. Tapi aku puas hati sebab untuk cuti kali ni aku betul-betul luangkan masa bersama keluarga. Bila kenang-kenang semula, seronok je rasanya.. Ermm.. zzzzzz.., zzzzzz.., zzzzz.., zzzzzzz.., Kroih! Kroih! Zzzzz.... (Aik! Dah dah abis citer dah ke? Apa punya Ending daaa....)


- "Apakah ada perbezaan tingkat darjat sesama manusia, sedangkan di dalam tubuhnya mengalir darah yang sama warnanya?" (Rintihan Rasa, 29/01/2009, 09.30 p.m) -

Rabu, 21 Januari 2009

Makan-makan : BBQ Dengan Kawan-kawan..

Salam semuaa..

Bertemu kembali.. Huhu, ni aku baru je balik dari BBQ dengan kawan-kawan opis. Sebenarnya, BBQ ni dibuat sempena meraikan kejayaan kitorang menganjurkan Kejohanan Dart Tertutup Jelebu pada 10 - 11hb Januari lepas. Alhamdulillah, walaupun baru pertama kali kitorang buat penganjuran, segalanya suksess dan berjalan lancar hingga dapat pujian dari semua peserta yang ambil bahagian. InsyaAllah, ini akan dijadikan acara tahunan disebabkan sambutan yang menggalakkan bukan sahaja dari dalam Negeri Sembilan malah turut disertai oleh peserta luar Negeri Sembilan seperti Sepang, PJ dan Kajang.

So, setelah berhempas pulas selama dua hari berturut di Dewan Besar Kuala Klawang dari pagi sampailah ke malam, sekarang ni kitorang ingat nak celebrate pulak dengan buat BBQ untuk semua AJK yang terlibat. Hehe.. it's makan time!! Barang-barang semua dah dibeli semenjak malam semalam so sekarang ni tugas kitorang cuma nak masak je. Takdela banyak mana pun.. Beli ayam, sosej, daging burger dan makanan-makanan ringan macam roti, keropok, kacang serta minuman ringan. Selain nak celebrate, aktiviti sebegini jugak boleh merapatkan hubungan sesama kawan-kawan sepejabat. Seronok rasanya dapat berkumpul dan berbual sesama sambil makan-makan, minum-minum... Hilang sekejap segala masalah bila dapat berkumpul bikin riuh macam ni sekali sekala. Bermula dari pukul 8 sampaila ke pukul 11 malam ni, memang kitorang lepak sungguh-sungguh. Macam nak sambut Gong Xi Fa Cai pun ada. Makan besar.. Hehehe.. Kitorang buat kat perkarangan mini garden Hotel Seri Klawang sebab lebih mudah dan dapat tapak free. Kat bawah ni aku sempat snap beberapa gambar semasa BBQ tu. Hehe.. layannn.. :)


Antara menu yang disediakan semasa BBQ. Nyam! Nyam!


Semasa penyediaan tempat. Ni baru nak mula ni..


Haaa... ni dia Abg Hanip, orang yang tukang bakar. Yang tukang kipas, Cik Mus pun ada.. Tapi hangus jugakk!!


'Cik Mus: Apahal api tak menyala lagi niiii...!! Penat dah aku kipas..'


Inilah saja yang tinggal di atas meja setelah makanan selamat bersemadi kat dalam perut. Erpkhh..! Alhamdulillahhh...


- (Rintihan Rasa, 21hb. Januari 2009, 11.50 p.m) -

Isnin, 19 Januari 2009

Warkah Hampehh.. (Khas Untuk Bekas Awekku)

Sayang...

Dalam kesuraman ultra lembayung tika bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan memori dan nostalgia cinta lama yang kita lalui bersama suatu ketika dahulu. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit di tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, unta, kuda, kusta, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Courtney Love yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Hollywood itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-B secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam permainan cinta yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam jamban yang terputus bekalan elektrik di waktu malam nan sunyi.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan selipar Jepun akhirnya musnah dijilat api setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil berlari setempat untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lantas aku membakar bas sekolah dan membelasah empat ekor itik serati milik jiran sebelah rumahku sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapakah sikapmu begitu celaka sekali? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni berisi rokok kretek seludup yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula tren Komuter laluan Pasar Seni - Padang Jawa hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini. Kau sememangnya kejammmm..!!

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa diriku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Syaiton Nirrojim atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri ini dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi basi dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu dahulu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut dan selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau dah berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

- (Rintihan Rasa, 19hb. Januari 2009, 10.00 p.m) -

Ahad, 18 Januari 2009

Cuti Hujung Minggu Yang Membosankan..

Salamm semuaa…

Bertemu kembali. Hmm.. dah lama benar aku tak updates blog ni. Rasa-rasanya dah dekat 2 minggu gak. Ntahla, di samping sibuk dengan keje, sebenarnya takde idea pun ye jugak. Idea ni kita bukan boleh jangka. Nak menulis ni mesti nak ada skill, idea, fakta dan topik baru boleh create satu cerita yang boleh orang nak baca. Erm.. sekadar pendapat dari aku yang takdela pandai sangat dalam bidang penulisan ni. Ehe..

Hari ni cuti.. Aku pun takde ke mana sangat sebenarnya. Sekadar gi ke pasar tani dengan family & lepas tu dok kat rumah sampai la malam. Blur la.. serius tak tau nak ke mana cuti-cuti ni. Kawan-kawan pun takde nak ajak keluar. Lagipun, aku bukannya sihat sangat dalam minggu ni.. Awal-awal tahun baru je terus kena batuk dan demam selsema. Hadoii.. Jenuh rasanya. Nak buat keje pun rasa tak selesa. Asyik sroott.. srooot.. je. Memang musim la sekarang ni agaknya. Kat opis aku pun dah berturut-turut lak yang kena lepas je aku kena. Nasib baik tak kena Chikungunya. Pembawa virus ke aku ni? Hehehe...

Internet kat rumah aku ni pulak, dah mula nak meragam je kebelakangan ni. Macam sekarang ni pun Streamyx kat rumah aku ni tak stabil. Sekejap ok, sekejap terputus.. Line telefon rumah aku lagi laa.. hancuss.. dah buat aduan kerosakan kelmarin tapi nampaknya belum ada apa-apa respon dari pihak TELEKOM lagi. Biasala.. kalau dah rosak, memang payah la nak dapat repair balik. Sekarang ni, bil internet di cas secara lump sump RM60 sebulan tak kira kita guna atau tak. Apa kata kalau pengiraan bayaran bil dibuat atas berapa yang kita dah pakai je? Ok tak camtu.. Hehe.. Kalau la buat camtu, rasanya, aku antara orang yang bayar paling sikit la kot tiap-tiap bulan. Mana taknya, Online pun harapkan sebelah malam je.. Itupun, dari pukul 8 – 12 malam je dan paling lama aku ingat, sampai pukul 1.00 lebih sikit kot.. Dah tu, jarang sangat lak online tu. Kalau sebelah siang dah penat kerja, malamnya memang aku tak online baik aku masuk tido jee.. Lagi best hapa.. Sebenarnya, kalau aku online pun, aku cuma nak aktifkan download movie & lagu-lagu guna Torrent jee.. Seronok juga tengok movie ni bila bosan-bosan tu. Aku download movie yang mana aku rasa best dan yang offer kualiti gambar yang cantik macam DVD. Hehe.. memilih lak aku ni kan. Tapi dah aku nak buat koleksi so kena la cari yang gambar canteekkk baru syok. Antara movie yang aku ada sekarang ni termasukla ‘Nightmare On Elm Street (semua siri)’, ‘Hancock’, ‘Love Guru’, ‘Superman’, ‘Fantastic Four’, 'The Increbible Hulk', ‘Knight Rider 2008’ dan macam-macam lagi. Siap beli satu external harddisk khas untuk movie je. He...


Ermm.. dah takde idea nak menulis dah ni. Rasanya, aku berhenti setakat ni aje dulu kot. Lagipun esok nak keje. Sekejap sangat cuti dua hari ni rasanya. Tau-tau je esok dah nak kerja dah. Kalau diikutkan, bukan berapa sihat sangat lagi. Mungkin sebab tu idea nak menulis tak berapa nak datang kot. Oklah.. jumpa lagi. Salam..


- "Kematian adalah merupakan permulaan perjalanan menuju kehidupan yang abadi..., di negeri akhirat.." (Rintihan Rasa, 18hb. Januari 2008, 11.00 p.m) -

Selasa, 6 Januari 2009

Nostalgia : Koleksi CD MP3 'Lambak' Dalam Simpanan.. :)

Salamm semuaa...

Masa aku tengah kemas-kemas bilik & selongkar almari, aku terjumpa CD-CD mp3 yang pernah aku beli dulu-dulu. Erm, masih elok lagi sampai sekarang dan kebanyakkannya aku beli masa aku study di UiTM (masa awal-awal tu ITM lagi sampailah diisytihar sebagai UiTM oleh Dr. M pada 27hb. Ogos 1999) Shah Alam sekitar tahun 1999 dulu di Kompleks PKNS, Shah Alam. Aku ingat lagi masa tu fail-fail lagu dalam format mp3 ni dah mula nak popular maka memang banyak CD-CD mp3 sebegini dijual ditambah pulak dengan kualiti fail mp3 yang boleh dikatakan baik. Bukan tu je, siap dengan colour printed cover + standart plastic casing lak tuh! Dah macam CD original lak dah. Mana la orang mcm aku ni tak terliur bila tengok. Lagu yang dimuatkan pun banyak yang best-best dan harga lak murah (RM6 satu). Maka ia cukup berbaloi dibeli oleh golongan student tak berduit macam aku ni yang suka mendengar lagu tapi tak mampu nak beli CD original mahal-mahal buta tu. Ehe!

Tapi tu semua dah tinggal kenangan... Sekarang ni bila dah bekerja aku pun dah tak beli CD-CD mp3 ni lagi. Aku banyak beli kaset je (coz leh ripped & lagi murah dari CD. Yang penting, ori beb! ehehe...). Aku cuba pasang kat PC aku ni.. Hmm.. kualiti bunyinya masih elok lagi. Mungkin sebab aku pun simpan cermat dalam almari. Siap bungkus dalam plastik lagi. Ehe.. Bila tengok CD-CD ni, teringat semula kat kawan-kawan & kenangan lama zaman study. Uish! Nostalgia lak bila dikenang-kenang semula. So, kat sini aku display semula cover CD-CD tu untuk tatapan korang semua. Sekadar berkongsi. Layannnn... :)


Lagu-lagu Sensasi (Vol. 4)


Lagu-lagu Sensasi (Vol. 3)


Lagu-lagu Sensasi (Vol. 2)


Lagu-lagu Sensasi (Vol. 1)


Kumpulan Pop Rock Terhebat 2004

Kalau korang berminat nak tau apa kandungan lagu-lagu kat dalam semua CD ni, korang boleh muat turun dengan klik pada link kat bawah tu. Boleh dikatakan, secara purata terdapat sekurang-kurangnya 100 lagu dalam setiap keping CD. Banyak tuuu.. Memang puas nak mendengar sampai tak larat.. Huhuhu..

Muat turun : Senarai Lagu.txt

Sebenarnya, memang ada lagi CD-CD mp3 lain dalam simpanan aku yang aku tak display kat sini. Yang aku display ni kiranya stok CD mp3 yang aku paling sayang la ni. He... Oklah, jumpa lagi dalam post akan datang ye.. Dah lewat malam ni ngantuk pulak rasanya. Esok nak keje. Huarkhhttt..!! Bestnye ngeliat.. Ehe. Oklah.., Salammm..


- (Rintihan Rasa, 06hb. Januari 2009, 11.30 p.m) -

Ahad, 4 Januari 2009

Chrysler : Penghargaan Yang Tak Kena Pada Tempatnya.. Hehe..

Salamm semua..

Korang masih ingat lagi dengan ‘Chrysler’, salah satu gergasi pengeluar kenderaan automotif milik Amerika. Disebabkan kegawatan ekonomi global sekarang ni, mereka akhirnya terpaksa akur dan merayu bantuan suntikan modal rangsangan (bail-out) dari kerajaan US dan rakyatnya sebanyak $4 billion untuk menyelamatkan syarikat dari bankrap. So, US di bawah Presiden Bush yang berlagak pandai itu pun bersetuju meluluskan permohonan diorang tu. Dapat la dah duit $4 billion tu. Dengan duit sebanyak tu ia membawa amanat rakyat Amerika agar Chrysler dapat menggunakannya sebaik mungkin untuk memulihkan syarikat dan kepercayaan rakyat Amerika kepada mereka.

Tapi, sebaliknya pulak, apa langkah pertama yang Chrysler buat selepas dapat suntikan modal tu?

Chrysler dengan bangganya telah membeli ruangan iklan sebesar satu mukasurat penuh di akhbar-akhbar arus perdana Amerika seperti Wall Street Journal (WSA) dan USA Today kononnya untuk mengucapkan TERIMA KASIH pada rakyat Amerika! Kalau la aku ni salah sorang dari rakyat Amerika, memang aku seranah diorang kat Chrysler ni cukup-cukup sebab buat kerja bodoh macam ni. Kenapa? Sebab, cuba korang bayangkan, diorang dah membazir sekitar $206,000 - $264,000 untuk kos iklan di WSJ dan $112,000 to $217,000 untuk kos iklan satu muka penuh di USA Today. Dan semestinyalah duit untuk bayar kos pengiklanan tu diorang ambik dari dana bantuan berjumlah $4 billion yang dah diberi oleh kerajaan diorang, yang mana hasilnya datang dari duit rakyat Amerika yang bayar cukai setiap tahun! So, senang-senang dari $4 billion kini dah tinggal lebih kurang $3.5 billion je akibat buat kerja bodoh camtu. Walhal, sepatutnya duit sebanyak itu boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah selain iklan!


Ini la iklan kontroversi dari Chrysler yang telah menimbulkan rasa bengang di hati rakyat Amerika. Nak ucap terima kasih tapi last2 kena maki tak pasal-pasal! Wakakaka.. :D

Dan, akibat dari tindakan bodoh diorang ni, mereka telah dimaki oleh rakyat Amerika sendiri di blog Chrysler, yang mana rata-rata mereka yang menulis menyatakan rasa bengang, marah, kesal, sakit hati, menyampah dan yang sewaktu dengannya kepada Chrysler dan CEOnya, Bob Nardelli akibat tindakan diorang tu. Kalau tak caya, cuba korang baca sebahagian komen-komen sumpah seranah diorang yang sempat aku petik dari laman blog Chrysler. Memang ‘bernanah’ la Chrysler bila baca komen-komen ni. Hehehe... :

--------------------------------------------------------------

Mr Nardelli, Fire your PR and advertising teams and execs immediately. We the People did not want to see any more ads and money wasted on ads, be it from Chrysler, et al, or from your own pocket. You should have put up a website thanking the people and just submitted it to various online news aggregators for free. Once again, I am pained to see you are demonstrating a lack of common sense and fiscal responsibility. We supported the bailout of the car companies, even in the face of the horrendously mismanaged and secretive bailout of banks, and you stlil throw money away in the name of your company. Time to wake up. Sincerely, Matt and the rest of the Internet.
Posted Dec 27, 2008, 3:20 PM by dezmd

have to say this ad disappointed me. First of all, do you need to spend your precious dollars on expenisve newspaper space? Second of all, it's hard to say "America" is really responsible for granting the bridge loans. One survey said that 61% of Americans were against it. Congress was working against the will of the voters. Let me go through each of the three points: "Providing cars and trucks you want to buy, enjoy driving, and will want to buy again." Well, I wanted to buy a Stratus in 2004. I bought it and enjoy driving it. However, I would not buy a Chrysler again beacuse the new products are lower quality and less visually appealing than their predecessors. "Delivering products with the best quality and value in our Company's history." Based on what I've seen and heard, Chrysler vehicle quality is lower than it was a few years ago. "Improving fuel economy to support Americas energy security and environmental sustainability." Chrysler's current full-size and compact vehicles are LESS fuel efficient than they were in 2003. Chrysler built the cars of my dreams in the 1990s but the latest models are a real let down. Chrysler does not deserve aid until it can present compelling new-generation vehicles. Putting battery packs in the current models dosen't count.
Posted Dec 27, 2008, 3:20 PM by Mwhite

Bob Nardelli - thanking Americans for stealing their money is NOT something to boast about on your website. The American public DID speak when we choose to NOT buy your cars. Why not spend the money by showing us something compelling that people would "want" to buy. I have NEVER hear anyone excited about "buying a chrysler." You have no brand strength and this current "Thank You" ad will further your branding problems.
Posted Dec 30, 2008, 11:44 AM by Alvin P. Sams

My response to being forced to bail Chrysler out was to immediately purchase a FORD Focus and I will NEVER buy any car that Chrysler has anything to do with. This ad you ran "thanking" us was an example of you wasting OUR money.
Posted Dec 30, 2008, 11:44 AM by redwood tree

Obviously nothing has changed. Chrysler is still making stupid decisions by wasting its stolen taxpayer money on useless ads. I will never, ever even consider buying a Chrysler. Chrysler makes nothing but JUNK, and has rightfully earned its poor reputation. Mr. Nardelli, do yourself and Chrysler a favor and resign.
Posted Dec 30, 2008, 11:44 AM by BuyJapanese

Thank You? Kiss mine you looters. I had ZERO choice in the matter. The money was taken from me by FORCE of GOVERNMENT and given to you. Ads like this reaffirm my decesion to buy a Honda last year. Bottom line Chrysler- I WILL NEVER BUY FROM A COMPANY THAT POINTS A GUN TO MY HEAD AND THEN SAYS THANKS. This ad infuraties me. Rot in hell scumbags.
Posted Dec 30, 2008, 8:03 PM by Lede Agenda

What a great way to spend the taxpayer money!!! Spend hundreds of thousands if not a milliion to put full page ads in news papers all over the country. The NYT add alone cost over $200,000!!! I will never buy a Chrystler vehicle!! You guys suck!!! If I make mistakes in my finincal situation I have to fix them. You should bite the bullet and fix your own problems.
Posted Dec 30, 2008, 8:03 PM by cherky76

Bunch of scumbags...Nardopey and Cerberdolts can stick it...the VAST majority of the American public is against any sort of bailout for you or GM and yet you steal our money anyway...Are you and the other CEOs and investment bankers going to come bail me out when I lose my job?? Didn't think so...I'll NEVER buy a Chrysler or GM product--EVER--and either will any of my current or future family members I will make sure of it...
Posted Dec 31, 2008, 11:27 AM by spalind

What a total waste of money. That useless ad money could have been put into research and development to make better quality and fuel efficient vehicles. This has got to be the most expensive thank you card ever written, providing better products would be just as sufficient.
Posted Dec 31, 2008, 11:27 AM by zetasoul

(rujukan : http://blog.chryslerllc.com/blog.do?id=564&p=entry#comments)


--------------------------------------------------------------

Haaa.., apa pendapat korang bila baca komen-komen kat atas tu tadi? 'Nyamannn' sekali kan... Bagi aku, kalau diorang nak berterima kasih pun, tak payahla nak iklan besar-besar sangat. Cukupla dengan buat sidang akhbar ringkas yang menggunakan budget yang lebih kecil untuk menyampaikan hajat ‘suci murni’ diorang tu kepada rakyat ataupun kalau dah ‘terharu’ sangat sanpai takleh tahan keinginan nak buat iklan, iklankan je kat laman web diorang. Dalam keadaan gawat sekarang, memang rakyat akan sensitif dengan hal-hal membabitkan wang yang besar sebegini. So, kenalah berjimat ye tak! Tapi, biasalahh.. Yahudi dan US memang sentiasa bongkak tak kira masa susah senang pun. So, padanlah dengan muka diorang. Baru sekarang diorang tahu langit tinggi rendah. Maka, terpaksalah aku menjalankan kewajipan untuk menggelakkan diorang sekuat hati... Kah! Kah! Kah! :D


- (Rintihan Rasa, 04hb. Januari 2009, 08.40 p.m) -

Jalan-jalan : Pegi Pasar Minggu..



Salamm semuaa...,

Hari ni hari minggu. Macam biasa, memang menjadi rutin setiap hari Ahad pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah dengan family nak ke Pasar Minggu beli barang-barang keperluan dapur untuk stok seminggu. So, dalam pukul 7.50 pagi, aku pun bertolak. Taklah jauh sangat pun Pasar Minggu ni dengan rumah aku. Dalam 5 km jeee.. lokasinya lak terletak kat Pekan Kuala Klawang, bersebelahan dengan Muzium Adat. Haaa.. bagi korang kat luar sana yang belum pernah jejakkan kaki ke Muzium Adat, korang boleh la gi sebab Muzium Adat ni dibuka setiap hari termasuk la hari Ahad. Masuk percuma takyah bayar pun. Ewahh.. promosi la pulak aku ni. Hehehe...


Macam-macam barang yang dijual. Dari yang basah sampaila yang kering. Tapi berpada-pada la berbelanja. Nanti poket korang pulak yang 'kering'.. Huhuhu...

Sampai kat Pasar Minggu lebih kurang dekat pukul 8.00. Ermm.. gini la pemandangannya setiap minggu. Pagi-pagi lagi orang dah ramai dah. Macam aku pun memang suka gi pagi sebab dapat buat lebih banyak pilihan dan barang-barang dapur terutama barangan basah macam ikan, udang, ayam semua tu masih kira ‘fresh’ lagi.. Bukanla fresh camne pun maksud aku fresh keluar dari lori laa.. Ehehe.. Lagipun kalau pegi pagi-pagi ni mudah sikit nak membeli (senang nak buat tawar menawar sebenarnya sebab walaupun orang ramai, tapi tak seramai yang datang dekat-dekat nak tengahari) dan balik pun dapat awal.

Seronok sebenarnya gi Pasar Minggu ni. Macam-macam ragam pengunjung dan peniaga dapat kita tengok. Kalau peniaga tu, ada yang terpekik-pekik nak tarik pelanggan pun ada. Pengunjung macam aku ni pulak, macam biasalah bila membeli asyik nak menawar jee.. :) . Orang lak jangan cakaplah punya ramai.. Kalau kita tengok, harga barang pun agak murah sikit (sikit jee..) berbanding pasar biasa. Bagi yang suka beli barang untuk stok seminggu macam family aku ni memang sesuai la berbelanja kat tempat macam ni.


Korang tengok! Sapa kata pompuan je rajin pegi pasar? Orang lelaki pun rajin tau. Contohnya, macam aku dan orang-orang lelaki yang dalam gambar kat atas tu. Silap-silap lagi terer dari orang pompuan dalam bab membeli barang dapur ni. Hehe.. Any comment dari orang pompuan?

Dalam pukul 9.00 kitorang dah selesai beli barang dah. Hehehe.. cepatkan! Biasalah kalau dengan aku memang aku tak reti nak merayau lebih-lebih ni. Beli apa yang nak dibeli dan dah dapat, terus cabut! Mak dan Nenek aku pun paham dengan perangai aku ni. Boleh tahan gak berbelanja kali ni. Kopak gak la RM100 nak beli barang-barang dapur je macam ikan, ayam, sayuran dan barang-barang kering yang lain macam ikan bilis, bawang dan lain-lain tu. Erm, bila dah time camni, sarapan pun main beli je.. Nasik Lemak + ayam goreng + kuih-muih sikit. Huhu.. aku nak balik cepat. Lapar tak sarapan lagi. Okla.. jumpa lagi di next post ye...


- (Rintihan Rasa, 04hb. Januari 2009, 9.45 a.m) -

Sabtu, 3 Januari 2009

Tutorial : Muat Turun Fail Audio & Video Menggunakan Enjin Pencari (Search Engine)

Salamm semuaa...

Sebagai pengguna internet, aku yakin memang ramai di antara kita yang berminat untuk memuat turun bahan seperti fail lagu (mp3), video, games dan sebagainya. Kalau dapat muat turun secara terus, Alhamdulillah.. kira okla tu. Tapi, kadang-kadang tu lain yang kita cari, lain pulak yang dapat! Korang pernah tak kena camtu? So, kat sini aku berminat nak kongsi beberapa petua yang berguna bagi korang memuat turun bahan yang korang suka melalui internet. Walaupun cara ini taklah 100% berkesan, tapi sekurang-kurangnya dapat memberikan sedikit harapan dan kepelbagaian dalam proses korang nak memuat turun. Misalnya, kalau korang nak cari mp3 lagu 'Metallica' guna SE (Search Engine), korang akan taip direct perkataan 'Metallica' tapi selalunya, bukan bulat-bulat mp3 tu yang keluar, tapi segala macam benda akan keluar kan! So, kat sini aku nak cerita sikit petua yang aku guna. Sila teruskan pembacaan anda. Hehehe...

Ok.. Untuk tutorial kali ni, aku khususkan pada SE jenis Google. Sebab ini SE yang aku familiar dan paling meluas penggunaannya dalam internet. Kalau korang nak guna SE yang lain, terpulang.. Tapi aku tak tahu keberkesanannya setakat mana. Huhu..

Terdapat 2 cara yang digunakan iaitu seperti berikut :

1. Cara Pertama :

Tulis mana-mana string di bawah kat dalam kotak carian Google Search mengikut item yang ingin korang cari (mp3, video, games, DVD) :

"parent directory " /appz/ -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sums


"parent directory " DVDRip -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sums


"parent directory " Xvid -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sums


"parent directory " Gamez -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx
-md5 -md5sums

"parent directory " MP3 -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sums


"parent directory " Nama Penyanyi atau album -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sums


Perhatikan, perkataan selepas "parent directory " (yang telah di'bold'kan) dan sblm -xxx boleh diubah mengikut item pencarian. Contohnya :

"parent directory " MP3 Metallica -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sums

Sila lihat Gambarajah 1 di bawah untuk lebih paham..

Gambarajah 1 : Sila klik untuk besarkan


2. Cara Kedua

Tulis string di bawah ni dalam kotak carian Google Search :

?intitle:index.of? mp3

Cara ini agak mudah dan ringkas. Hanya tambahkan nama artis/tajuk lagu/album. Contohnya :

?intitle:index.of? mp3 Metallica

Dan hasilnya, korang akan dapat seperti Gambarajah 2 di bawah..


Gambarajah 2 : Sila klik untuk besarkan

Sekian saja tutorial untuk kali ini. Harap korang dapat cuba ye. Walaupun ia taklah berkesan 100%, tapi kat sini aku nak tekankan, pastikan korang salin sebijik 'string' yang aku tulis kat atas tu ke kotak carian Google Search tanpa ada tertinggal titik, sengkang, jarak atau apapun. Sebab kalau salah, ada kemungkinan ia tak menjadi. Benda lain lak yang keluar nanti! So, be carefull.. Jumpa lagi di post yang akan datang. Adiosss..!!


- (Rintihan Rasa, 03hb. Januari 2009, 10.00 pm) -

Jumaat, 2 Januari 2009

5 Kereta Terpantas Di Dunia!!

Salamm semua...

Kalau di tanya tentang kereta yang terpantas di dunia, kereta apa yang korang terfikir? BMW? Mercedes? Ferrari? Lamborghini? Hehe.. Itu cuma salah satu jenama pengeluar kenderaan automotif yang menghasilkan kereta-kereta yang berstatus mewah dan pantas. Tapi, dalam post kali ni, aku nak tekankan kepada kereta yang TERPANTAS SEKALI dalam dunia! Memang kalau dilihat perkembangan dan kecanggihan teknologi automotif yang semakin berkembang pesat menyebabkan beberapa pengeluar kenderaan mampu menghasilkan kenderaan terpantas di darat.

Bagaimanapun, hanya LIMA kenderaan bertaraf Supercar yang diiktiraf jentera terpantas di dunia, iaitu SSC Ultimate Aero, Bugatti Veyron, Koenigsegg CCX, Saleen S7 Twin-Turbo dan Mclaren F1. He.. macam pelik je nama-nama model kereta ni kan.. So, let's check it outtt..!!


1. SSC Ultimate Aero

SSC Ultimate Aero TT adalah kenderaan bertaraf supercar yang dikeluarkan Shelby Super Cars, Amerika Syarikat. Jentera yang 'lowered' tak ingat hampir mencecah jalan sehingga boleh digunakan untuk menyodok sisa tanah runtuh ini memiliki enjin 6.35 L twin-turbocharged V8 dan boleh diiktiraf sebagai terpantas di dunia apabila mampu mencatatkan kelajuan sehingga 413 kilometer sejam (km/h), di mana rekod tersebut dicatatkan ketika sesi pandu uji pada 13 September 2007 di West Richland dan diiktiraf Guinness World of Records pada 9 Oktober tahun sama. Kos menghasilkan SSC Aero dianggarkan bernilai lebih $AS620,000 dan hanya 25 buah sahaja yang dikeluarkan sepanjang tahun 2006 - 2007. So, silalah beli kalau gaji korang sebanyak RM100,000.00 sebulan. Pasti bapak mertua korang akan tersenyum bangga mendapat menantu macam korang. Huhuhu... Membazir!

SSC Ultimate Aero TT. Tengok enjin je pun dah tau mesti laju tak ingat..


2. Bugatti Veyron

Model kereta kedua terpantas dunia adalah Bugatti Veyron yang dikeluarkan pada 2005. Jentera ini pernah menduduki tempat teratas jentera terpantas dunia sebelum dipintas oleh SSC Ultimate Aero pada tahun 2007. Bugatti Veyron yang dikeluarkan anak syarikat Volkswagen Group, Bugatti Automobiles SAS mencatatkan kelajuan terpantasnya sekitar 408 km/j! Jarak dari KL-JB pun lebih kurang 400km gak. So, kalau korang ada cadangan nak kerja di JB dan tinggal di KL, maka boleh la beli kereta ni... Sejam je dah sampai opis. Itupun kalau korang dah gila dan banyak duit laaa... Sebab Bugatti Veyron juga dianggap kenderaan paling mahal di dunia dengan harga sekitar Euro 1.1 juta! Dijana enjin 8.0 liter quad turbocharged W16 dengan transmisi 7 kelajuan, Bugatti Veyron menyimpan 987 kuasa kuda (Mak oiii.., laju nak mampos tuuu...!) dan nama jentera berkenaan diberi bersempena nama pelumba Perancis, Pierre Veyron yang berjaya memenangi perlumbaan 24 jam Le Mans pada 1939 menggunakan jentera Bugatti.

Inilah Bugatti Veyron.. Kereta aku yang diorang pinjam tak pulangkan sampai sekarang. Hehehe.. dalam mimpi je laaa..

3. Koenisegg CCX

Koenigsegg CCX (singkatan dari 'Competition Coupe X') adalah kenderaan jenis Roadster daripada Sweden dan CCX adalah model terbaru yang dikeluarkan berdasarkan kawalan kualiti & piawaian ketat teknologi automotif Amerika dan dicipta untuk bagi menggantikan model Koenigsegg CCR. Huruf 'X' di hujung nama kenderaan ini adalah bermaksud ulangtahun ke-10 mereka mengikut nombor Roman. Model ketiga terpantas dunia ini dijana enjin 4.7 liter V8 Modular buatan Ford yang telah diubahsuai oleh Koenigsegg sendiri dan mampu menghamburkan kuasa setinggi 807hp! Kepantasan enjin ini boleh mencapai 0-300km/h dalam masa 29.2 saat sahaja sekaligus mengatasi SLR McLaren 722, Lamborghini Murcielago LP640, Porsche 997 GT2, Alpina B6 S, dan Corvette Z06. Mula dipertontonkan kepada umum pada 28 Februari 2006 di Pameran Automotif Geneva. Menariknya, CCX boleh didapati dalam versi teknologi bio yang dikenali CCXR, apabila kuasanya adalah 25 peratus lebih tinggi daripada CCX. Menurut pengasasnya, Christian Von Koenigsegg, CCXR mampu menghamburkan kuasa setinggi 1,018hp (Yarabbi.., lajunyaaa...!!) jika menggunakan bahan bakar dari jenis E85 Biofuel! Ermmm... kalau la kereta ni dijadikan KITT dalam siri 'Knight Rider' yang terbaru ni, mesti gempak kan!

Koenigsegg CCX dan Koenigsegg CCXR (gambar atas)


4. Saleen S7 Twin Turbo

Satu lagi model terpantas keluaran Amerika dikenali sebagai Saleen S7 Twin-Turbo yang dicipta hasil gabungan teknologi dan kepakaran daripada Saleen, Hidden Creek Industries, Phil Frank Design dan Ray Mallock Ltd. Model ini mula diperkenalkan kepada umum pada 19 Ogos 2000 menggunakan enjin Aluminium OHV lapan silinder (V8) yang menghamburkan 550 hp. Pada 2005, S7 diganti model S7 Twin Turbo berharga USD585,296.00 yang diperkuatkan dengan kuasa turbo dari Garret Turbocharger sekaligus meningkatkan kuasanya ke 750 hp, membolehkan ia memecut sehingga 402 km/h! Bayangkan kalau korang memandu kereta ni dalam kelajuan sebegitu dan terlanggar tiang papan iklan kat tepi highway... 'Nyaman' kan..! Heheheee...

Saleen S7 Twin-Turbo.. Laju siottt..!! Aku kalau dapat beli enjin pun jadik laa.. nak ganti enjin kereta aku. Lepas tu aku drive mesti masuk gaung. Wakaka...


5. McLaren F1

Model kelima terpantas di dunia menjadi milik McLaren F1 yang terkenal dengan ‘kelincahannya’ di jalan raya. Hehehe.. mesti korang terbayangkan kereta lumba F1 kan!? Sebenarnya, ia bukan seperti yang korang fikirkan tu. Kereta ini adalah tergolong dalam kelas Supercar dan adalah satu-satunya kenderaan yang memenangi rekod jentera jalan raya terpantas selama 11 tahun bermula 1994 sehingga tahun 2005. Jentera yang dikenali seluruh dunia itu dibangunkan British McLaren Group, McLaren Automotive yang juga mempunyai pasukannya sendiri dalam Formula Satu (F1). McLaren F1 dijana oleh enjin 6.1 liter 60° BMW S70 V12 dan mencatatkan kelajuan terpantas sehingga 371 km/h pada tahun 1994 dan mengungguli takhta jentera teratas selama 10 tahun sebelum dipintas oleh Koenigsegg CCR pada tahun 1995.



McLarenF1.. Dah macamTransformers dah aku tengok. Hehe..


Ermmm.., ke mana perginya Ferrari, Lamborghini & Porsche ye..? Takde masuk dalam senarai pun.. ;)


' My heart is like an open highway!' - (Rintihan Rasa, 02hb. Januari 2009, 8.00 p.m) -