Salamm semua...
Kepada semua pengunjung blog ini, saya rasa anda semua mesti pernah dengar tentang program cepat kaya. Selalu iklan mcm ni : “menjana pendapatan tambahan lumayan secara sampingan dirumah sahaja..” Harap anda baca penerangan saya sebelum anda tertipu. Sbb kalau baca iklan mereka memang menarik giler.
Mari saya dedahkan rahsia penipuan mereka!
Pasti anda pernah dengarkan kat akhbar2 iklan kecil berkenaan program yg menawarkan kesenangan hidup. Jika dilihat semua iklan2 tu, rata2 menjanjikan pendapatan ribuan malah puluhan ribu setiap bulan.
Perkara utama mesti berbunyi “utk keterangan lanjut,sila hantarkan envelop bersetem 30 sen dan beralamat sendiri kpd…(alamat sykt mereka)…” Kpd pembaca yg terpedaya dan berminat, mereka akan menghantar envelop tersebut ke alamat sykt tersebut. Lepas tu sykt tersebut akan menghantar le keterangan / risalah percuma ttg program kekayaan mereka tu.. Haaa, masa ni bila pembaca yg baca risalah tu berminat (sebenarnya bukan berminat..tapi terpedaya dgn ayat2 yg mereka susun dgn baik punya..bertujuan mengelirukan pembaca) dah masuk perangkap bila nak membeli program kewangan tu. Selalu harga program ni RM25 – RM30. Selalu mereka suruh bayar pakai wang pos atau bank-in terus ke akaun mereka.
Maka jualan sudah berlaku disini..sykt akan menghantar risalah program tersebut kpd pembeli. Haaa, ini la yg dikatakan urusniaga melalui iklan dan pos.
Sebenarnya itu la formula (konon2 nya formula nak jadi kaya!) yg mereka guna utk menjana kewangan mereka. Mereka duduk kat rumah ja, mana ada mereka tubuh sykt sendiri..tak dak ahh..tipuu jaa...bila ada org nak beli mereka akan jual program tu.
Nak tau apa yg ada di dlm risalah program tersebut? Dlm tu hanya ada cerita teknik yg mereka guna utk jadi kaya (konon2 nye.. tapi teknik tipu org ada laa!)
Setelah anda membeli program tersebut, nak tau isi kandungannya? Mari saya tunjukkan contoh yang sebenar seperti di bawah:
BAGAIMANA UTK BERMULA?
Mula2 sekali anda perlu membeli teknik2 formula kewangan ini di dlm akhbar2 yg mempunyai iklan tersebut..kini anda telah pun membeli dr kami..adalah menjadi hak anda utk menjual teknik ini kpd org lain..
Iklan kan ‘produk’ anda spt ini:
PELUANG BUAT DUIT DI RUMAH
Dapatkan ribuan ringgit seminggu. Hanya duduk di rumah. Tanpa risiko. Berminat sila hantar envelop bersetem dan beralamat sendiri ke ….(alamat anda)
Kos iklan amat murah sekitar RM60 hingga RM150 utk sekali siar. Tunggu 2 hingga 3 minggu utk iklan anda keluar. Setelah iklan anda dipaparkan, anda akan mendapat byk envelop bersetem dan beralamat sendiri ke rumah anda.
Utk setiap envelop anda masukkan penerangan perniagaan yg sedang anda jalankan ini. (mana ada perniagaan apa pun, tipu jeee...!) Penerangan / risalah perniagaan adalah yg telah anda dpt dr sykt kami..anda boleh jualkan kembali dgn harga yg anda tentukan sendiri.
Gantikan nama dan alamat sykt menjadi nama dan alamat anda.
Jualkan kembali teknik ini kpd pembeli yg berminat.. (Ini la mangsa2 anda..siapa?? kita la tu!)
Cuba olah iklan anda dgn perkataan yg paling menarik bagi menarik perhatian pembaca.
Photostat byk2 teknik ini dan simpan utk sementara..bila ada yg berminat membeli (bukan berminat membeli, tapi terpedaya dgn iklan mereka dgn ayat2 yg begitu menarik ni!) jual kan teknik ini..
Mudah saja bukan? Modal utk photostat teknik ini beberapa ringgit sahaja. Anda boleh jualkan kembali dgn harga RM20 –RM30. SELAMAT MENCUBA!
Gitu le lebih kurang ayat2 yg terkandung dlm terknik program tersebut..
Ok dah selesai penerangan saya. Harap anda semua dah faham skrg. Kita sebenarnya hanya jual kertas 2-3 helai yg ada penerangan ttg teknik tersebut yg caranya iklan le apa2 program kekayaan kat akhbar lepas tu tunggu org beli kertas teknik tu. Lepas tu org yg beli teknik tu jual la pulak kat org lain. Dan begitu le seterusnya.
Mereka kata tenik nak jadi kaya kan.. yer la tuu.. teknik menipu org utk jadi kaya ada lee.. So, berhati-hati la dgn program kewangan kat rumah sebegini. Menjana pendapatan sampingan kat umah la, itu la, ini la, dan byk lagi yg lebih kurang sama je bunyinya. Walhal tipu je lebih sebenarnya.
Ada lagi satu yg buat iklan mcm ni:
PELUANG KERJA 4 ANGKA SEMINGGU. PROGRAM PEMUATAN SAMPUL SURAT KAT RUMAH
Memperolehi komisen dan ganjaran lumayan. Hanya secara sambilan atau sepenuh masa di rumah. Menguasai sumber RM yg berterusan seumur hidup melalui bahan kerja yg dibekalkan dan mudah disesuaikan. Utk keterangan percuma,kirimkan envelop beralamat sendiri kpd…
Kalau sekali baca mesti kita ingat yg ada tawaran pekerjaan yg ditawarkan oleh sykt ini..pada hal ni pun penipuan juga..sama ler dgn penerangan yg saya terang kat atas td..lebih kurang sahaja..Cuma beza ayat pada iklan tersebut sahaja : PELUANG KERJA 4 ANGKA SEMINGGU, yg lagi satu PELUANG MENAMBAH PENDAPATAN DI RUMAH.
Perhati kan ayat yg dihitamkan ini yer.. :
…Hanya secara sambilan atau sepenuh masa di rumah. Menguasai sumber RM yg berterusan seumur hidup melalui bahan kerja yg dibekalkan dan mudah disesuaikan..
Kalau kita baca mesti kita ingat yg sykt tu yg akan bekalkan pada kita bahan2 kerja mereka. Nak tau apa bahan tersebut? Bahan tersebut ialah sampul surat yg beralamat sendiri yg dihantar oleh org (pembeli yg terpedaya..mcm anda juga..masa mula2 beli..tapi anda nak jual pulak kat org lain..) ..itu le “bahan2 yg dibekalkan” oleh sykt tersebut..fikir secara logik..bukan sykt tu yg bekalkan envelop tu..tapi envelop tu dihantar setelah anda iklan kan kat akhbar2.. (masa tu anda dah beli dah program tersebut.. rugi dah RM30.. tapi lepas tau itu je teknik nye..anda pulak jual kat org lain.. .anda tak malu ker sekurang2nya pada diri sendiri, anda nak tipu org.. nak buat mcm mana.. dah anda terkena.. anda pun nak bagi org lain lak terkena!)
KALAU ANDA TAK PERCAYA JUGA, BOLEH TRY HANTAR SAMPUL SURAT KAT ALAMAT2 SYKT YG TAWARKAN PROGRAM KEWANGAN INI.. ANTARA CONTOH SYKT2 TERSEBUT IALAH NURHARA CREATIVE & SERVICES, PRISMA JI ENTERPRISE, SPECTRUM JUTA, DAN BYK LAGI.
Nanti kalau dah dapat risalah percuma tu.. cuba baca tgk.. sama tak dgn apa yg saya katakan.. TAPI INGAT!! ANDA JANGAN MEMBELI PROGRAM TERSEBUT. CUMA BACA JE. UTK NAK LEBIH PERCAYA DGN PENERANGAN SAYA NI.
Saya sekadar menyampaikan supaya anda tidak tertipu. Jgn biarkan diri anda ditipu oleh mereka2 ini. So hati2 dgn iklan kat akhbar spt BACARIA, MINGGUAN PERDANA yg di dlmnya ada iklan program kewangan spt ini. Dlm internet pun byk gak. Cuma antara kita sedar dengan tidak je sebenarnya..
Haiii.. ntahla dunia dunia.. Macam-macam cara orang nak menipu sekarang ni. Mudah sangat kelabu mata dan buta akal fikiran akibat duit dan demi mengejar kesenangan duniawi.
Wallahualam....
"Kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji.. jangan harapkan yang terbaik kalau diri sendiri tunggang terbalik. . jangan cakap tak serupa bikin, cakap lain tapi buat lain.. jangan bercakap macam bagus, tapi bila buat semuanya hancusss..!" - Rintihan Rasa, 05/12/2008, 11.30 p.m -
Jumaat, 5 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
225 komen:
«Lebih lama ‹Lebih lama 201 – 225 daripada 225 Terbaru› Baru».
Maacam mana reez mail...
Betoi ke Tipu.
Betoi ke Tak reez mail
Dapat Tak duit balik??
Intan Mail Enterprise
F454 Parit Tok Ngah
Jalan Baru
34200 Parit Buntar
PERAK
Yg nie btul ke tipu?
Yuran RM60
Memang lah tipu kerja macam ni. lainlah kalau kerja freelance, saya dah 10 tahun kerja. kerja memang wujud. dan tak tipu. secure lagi. dan percuma je join. saya bukan nak apa2. saja kongsi pengalaman. saya ada menulis pengalaman saya 10 tahun kerja online di blog. jemput masuk admin atau siapa2 berminat
[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]
Sy dh klik n registerbuxvertise.com dlm link awk...pas2 mcmne nk wat
Email sy shurizal@gmail.com
Email sy shurizal@gmail.com
Sama lah..
Saya baru je isi borang tu n planning nk g pos kjap lgi..
But tgerak hati utk cari alamat ni kat waze n google..
Waze xde..
Google plak bg i blog ni..
Terbaik sggh...
Terima lasih pada smua y bg infomasi ni..
CATALOG INTERNATIONAL (M) SDN BHD lah sangat...
Ada jelah cara drg nk mnipu kan...
Terima kasih kerana berkongsi..aku hampir terkena dgn dynamail ent, bila tgk bukti2 dalam whatsapp tu macam betul, tapi bila pikir balik, apa benda sbenarnya yang diposkan sampai boleh buat beratus2 satu minggu.
Mcm mna nak report polis city bissinies ni
Mcm mna nak report polis city bissinies ni
Nasib baik saya baca komen ini. Masih aktif lagi itu, no akaun n no wa maaih sama.
Nasib baik saya baca komen ini. Masih aktif lagi itu, no akaun n no wa maaih sama.
Nasib baik saya baca komen ini. Masih aktif lagi itu, no akaun n no wa maaih sama.
Kalau dapat surat tadi CATALOG INTERNATIONAL (M) SDN BHD .jgn dilayan . Beralamat P.O.BOX 12323 K.L .alamat ni sama mcm kebanyakkn syarikat .cuka namabya diubah . Ada unsur scam . Hati2
Ni mungkin no akaun scam terbaru dia beserta no. telefon terbaru yang digunakan dia:
017-9304524
(Puan ila)
MAYBANK
163037244820
AZURA BT SHAARI
ATAU
CIMB BANK
7615319180
AZURA BT SHAARI
ATAU
BANK SIMPANAN NASIONAL
1110029000608343
AZURA BT SHAARI
Saya sudah terkena �� melayang duit rm60. Ingat nak jana duit tambahan bulan ini. Sekali hampa, nasib ada kawan membantu. Ya Allah. Mungkin ini pengajaran untuk saya lebih berhati2
Reez Mail Enterprise(TRO154213-A)
Syarikat nie lh aku hampir tertipu, terdetik kt hati nk search kt peta, tpi aku x tau nme ngn alamat syarikt, so aku tanye name ngn alamt...die bgi tu lh name syarikt nye tu, alamt kt No 67 Kawasan Perindustrian Ajil Terengganu, bile aku search kt peta x de plk name syarikt tu, then aku search ah kt Google, rupenye hmmm...nthlh nk kate ape...iklan nie mk aku yg jumpe kt FB
Tpi thanks a sebb kongsi psal syarikt nie, aku bru fikir nk bank in mlm nie kt maybank yg dekt ngn rmh...
INFORMARION
Name orng: Cik Ila
No. Fon: +60 17-930 4524
Name syarikt: Reez Mail
Enterprise(TRO154213-A)
Alamat: No 67, Kawasan Perindustrian,
Ajil, Terengganu
Maaf tmpng brtnya..MHT City Business Enterprise pun sme juga ke?sbb sye baru nk join..dia mnx byaran RM130..Minta penjelasan ye
Boleh report ke ? Saya pun kena. Tp tulah boleh report ke kalau kita sukarela bank in duit kat dia ?
Aduh, terkena jugak dengan cik ila ni.
Report jer, if mmg slah kita percaya sgt..tapi kita mmg btul2 nk cri duit.klau diam jer mmg mkin lemak and knyang la diorang..if bila ada report and bnyak. Polis takkan diam punya.saya pun dah terkena jgk and buat report jgk.
Serious laa, aduh saya dah bank in rm180 dekat mohd anuar tu, malah saya dah bagi no ic dan no akaun bank dekat dia, please tolong saya pleasee, saya takut dia ambil duit dalam bank, yaallah tolong laa saya
2020 DAN MASIH WUJUD KEGIATAN YANG DILAKUKAN DARI 2008 LAGI.. SESIAPA YANG TERKENA LAGI DENGAN YANG INI.. SILA KOMEN BANYAK2 BIAR SEMUA ORANG TAHU AND SAMA2 KITA LAPORKAN KE MCMC.. PELIKK MASIH AKTIF MANUSIA SEBEGINI..
Kenapa dia tak direport sampai sekarang ye.. padahal banyak blog bercakap pasal dia.. dri tahun 2008 lgi.. Isyhh3 12 tahun atau lbh makan duit haram.. Sampai hari ni iklan dia masih berjalan.. Sekarang ni bisnes doorgift pulak.. Dah pandai pakai Business Whatsapp pulak dah.. Ingat orang tak cerdik ke zaman sekarang nak track dia..
Gaiss ingat ye nama ni.. masih hidup orang nye..
MUHD HASNUL ANUAR BIN MOHD
BANK RAKYAT
22-147-100401-2
NO. TELEFON WHATSAPP BUSINESS (YANG AKTIF SEKARANG):
+60 16-848 1691
Sesiapa yang pandai track segala details dia and mana dia tinggal please la buat report polis.. Sampai bila dia nak hidup mcm ni.. Berapa ramai lagi suri rumah, orang2 yg menganggur, student2 nak kena tipu dengan dia ni.. Blh kaya free2 je dia ni.. sampai blh bayar ad lg untk markting dia punya scam activity..
Masih beroperasi utk scammer bernama AZURA BINTI SHAARI. byk iklan di fb.
Catat Ulasan