Ahad, 10 Januari 2010

Jalan-jalan : Jom Tengok Bola! :)


Salamm semua..

Bertemu lagi kita. Lama sgt dah rasanya aku tak menulis pasal aktiviti aku dalam blog ni. Asyik tulis fakta je. Hehe.. biasala.. idea ni kadang-kadang datang kadang-kadang langsung takde. Lagi satu mood nak menulis pun kena ada juga. Kalau takde mood tu yang banyak tulis pasal ntah hapa-hapa tu.

Semalam (9/1/10) seperti yang korang tau ada game bola antara Negeri Sembilan vs Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah. So, aku pun sebagai salah seorang penyokong skuad Rusa bersama dengan sepupu-sepupu & bapak sedara aku turun ke stadium sekitar pukul 6.00 petang kitorang dah bertolak dari Jelebu ke Seremban untuk memberikan sokongan.


Yihaaa.. dah dapat tiket!

Sampai stadium dalam pukul 6.45, aku tengok penyokong kedua-dua pasukan dah mula ramai memenuhi perkarangan stadium. Perghh..!! meriah. Penuh dengan lautan manusia berpakaian warna kuning & merah. Aku sendiri pun terpaksa parking kereta jauh sikit (luar kawasan stadium) sebab parking sekitar stadium dah habis penuh.



Dah sampai stadium. Jambaru je tunjuk pukul 6.47 tapi..


Tengok tu.. orang dah ramai memenuhi stadium. Penuh sesak luar stadium dengan kereta.

Sebelum masuk stadium, kitorang isi perut dulu kat gerai-gerai yang banyak kat perkarangan luar. Pekena Char Kuey Teow Kerang.. Huhu.. Sodapnyoo.. Lepas makan pusing-pusing jap kat luar stadium yang meriah bukan saja dengan peminat bola tapi dengan barang-barang jualan macam t-shirt, skaf, serunai dan ntah hapa-hapa lagi yang banyak dijual dengan harga yang berpatutan sekitar RM10-RM20 setiap satu (tapi aku tak beli pun.. huahua..).


Singgah isi perut jap kat kedai makan. Kelihatan ramai para penyokong pun turut mengisi perut sama.


'Ya bang.. mari2 pilih. Serunai pun ada.. RM10 je..'


Antara barang-barang merchandise yang ada dijual pada hari perlawanan. Meriah kan!

Sekitar pukul 8, masing-masing dah start berpusu-pusu masuk stadium walaupun game akan start pukul 9 nanti. Lepas masuk dan ambik tempat, aku sempat perhati suasana sekitar dalam stadium. Huh.. suasana gamat dalam stadium memang pantas saja membangkitkan semangat. Memang lain la rasa berbanding dengan tengok live dalam TV. Dengan hingar bingar pekikan suara penyokong dan bunyi gendang dipalu menyanyikan lagu-lagu berselang seli sorakan semangat ‘Hobin Jang Hobin’ di samping hamparan banner gergasi dan banner yang bertulis kata-kata menyuntik semangat memenuhi ruang stadium. Tapi sikap segelintir penyokong yang mementingkan diri sendiri dengan membaling botol air dan mercun ke padang mencacatkan seri perlawanan kali ini. Pastinya akan berlaku pertembungan hebat malam ni sebab status kedua-dua pasukan yang bergelar Juara Piala Malaysia (Negeri Sembilan) dan Juara Piala FA (Selangor) bersaing merebut satu lagi piala yang tak kurang hebatnya iaitu Piala Sultan Ahmad Shah. Kira-kira pukul 8.15, kedua-dua pasukan turun ke padang dalam sessi memanaskan badan sebelum game bermula pukul 9 malam nanti.


Pukul 8 malam - Keadaan stadium. Penuh sesak dengan penyokong kedua-dua pasukan. Semangat sungguh!


Pukul 8.15 - Team Negeri Sembilan masuk padang buat warm-up. Yihaaaa...!!

Sebaik saja pegumuman kedua-dua pasukan masuk semula ke padang, jeritan kedua-dua penyokong pasukan yang memenuhi 90% stadium mula menggegarkan stadium dan semakin rancak bila sepak mula dilakukan menandakan permainan telah dimulakan. Corak permainan yang pantas dan serangan bertali arus dari Negeri Sembilan pada separuh masa pertama ini cukup mengujakan di mana beberapa hantaran dan upanan cantik sering saja menerjah masuk ke kawasan Selangor. Selangor nampaknya lebih banyak bertahan tetapi pertahanan mereka bocor juga apabila pada minit ke-25 pasukan Negeri Sembilan menjaringkan gol pendahuluan melalui tandukan Idris Kadir menjadikan Pasukan Negeri Sembilan mendahului pasukan Selangor 1-0 dan kedudukan ini berlarutan sehingga habis separuh masa pertama.


Pukul 9 mlm - Wisel sepak mula dibunyikan. Action!


'Itu dia.. bola dihantar cantik ke gawang.. ditanduk oleh Idris Karim dannnn.....,'


"GOOOOLLLLLLLL!!!!'


Gelagat salah seorang penyokong yang begitu semangat - "Whoiiiii!!! Keluar! Keluar! Kau pandai main ke tak nih haaa!!!? Ngabihkan boreh yo!"

Tersentak dengan gol pendahuluan pasukan Negeri Sembilan, Selangor bangkit menyerang bertubi-tubi ke kubu pasukan Negeri Sembilan pada separuh masa kedua. Asakan bertali arus ke gawang Negeri Sembilan menghasilkan gol penyamaan bagi Selangor melalui Safee pada minit ke-70 permainan. Ketika ini, jeritan dan sorakan penyokong dari kedua-dua pasukan semakin menggila. Masing-masing mengharapkan kemenangan tetapi akhirnya nasib sekali lagi menyebelahi Selangor menerusi gol kemenangan jaringan Surendran pada minit ke-82 dan kedudukan 2-1 kekal hingga membawa ke akhir permainan. Keputusan akhir Selangor menang tipis ke atas Negeri Sembilan 2-1 (Huhu.. sedih aku.. Negeri Sembilan kalah).


Para penyokong menderu keluar stadium macam kambing keluar kandang selepas permainan tamat.


Huhu.. sesak gila kat luar stadium. Nak keluar kereta pun tak boleh. Terpaksa la tunggu.

Habis game, masing-masing dah berpusu-pusu keluar stadium dan jalan tiba-tiba jammed tak ingat. Nasib baik jugak aku dapat lepas dan sekitar pukul 12.00 malam aku dah sampai kat rumah semula. Walaupun pasukan Negeri Sembilan tewas, aku tetap berpuas hati sebab diorang melawan habis-habisan dan permainan yang cantik sekali antara kedua-dua pasukan. Syaba pada pasukan Hobin Jang Hobin atas semangat yang ditunjukkan dan tahniah kepada pasukan Selangor yang berjaya menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat kali ke sembilan pada kali ini. Walau berbeza pasukan, kita tetap rakyat Malaysia.. Hehe.. oklah. Choww...

“HOBEN JANG HOBEN!”

- Rintihan Rasa, 10hb. Januari 2010, 11.30 a.m -

0 komen: