APAKAH SEBENARNYA BIGFOOT?
Bigfoot juga dikenali sebagai 'Sasquatch' di Amerika Utara yang diceduk daripada perkataan 'Sasquac' yang bermaksud 'Wildman' (orang liar). Nama panggilan 'Bigfoot' Mula popular dalam kalangan syarikat akhbar apabila penemuan pertama terjadi di California Utara. Kebanyakkan penemuan untuk membuktikan kewujudan makhluk ini adalah dengan penemuan kesan tapak kaki, helaian bulu dan kesan kerosakan hutan yang dilakukan oleh makhluk misteri ini.
Kesemua 'sighting' yang terjadi mengatakan makhluk itu berbulu seperti seekor gorilla dan mempunyai ketinggian 7 hingga ke 8 kaki. Banyak juga laporan yang dibuat terhadap kewujudan makhluk ini dan ia semakin mempopularkan kisah kewujudan 'Bigfoot'. Pada tahun 1967, Roger Patterson & Bob Gimlin telah berjaya merakamkan aksi Bigfoot yang sedang merayau di hutan. Apakah ini adalah Bigfoot? Sehingga ke hari ini footage tersebut masih dikaji.
Antara contoh-contoh kes penemuan Bigfoot yang dilaporkan di dada akhbar
Mengikut kajian, spesis ini tidak gemar bermastautin pada satu-satu tempat sahaja (nomad) dan sering berpindah randah ke kawasan yang terdapat sumber makanan seperti siput tanah, daun-daun kayu, arnab, kijang dan pelbagai buah-buahan hutan. Di kawasan sebeginilah, pemburu-pemburu Bigfoot berkhemah untuk menangkap sedikit kelibat mereka.
Walaupun begitu, sehingga kini kewujudan Bogfoot masih belum dapat dibuktikan secara sah. Namun populariti makhluk pemalu ini masih kukuh untuk dikaji. D negara kita sendiri saja telah ada laporan terhadap penemuan bigfoot direkodkan. Contohnya laporan penemuan Bigfoot di hutan Kota Tinggi, Johor pada akhir tahun 2005.
PANGGILAN LAIN BAGI BIGFOOT
Bigfoot bukan sahaja telah ditemui di Amerika Utara malah di kebanyakkan negara lain termasuk negara kita. Oleh itu banyak panggilan yang telah diberi mengikut benua dan negara masing-masing. antaranya ialah:
1. Bigfoot, Sasquatch (Amerika Utara)
2. Kaptar, Biabin-Guli, Grendel, Ferla Mohir, Brenin Ilwyd (Eropah)
3. Ngoloko, Kikomba (Afrika)
4. Gin-sung, Yeti, Mirygdy, Mecheney, Chinese Wildman, Nguoi Rung, Gergasi Gigi Jarang (Asia)
BAGAIMANAKAH IA POPULAR?
Pada tahun 1884, Akhbar British Columbia iaitu 'Daily British Colonist' telah menyiarkan tentang penangkapan seekor beruk pelik yang diberi nama 'Jacko'. Mungkin ini adalah titik permulaan kewujudan Bigfoot di dada akhbar.
Sejak dari itu, pada pertengahan tahun 1930, seorang penulis British-Columbia yang terkenal iaitu J.W Burns telah menulis sebuah buku mengenai Bigfoot yang disifatkan sebagai seorang manusia Indians yang berbulu dan berbentuk gergasi. Sehinggalah pada tahun 1958 apabila seorang operator jentolak bernama Jerry Crew telah terjumpa sepasang tapak kaki besar mirip manusia di Willow Creek, California dan penemuan inilah yang telah mempopularkan perkataan 'Bigfoot'.
Sebelum itu, pada tahun 1924 pula kisah Bigfoot yang popular melaui Albert Ostman yang mengatakan bahawa beliau telah dikurung oleh sekumpulan Sasquatch selama 6 hari. Ostman hanya berjaya melarikan diri apabila makhluk misteri itu sakit akibat termakan tembakau yang dibawa bersama oleh beliau. Walaupun cerita beliau telah disiasat dan ditanya berulang kali oleh golongan cryptozoologist yang skeptikal, beliau tetap utuh dengan cerita yang sama.
Sehinggalah pada era 60'an, nama Bigfoot telah mula menjadi satu nama yang sering disebut-sebut masyarakat Amerika. Pada era yang sama, wujudlah penyiasat yang ternama makhluk ini seperti Rene Dahinden, John Greene dan Iran T. Sanderson. Banyak lagi penemuan lain yang dilaporkan dan semakin ramai rakyat Amerika yang keluar untuk memburu makhluk ini. Cuma kebanyakkan laporan itu tidaklah sehebat penemuan yang berjaya dibuat oleh Roger Patterson & Bob Gimlin.
PENEMUAN OLEH ROGER PATTERSON & BOB GIMLIN (1957)
Filem ekslusif ini telah berjaya dirakamkan oleh Roger Patterson & Bob Gimlin pada tahun 1967. Kedua-dua mereka tinggal di Yakima, Washington State. Gimlin adalah seorang tracker hutan yang berpengalaman adalah teman rapat Patterson yang bersetuju untuk menemani beliau memburu Bigfoot.
Lengkap dengan kamera 'movie' 16mm, mereka telah menunggang kuda menuju ke hutan utara California, di kawasan Bluff Creek yang terletak di kawasan hutan simpan Six Rivers. Mereka ke situ kerana terdapat banyak 'sighting' tapak kaki Bigfoot dilaporkan sebelum ini.
Segalanya bermula apabila pada awal tengahari 20 Oktober 1967 apabila Patterson & Gimlin telah terserempak dengan seekor Bigfoot betina yang sedang mundar mandir mencari ikan di pesisiran sungai di situ. Secara senyap, mereka telah menghampiri makhluk tersebut dan Patterson telah berjaya merakamkan aksi makhluk tersebut yang dianggarkan mempunyai ketinggian lebih 7 kaki dengan berat sekitar 700 paun. Kesan tapak kaki makhluk tersebut dikatakan beukuran 14 inci panjang & 6 inci lebar.
Roger Patterson mati pada Januari 1972 manakala Bob Gimlin yang menetap di Yakima tetap bertahan dengan kisah penemuan Bigfoot itu. Sehingga kini. Tiada bukti kukuh yang dapat mengatakan bahawa penemuan mereka ini adalah satu penipuan.
PRO & KONTRA
Banyak kajian telah dilakukan ke atas penemuan Patterson & Gimlin ini. Jika ia adalah satu penipuan, sehingga sekarang masih tiada sesiapapun yang cuba mendedahkan rahsianya ataupun menyerahkan sepasang 'bodysuit' Bigfoot betina yang mungkin digunakan oleh mereka berdua.
Satu analisa khas 'frame by frame' juga telah dilakukan oleh penyiasat khas ke atas filem ini. Setiap latar dan dan pergerakan Bigfoot betina itu dikaji secara terperinci. Mereka tidak dapat sahkan apa-apa... Namun pergerakan Bigfoot itu ternyata bergerak dalam keadaan logik dengan membawa badannnya yang berat. Apakah ia benar-benar Bigfoot? Ataupun hanya penipuan suksess oleh golongan-golongan yang ingin cepat popular? Terpulang la pada korang untuk semua untuk menilaikannya sendiri...
Kadang-kadang kita jangan cepat percaya dengan apa yang kita nampak dan lekas selamba pada sesuatu yang nampak biasa. Mungkin di situ akan terselit 1001 'misteri'nya...
- Rintihan Rasa, 05/01/2010, 10.30 p.m -
0 komen:
Catat Ulasan