Salamm semuaa...
Huhu.. berjumpa lagi kita dalam post kali ni. Hmmm... gini la aktiviti aku setiap malam. Bila dah takde apa yang nak dibuat, layan internet la nampaknya sambil rehat-rehat sementara nak tunggu mata mengantuk. Malam pun masih awal. Selalunya, aku akan online YM (Yahoo Messenger) sambil layan sembang dengan kawan-kawan yang online sama. Ermm.. kemajuan teknologi merubah segalanya. Kalau dulu, nak berhubung bukanlah semudah hari ini. Kalau ada pun nak bersembang, harapkan public phone je laa.. Sekarang ni public phone dah mcm perhiasan je.. Bukan ada sangat orang nak guna pun. Masing-masing dah ada handphone dan internet. Boleh jee berhubung secara real-time (masa nyata) serta-merta. Ermm.. dunia tanpa sempadan la katakan.
Sebut pasal dunia tanpa sempadan ni, sedar tak sedar, dunia ni terasa semakin kecik. walau sejauh mana sekalipun kita berada dengan kawan-kawan dan keluarga, kita tetap akan dapat berhubung pada bila-bila masa yang terluang. Segalanya yang mustahil suatu masa dahulu kini dah jadi tak mustahil lagi. Kewujudan laman sembang di internet dan teknologi perhubungan multimedia memungkinkan segalanya. Cuma terpulanglah pada kita untuk gunakan kemudahan yang ada secara bijak.
Hehe.. bila nak kaitkan tentang statement 'dunia semakin kecil', aku nak cerita sikit tentang satu peristiwa pelik tapi benar yang berlaku kat aku malam sebelumnya (21/04/2009). Ceritanya, aku ni memang suka online YM bila malam-malam masa tengah rehat-rehat dalam bilik. Memang seronok dapat sembang-sembang dengan kawan-kawan walau yang aku kenal secara nyata atau dalam internet je. Sambil tu, aku jugak layan chatting kat blog Desa.FM sebab kawan-kawan pun ramai kat sana. Tengah syok merapu dengan geng-geng kat dalam tu, tiba-tiba aku nampak ada sorang chatter baru masuk (awek la beb!).. Ntah kenapa, laju je aku tegur (usha la kononnya.. padahal sebelum-sebelum ni takde lak. tiba-tiba je. hehe..) dan mintak YM. So, dari dalam chatbox, kitorang berpindah ke dalam YM konon-konon nak privacy la sikit (muahahaha..!!).. Maka, bermulalah sessi orientasi antara kitorang.. Bila dah tanya asal dari mana, rupa-rupanya kami datang dari Negeri dan Daerah yang sama.. Tapi, yang lagi pelik, awek ni pun asal dari area yang sama gak dengan aku (Kuala Klawang) sampaikan tempat keje aku pun dia tau camne rupanya!
Aku dah start rasa lain macam.. Biar betul budak ni.. Ada bela Jin Aprit ke ape ni. Boleh tau lak aku kat mana. Dah la asal dari tempat yang sama gak. Tapi yang sengalnya, dia punya la kuat rahsia sampai jenuh aku tanya soalan susah betul nak dapat jawapan. Adeiii.. susah la camni. Bila dia start letak gambar dia kat Avatar, aku mula bayangkan muka budak-budak area sini yang mungkin ada kaitan. Pelik sungguh, aku masih tak dapat cam siapa dia. Dan dia pun tak cam muka aku walaupun gambar aku terpampang kat YM! Tak puas hati, sessi 'soal siasat' diteruskan bagi mencari bukti kes (cheewahh!!). Bila dia bagitau dia dok kampung sebelah dengan kampung aku, dan dia kata ada abang sebaya aku, aku mula nampak sikit-sikit tapi masih tak dapat tangkap lagi (hadoii.. lembab!)..
Akhirnya, bila dia sebut nama ayahnya, baru la aku ingat! Yarabbi..! rupa-rupanya ini bukan orang lain.. pangkat dua pupu dengan aku rupanya. Bila dah kantoi, aku memang terkedu sebab tak sangka boleh jumpa dalam internet dan yang peliknya, kitorang boleh tak cam antara satu sama lain! Kejam kan!? Adeiii... tergelak aku bila ingat balik. Wakakaka... Bukan apa, last aku tengok dia pun rasanya tahun 1997 (masa tu aku Form 4) dan dia pun masa tu budak sekolah rendah lagi (Darjah 6 kot). Mana laa aku nak cam muka tambahan pulak jarang terserempak walaupun rumah agak dekat. Lagipun, dulu masa kecik muka dia lain berbanding sekarang ni bila dah dewasa (Makin kiut la pulak.. wakakaka..!) dan dia pun dah kerja kat KL nak masuk empat tahun dah.. Hishhh..!! Nasib baik aku tak sempat 'mengorak langkah' (wakakaka.. ayatt.. sastera x ingat!) lebih jauh lagi.. Hehehe... Senyum sorang-sorang aku bila ingat balik. So, kesimpulannya.. Dunia memang dah semakin kecil dan sesuatu yang kita tak jangka, memang tak mustahil akan berlaku.
Buat Nor.. Sori banyak-banyak yea. hehehe.. Tu la.. lain kali jangan banyak sangat rahsia-rahsia. Nasib baik la sempat cover kan. Kalau tak mesti haru biru. Pasni kalau jumpa kat mana-mana di Jelebu ni, tegur-tegur la yea... Err.. kalau nak belanja makan pun takpe ok gak.. wakakaka...
- Rintihan Rasa, 22hb. April 2009, 08.30 p.m -
Rabu, 22 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen:
Catat Ulasan