Isnin, 27 April 2009

Hamba Malam..



Salamm semuaa..

Bertemu kembali kita.. Ermm.. malam ni aku tak buat apa, rehat2 je kat dalam bilik lepas makan malam pukul 8.30 tadi. Pastu tengok Buletin Utama – salah satu rancangan TV favourite aku dari dulu sampai la ni. Humm.. sunyi & tenteram je suasana kat kampung ni. Terkenang balik zaman aku dok kat Shah Alam masa student dulu. Kalau malam-malam cam gini, masih meriah lagi. Maklumla, kawasan bandar. Tapi walaupun aku 5 tahun dok kat sana, kampung tetap di hati. Dan sekarang di sini la aku, bekerja menabur bakti di tempat sendiri.

Terasa panas lak dok kat dalam bilik... Ah! Baik aku dok kat pangkin di laman rumah tu jap. Seronok gak ambik angin malam sesekali... nyaman je rasanya. Maklumla, pangkin bawah pokok. Hawa yg dingin di luar rumah membuatkan aku berasa sedikit selesa. Seronok sungguh bila dapat bersendirian & melayan fikiran seketika macam ni. Mengenangkan pelbagai peristiwa yang pernah berlaku ke atas diri aku, suka & duka... mcm2 hal... bercampur aduk. Mengenangkan masa depan aku yang akan datang ni. Zaman remaja kini telah perlahan-lahan aku tinggalkan. Kehidupan di alam dewasa sedang aku tempuhi. Mudah-mudahan akan ada jalan yang terbuka luas untuk aku melaluinya. Insyaallah...

Dalam pada termenung melayan perasaan, aku teringat tentang beberapa permohonan kerja yang ada aku buat kebelakangan ni. Sebenarnya, memang aku ada apply keja lain. Bukan apa, saja je... tak la mengharap sangat sebenarnya coz aku pun dah ada keja yg ok. Cuma kata orang, kalau ada peluang yg lebih baik, tak salah kalau kita rebut kan. Mana tau ada rezeki dapat lak ke. Panjang le sikit langkah aku nampaknya. Biasalah, pikir masa depan beb! Usia semakin meningkat. Aku perlu rebut peluang yg terbuka selagi terdaya. Takde sapa lagi nak tolong aku kecuali diri aku sendiri dengan izin Tuhan. So, apa salahnya aku mencuba....

Gigitan nyamuk di dahi mematikan lamunan aku yg dah semakin jauh. Huh! Potong stim betul la. Bila tengok jam, sedar2 je dah pukul 11.15 malam.. Lama jugak la aku dok ngelamun ye. Tak sedar gitu cepat masa berlalu. Ni selalunya kalau waktu2 cam gini aku dah terlelap dah ni. Spesis lelaki tidur awal la kiranya. Hey, ok hapa sekurang-kurangnya bila dah kawin nnt isteri aku esok takla susah hati sangat malam2 aku gerenti ada kat rumah tak merayau ke mana2 ye tak. Hahaha... advantage jugak tuh! Ahhh..! Baik aku masuk bilik. Hmm... ternampak je komputer antik aku ni, teringat pulak nak menulis sedikit sebanyak di blog aku nih. Aii ntahla, rasanya di sini je la tempat aku nak meluahkan perasaan. Cara yg paling mudah berbanding meluahkan pada manusia yang kadangkala tak mengerti diri kita. Sambil berbaring atas katil selepas aku menulis di blog ni, aku mula mencongak-congak kembali apa yg bakal aku lakukan esok. Hmm... mudah2an ia adalah hari yg lebih baik berbanding hari ini & moga2 aku masih dipanjangkan umur oleh Allahhu Rabbi untuk terus menghirup udara di bumi-Nya ini esok, lusa dan hari2 seterusnya...

Ya Allah... Kau hiasilah tidurku dengan mimpi2 yg indah agar lena lelapku malam ini... Amin!

Hidup mesti diteruskan....

Zzzzzzzzz.......... zzzzzz.....

- Rintihan Rasa, 27hb. April 2009, 11.57 p.m -

0 komen: