Ahad, 26 April 2009

Santai Di Rumah..

Salamm semua..

Ermm.. Hari ni cuti.. Biasalah, kakitangan kerajaan macam aku ni hari cuti dah macam budak-budak sekolah lak. Isnin sampai Jumaat kerja, Sabtu dan Ahad lak cuti. Bagi yang dah berkeluarga, masa cuti macam ni la yang paling sesuai untuk meluangkan masa dengan keluarga. Pergi jalan-jalan ke. Bagus untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga.

Macam aku ni pulak, disebabkan aku ni masih bujang, maka cuti-cuti camni la aku nak rehat-rehat di rumah. Hehehe.. Rehat di rumah je? pelik? Takde apa yang pelik sebab aku memang dah terbiasa camni. Bila hari cuti, aku lebih banyak habiskan masa di rumah. Keluar ke bandar pun (lazimnya Seremban) pun kalau nak cari benda-benda yang penting dan perlu jee.. Macam hari ni pun, lepas je aku balik dari Pasar Minggu dengan family dan selesai sarapan, aku lebih senang rehat-rehat di rumah sambil duduk di pangkin bawah pokok kat halaman rumah dan baca suratkhabar. Hmmmm... tenang dan tenteram rasanya. Maklumlah, duduk kat kampung. Suasana pagi yang nyaman, udara yang segar sambil dengar bunyi-bunyian burung di waktu pagi. Lapang sekejap kepala ni dari memikirkan segala macam masalah dan kerja-kerja di opis yang masih menimbun.

Hmmm... Santainya rasa... Hehehe...


07.00 a.m - Suasana pagi yang berkabus di sekitar rumah aku. Gambar diambil dari tingkap ruang tengah rumah. Brrr... Sejuknyaaaa...


07.15 a.m - Teratak tempat hamba menumpang teduh. Juga tempat di mana hamba dilahirkan.. Hehe..


09.30 a.m - Pemandangan di halaman rumah. Masa ni matahari dah mula cerah. Aku pun baru je balik dari pekan masa ni.


09.45 a.m - Haaa.. ni la aku. Tengah asyik baca suratkhabar. Santai kan.. ekekeke..

- Rintihan Rasa, 26hb. April 2009, 10.30 a.m -

Rabu, 22 April 2009

Keciknya Dunia.. :)

Salamm semuaa...

Huhu.. berjumpa lagi kita dalam post kali ni. Hmmm... gini la aktiviti aku setiap malam. Bila dah takde apa yang nak dibuat, layan internet la nampaknya sambil rehat-rehat sementara nak tunggu mata mengantuk. Malam pun masih awal. Selalunya, aku akan online YM (Yahoo Messenger) sambil layan sembang dengan kawan-kawan yang online sama. Ermm.. kemajuan teknologi merubah segalanya. Kalau dulu, nak berhubung bukanlah semudah hari ini. Kalau ada pun nak bersembang, harapkan public phone je laa.. Sekarang ni public phone dah mcm perhiasan je.. Bukan ada sangat orang nak guna pun. Masing-masing dah ada handphone dan internet. Boleh jee berhubung secara real-time (masa nyata) serta-merta. Ermm.. dunia tanpa sempadan la katakan.

Sebut pasal dunia tanpa sempadan ni, sedar tak sedar, dunia ni terasa semakin kecik. walau sejauh mana sekalipun kita berada dengan kawan-kawan dan keluarga, kita tetap akan dapat berhubung pada bila-bila masa yang terluang. Segalanya yang mustahil suatu masa dahulu kini dah jadi tak mustahil lagi. Kewujudan laman sembang di internet dan teknologi perhubungan multimedia memungkinkan segalanya. Cuma terpulanglah pada kita untuk gunakan kemudahan yang ada secara bijak.

Hehe.. bila nak kaitkan tentang statement 'dunia semakin kecil', aku nak cerita sikit tentang satu peristiwa pelik tapi benar yang berlaku kat aku malam sebelumnya (21/04/2009). Ceritanya, aku ni memang suka online YM bila malam-malam masa tengah rehat-rehat dalam bilik. Memang seronok dapat sembang-sembang dengan kawan-kawan walau yang aku kenal secara nyata atau dalam internet je. Sambil tu, aku jugak layan chatting kat blog Desa.FM sebab kawan-kawan pun ramai kat sana. Tengah syok merapu dengan geng-geng kat dalam tu, tiba-tiba aku nampak ada sorang chatter baru masuk (awek la beb!).. Ntah kenapa, laju je aku tegur (usha la kononnya.. padahal sebelum-sebelum ni takde lak. tiba-tiba je. hehe..) dan mintak YM. So, dari dalam chatbox, kitorang berpindah ke dalam YM konon-konon nak privacy la sikit (muahahaha..!!).. Maka, bermulalah sessi orientasi antara kitorang.. Bila dah tanya asal dari mana, rupa-rupanya kami datang dari Negeri dan Daerah yang sama.. Tapi, yang lagi pelik, awek ni pun asal dari area yang sama gak dengan aku (Kuala Klawang) sampaikan tempat keje aku pun dia tau camne rupanya!

Aku dah start rasa lain macam.. Biar betul budak ni.. Ada bela Jin Aprit ke ape ni. Boleh tau lak aku kat mana. Dah la asal dari tempat yang sama gak. Tapi yang sengalnya, dia punya la kuat rahsia sampai jenuh aku tanya soalan susah betul nak dapat jawapan. Adeiii.. susah la camni. Bila dia start letak gambar dia kat Avatar, aku mula bayangkan muka budak-budak area sini yang mungkin ada kaitan. Pelik sungguh, aku masih tak dapat cam siapa dia. Dan dia pun tak cam muka aku walaupun gambar aku terpampang kat YM! Tak puas hati, sessi 'soal siasat' diteruskan bagi mencari bukti kes (cheewahh!!). Bila dia bagitau dia dok kampung sebelah dengan kampung aku, dan dia kata ada abang sebaya aku, aku mula nampak sikit-sikit tapi masih tak dapat tangkap lagi (hadoii.. lembab!)..

Akhirnya, bila dia sebut nama ayahnya, baru la aku ingat! Yarabbi..! rupa-rupanya ini bukan orang lain.. pangkat dua pupu dengan aku rupanya. Bila dah kantoi, aku memang terkedu sebab tak sangka boleh jumpa dalam internet dan yang peliknya, kitorang boleh tak cam antara satu sama lain! Kejam kan!? Adeiii... tergelak aku bila ingat balik. Wakakaka... Bukan apa, last aku tengok dia pun rasanya tahun 1997 (masa tu aku Form 4) dan dia pun masa tu budak sekolah rendah lagi (Darjah 6 kot). Mana laa aku nak cam muka tambahan pulak jarang terserempak walaupun rumah agak dekat. Lagipun, dulu masa kecik muka dia lain berbanding sekarang ni bila dah dewasa (Makin kiut la pulak.. wakakaka..!) dan dia pun dah kerja kat KL nak masuk empat tahun dah.. Hishhh..!! Nasib baik aku tak sempat 'mengorak langkah' (wakakaka.. ayatt.. sastera x ingat!) lebih jauh lagi.. Hehehe... Senyum sorang-sorang aku bila ingat balik. So, kesimpulannya.. Dunia memang dah semakin kecil dan sesuatu yang kita tak jangka, memang tak mustahil akan berlaku.

Buat Nor.. Sori banyak-banyak yea. hehehe.. Tu la.. lain kali jangan banyak sangat rahsia-rahsia. Nasib baik la sempat cover kan. Kalau tak mesti haru biru. Pasni kalau jumpa kat mana-mana di Jelebu ni, tegur-tegur la yea... Err.. kalau nak belanja makan pun takpe ok gak.. wakakaka...

- Rintihan Rasa, 22hb. April 2009, 08.30 p.m -

Sabtu, 18 April 2009

Sampah


Salamm semua...

Bila disebut 'Sampah', ramai yang tak suka akan sampah. Sebabnya, sampah sering dikaitkan dengan benda-benda yang kotor, busuk dan tidak berguna. Itulah dia takrifan sampah yang paling senang kita fahami.

Lazimnya, sampah akan dibuang, dicampak merata-rata dan dibuang ke tempat selayaknya ia tinggal, iaitu di dalam bakul sampah dan seterusnya ke tempat pelupusan sampah. Begitulah hinanya sampah. Malah, golongan penagih dadah juga dipanggil 'Sampah Masyarakat' untuk menggambarkan betapa hinanya golongan ini di sisi masyarakat.

Sedar atau tidak, sesuatu yang menjadi sampah, asalnya adalah daripada sesuatu yang berguna. Misalnya, tisu. Baunya wangi, warnanya putih bersih dan kita menyimpannya di tempat yang istimewa seperti di dalam poket atau di atas dashboard kereta saat ia belum digunakan. Tetapi bila sahaja kita telah gunakannya, tisu itu kita renyuk, buang dan lupuskan ke dalam tong sampah - tanda ia sudah tak berguna lagi. Begitulah malangnya nasib tisu. Walaupun ia suci dan bersih, sayangnya ia hanya berguna bila ingin mengelap atau membersihkan benda-benda yang kotor - walaupun kekotoran pada tisu itu datang dari diri kita sendiri.

Tapi, di sebalik hinanya sampah, ia juga menjadi manfaat bagi sesetengah orang. Kehadirannya seakan rahmat kerana di situlah adanya punca rezeki bagi mereka. Contohnya, tin aluminium, botol-botol plastik, kertas yang telah dibuang akan dikutip, dikumpul dan kemudiannya dijual oleh mereka yang ingin mendapatkan rezeki dengan cara yang halal. Ini adalah contoh bagi mereka yang tahu memanfaatkan sesuatu yang biasanya orang tak pandang. Malah kadangkala golongan sebegini sering dipandang sepi, sinis dan adakalanya dipandang hina oleh sesetengah orang - sama juga seperti sampah.

Bila melihat sampah, kadang-kadang kita boleh kaitkan ia dengan kehidupan kita. Banyak yang boleh kita pelajari daripada longgokan sampah yang berada di sekeliling kita. Pepatah ada mengatakan, 'Kawan ketawa senang dicari. Kawan menangis sukar sekali ditemui'. Dalam konteks hubungan sesama manusia misalnya, kita mungkin boleh menjadi sesuatu yang berharga apabila kita boleh mendatangkan manfaat untuk mereka pada masa tersebut. Tapi tidak mustahil juga kita akan dianggap dan dilayan seperti sampah setelah dirasakan bahawa diri kita tidak berguna lagi. Sama seakan nasib tisu seperti yang telah aku katakan tadi. Ada kes kawan makan kawan, habis madu sepah dibuang, melepaskan anjing tersepit dan lain-lain. Semua itu menggambarkan betapa 'sampah'nya sesetengah golongan manusia di bumi ini - mengambil manfaat dan mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Mereka inilah sampah yang sebenar-benarnya.



Manusia memang mudah lupa. Lupa akan asal usulnya. Lupa bahawa hidup ini bagaikan putaran roda. Boleh sahaja berada di atas atau di bawah pada bila-bila masa tanpa dapat dijangkakan bila. Waktu susah, keluarga / kawan adalah amat perlu untuk mendapatkan bantuan dan meluahkan rasa. Tapi apabila telah senang, bermulalah episod 'manusia mudah lupa' ini. Keluarga / kawan itu akan diketepikan, dipandang sepi - seolah-olah tiada apa-apa yang perlu dikenangkan, seterusnya dibuang seperti sampah, atau dianggap hina seperti kucing kurap. Kehadirannya dianggap menyusahkan, menyibuk dan mengganggu urusan mereka. Sedangkan 'kucing kurap' itulah dahulu yang sentiasa berada di sisinya, saat dirinya susah dan menderita.

Teman.. Jagalah keluarga dan kawanmu sepertimana kau memerlukan mereka suatu ketika dahulu..

Janganlah kau anggap mereka itu sampah, yang hanya menyusahkan hidupmu, sedangkan 'sampah' itulah yang pernah membantumu di saat kau susah suatu ketika dahulu..

Tapi malangnya, manusia mudah lupa.. Dan manusia memang selalunya begitu..


- Rintihan Rasa, 18hb. April 2009, 10.40 p.m -

Rabu, 15 April 2009

Santai : Pasar Malam Di Pekan Kuala Klawang..



Salamm semuaa..

Berjumpa lagi kita.. Hurmm.. untuk pengetahuan korang, sekarang ni aku baru je sampai rumah. Bukan buat overtime, tapi lepak dengan kawan-kawan seopis ni sambil layan dart.. Memang gini la kehidupan aku hari-hari. Dengan diorang ni jee la aku habiskan masa bila dah takde kerja. Main dart laa.. dan ntah hapa-hapa lagi.. Lepas je main dart dalam seround-dua, kitorang terus je pegi pasar malam jap.. Kebetulan hari ni hari Rabu (memang pasar malam di Pekan Kuala Klawang ni pada hari Rabu setiap minggu).. So, memandangkan perut pun dah melalak mintak diisi, kitorang pun pegi laa jalan-jalan cari makan kat situ.


Memang banyak benda yang dijual kat sini.. Daripada barang-barang kering (runcit) sampaila ke barang-barang basah macam sayur pun ada (ada ke yang nak beli sayur malam-malam ni?). Tapi, yang nyatanya, perniagaan makanan la paling banyak monopoli kat sini.. Tengok tuuu.. Kebab, burger, Roti John, Ayam Percik, Sate, Laksa, Soto, Lotong, eh! Lontong dan macam-macam lagi ada jual.. Memang sengaja jee nak menambah selera perut kitorang yang memang sedia kebulur ni.



Antara barang-barang yang dijual.. Dari buku-buku sampaila ke aksesori yang entah hapa-hapa pun ada jual. Asalkan ada duit, semua boleh dibeli. Tapi berbelanjalah secara bijak. Pesanan dari KPDNHEP (Iklan sekejap).

Macam-macam gak la yang kitorang beli. Hehe.. memang seronok melayan selera. Semua nampak sedap bila perut tengah lapar.. Tapi, aku beli ala kadar jee.. Burger Ayam Special + Cendol.. Budak-budak ni ntah la aku tengok sarat gak masing-masing beli.. Kuat makan la pulak korang semua ni yea.. Masing-masing ada bela hantu ke hape ni..??


Antara kaedah melantak yang sempat dipraktikkan pada masa tu. Walaupun makanan yang dibeli banyak, tapi ia tetap dapat dihabiskan oleh kitorang semua yang memang kuat makan ni. Hehehe..

Lepas je selesai membeli belah, kitorang pun terus mem'blah'kan diri sambil berjalan lenggang kangkung ke opis semula. Hehe.. it's makan time.. setting satu table dan kitorang pun makan kat perkarangan opis (Dewan Besar Kuala Klawang) ramai-ramai. Memang seoronok makan ramai-ramai camni.. Baru la terasa lebih mesra dan rapat dengan kawan-kawan. Lama gak la kitorang lepak sambil makan-makan. Ada la dekat pukul sepuluh baru la masing-masing ingat jalan nak balik rumah.. hehe..kalau diikutkan memang la sedap berborak.. terasa sekejap je pukul 10.. So, lepas tu masing-masing terus balik sebab bila perut dah kenyang, tempat tidur adalah tempat yang paling afdal untuk acara seterusnya betul tak..? wakakaka... Okla.. jumpa lagi di post seterusnya.. mata aku pun dah ngantuk ni. Hehe.. Wassalamm..

- Rintihan Rasa, 15hb. April 2009, 11.15 p.m -