Selasa, 3 Februari 2009

Review Lirik & Lagu : Wan Hardiah - Janji Palsu

Salamm semuaa..

Hehe.. Kali ni aku nak ubah selera sikit. Nak cerita pasal lirik lagu lak. Tapi kali ni pasal lagu-lagu yang boleh dianggap 'retro' lak.. Korang semua masih ingat dengan Wan Hardiah? Penyanyi yang pernah popular dengan lagu "Tertutup Buatmu" pada tahun 1995. Selepas lama menyepi, beliau membuat sebuah projek album pada penghujung tahun 90an bersama Dave Andrew menerusi album Under The Influences bersama dengan Prema Lucas, Taheera dan ramai lagi. Memang best album ini. Sebetulnya, Wan Hardiah terlebih dulu mengeluarkan lagu berirama pop jazz sebelum kehadiran Atilia & Noryn Aziz. Bagi yang masih ingat, lagu "Janji Palsu" ni pernah menjadi lagu tema bagi ada satu drama TV tapi aku lupa apa tajuk drama tu. Best gak lagu ni... So, check out this cool song!

-------------------------------------------------------------------------------------



Wan Hardiah - Janji Palsu

Sungguh tak kusangka
Sungguh tak kuduga
Ikatan cinta kita kini terlerai sudah

Rindu yang sering melanda
Kini benci terasa
Setelah kini ternyata dirimu berdusta

Kesetiaan yang kuberi
Kecewa yang ku miliki
Kau dustai diriku dengan janji palsumu

Puaslah sudah hatimu
Melihatku begini
Menderita sepanjang waktu
Mendambakan cinta darimu

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


- Rintihan Rasa, 03hb. Februari 2009, 09.00 p.m) -

5 komen:

Tanpa Nama berkata...

Lagu ni memang susah nak dicari.
alhamdulillah, dah ade orang upload link untuk di download.
lagu ni mmg best dulu2...
sama juge dgn lagu seindah janji

Tanpa Nama berkata...

kiter baru jer ambil lagu ni kat melatimusic.blogspot.com .

seindah janji , janji palsu mang best dan hit nyer adalah janji palsu .. ermm :)

Jeffrey Kushairi berkata...

Lagu 'Janji Palsu' itu adalah rakaman semula oleh Wan Hardiah pada tahun 1995.

Lagu tersebut asalnya dinyanyikan oleh kumpulan 'Cash Band' pada tahun 1989.

Tanpa Nama berkata...

apa tajuk lagu "Cash Band" tu ye...yang wan hardiah rakam semula tu..??

Tanpa Nama berkata...

maner lah hilang nyer kawan lama ku ini....eerrmmm...dengar lagu ni terus tringat zaman sekolah...