Ahad, 1 Februari 2009

Macam-macam : USB Pendrive / Thumbdrive Yang Unik & Canggih!

Salamm semuaa...

Bertemu kembali. Erpkh! Alhamdulillahh.. hehe.. sori tersendawa lak. Aku sebenarnya baru je lepas makan malam ni. Macam biasa bila malam-malam gini takde aktiviti lain yang aku buat selain surf internet. Ermm.. nampaknya, ni adalah merupakan post aku yang pertama bagi bulan Februari ni. Oklah.. untuk kali ni, aku nak cerita tentang USB pendrive / thumbdrive yang boleh aku anggap memang dah menjadi keperluan bagi setiap dari kita pada masa sekarang ni. Dari sekecik-kecik saiz sampailah ke sebesar-besar saiz storan, kegunaan utamanya memang la nak menyimpan data tetapi tahukah korang bahawa pada masa kini pendrive tidak lagi terhad digunakan untuk menyimpan data semata-mata tetapi juga sebagai hiasan atau aksesori yang menarik? Ini disebabkan kepelbagaian rekabentuk penampilan pendrive itu sendiri yang begitu unik dan tersendiri. Contohnya, korang tengok je kat bawah tu..


Thumdrive bentuk kereta Austin Mini.


Thumdrive berbentuk penyepit baju. Jangan guna kat penyidai / ampaian sudah!


Thumbdrive sebagai salah satu komponen 'mini tools' pada pisau lipat.


Thumbdrive berbentuk kaset. Nampak Old skool sikit.. Ehe.


Pendrive berbentuk kaki ayam. Kiok! Kiokkkk!!


Ini thumbdrive bentuk pisang ye. Bukan buah pisang betul..


Pendrive berbentuk picagari. Doktor suka la kot pakai ni!?


Haaa.. yang ini USB hub bukan thumbdrive. Tapi tetap unik sebab berbentuk kaset.


Haaa... yang ini thumbdrive bentuk teddy bear. Tengok tu.. Iskh! Buruk betul bila dah sumbat ke USB port. Tercongok je kat situ!


Hehehe.. ini bentuk thumbdrive yang paling aku suka. memang betul-betul boleh dipanggil 'Thumbdrive'... Hehe..


Sesuai untuk peminat cerita 'Transformers'... Autobots & Decepticons ruless!!


Thumbdrive berbentuk ranting.


Slurrrppp..!! Nampak real je kan. Macam tembikai betul lak. Awas! bukan untuk dimakan! Ehehe..



- Rintihan Rasa, 01hb. Februari 2009, 09.40 p.m -

5 komen:

Pok Li berkata...

Salam singgah. Menarik

Tanpa Nama berkata...

salam... lau nk beli, ada jual kt ne ekk..??

HazIssac berkata...

salam.. saya ada

http://hazissac.blogspot.com/2011/03/blog-post.html

Tanpa Nama berkata...

saya ada jual..check di FB sy..bisqotcokelat@yahoo.com

Unknown berkata...

Salam, sapa ada jual thumbdrive mohon contact saya 0123393514