Sabtu, 11 Julai 2009

KepadaMu Kekasih...




Kepada-Mu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

Kepada-Mu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya pada-Mu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

Kepada-Mu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
"Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini...?"

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA



- Rintihan Rasa, 11hb. Julai 2009, 05.00 p.m -

Sabtu, 16 Mei 2009

Diam..



Diam..


Diam adalah merupakan suatu perbuatan menyepikan diri dan mulut dari memberi reaksi terhadap suatu perkara atau situasi yang berlaku. Orang tua-tua selalu berpesan, diam adalah lebih baik dari berkata-kata. Kerana diam adakalanya boleh menyelamatkan kita dari sebarang situasi yang tidak kena keadaannya.

Diam..

Pelbagai tafsiran boleh diberikan apabila kita melihat seseorang itu diam. Pada zaman dahulu misalnya, anak dara disuruh diam bila pihak lelaki datang merisik dan meminta persetujuan. Maka lahirlah ungkapan 'Diam tanda setuju'. Pun begitu, dalam segala hal tidak semestinya diam itu menandakan setuju. Kerana pada zaman ini, mendiamkan diri dalam konteks hubungan sesama manusia boleh membawa pelbagai maksud. Menyuarakan bantahan terhadap sesuatu perkara tetapi tidak diendahkan - maka diam adalah jalan terbaik, walaupun hati mengatakan sebaliknya.

Diam..

Lebih banyak diam dari berkata-kata bukan menandakan kebodohan kita dalam sesuatu perkara. Sebab, lebih baik kita diam dari berbicara sekiranya bila kita berkata-kata, seakan nampak semacam kebodohan di mata mereka yang melihat. Itu lebih baik dari bersikap pura-pura tahu tapi sebenarnya tidak tahu - sifat tin kosong yang bunyinya melenting-lenting apabila diketuk tapi isinya tiada. Seeloknya kita menjadi diam-diam ubi yang berisi. Diam juga bukan menandakan lemah. Kerana dalam diam dan tenangnya air, boleh menenggelamkan sebuah benua apabila banjir melanda. Tetapi janganlah kita mendiamkan diri apabila ditindas dan ingin menyuarakan kebenaran. Kerana ia hanya menyebabkan hak kita dinafikan oleh si penggila kuasa yang tamak dan merasakan dirinya berkuasa.

Diam..

Dalam agama juga menuntut agar kita lebih banyak diam dari berkata-kata, kerana tajamnya lidah melebihi pisau - yang bisa melukakan hati dan perasaan sesama manusia apabila disalahguna semasa menuturkan bicara. Kerana mulut badan binasa. Fitnah, mengumpat, mengeji dan mengadu domba - boleh saja menyebabkan retaknya hubungan sesama saudara, semuanya berpunca dari mulut yang tidak tahu diam dari menuturkan ayat-ayat yang berbisa.

Diam..

Cukuplah sampai di sini saja aku menuturkan kata. Kerana aku bimbang semakin banyak ayat-ayat yang aku tulis kelak akan membuat ada mereka yang terasa dan tidak suka. Oleh itu adalah lebih baik aku DIAM saja..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Nuradee - DIAM

Diam
Bukan bererti ku salah
Bukan bererti ku kalah
Hanya mencari jawapan yang tiada..

Diam
Bukan bererti ku marah
Bukan beerti ku resah
Hanya mencari ketenangan di dalam keriuhan..

Langit kelabu.. Wajah memburu

Jauhkan aku dari mimpimu

Kata-katamu.. Menikam kalbu
Hanya untuk kepentingan dirimu

Diam
Haruskah ku terus begini
Membiarkan kau menguasai
Dengan kata-katamu yang tidak pasti

Diam
Haruskah kau mengulangi memamah hatiku ini
Agar tidak dapat aku berdiri lagi


Get this widget | Track details | eSnips Social DNA



- Rintihan Rasa, 16hb. Mei 2009, 11.30 p.m -

Khamis, 14 Mei 2009

Hamba Malam II - The Final Chapter



"Lingkaran malam merintih
Kabus menjalar kesejukan
Pada malam bermandikan bulan
Menghias kelam kegelapan
Membisik gelisah di hatimu
Menyelam kehidupan bernama SEMANGAT!"

(Chapter 1: Merenung sejenak ke dalam diri.. Ada kalanya kita lupa untuk menilai keupayaan sebenar dan memahami diri kita sendiri. Betapa kehidupan penuh cabaran. Segalanya akan musnah jika tanpa SEMANGAT untuk meneruskan perjuangan.)

"Ada gerun bergelut resah gementar
Ada bisikan membelai perasaan
Hilang pertimbangan, hilang keyakinan dan segalanya
Hilang keyakinan, hilanglah segalanya.."

(Chapter 2: Dalam melayari kehidupan, adakalanya kita mudah merasa lemah dengan sesuatu. Keupayaan seakan terbatas. Dengan keadaan persekitaran yang mempengaruhi tindakan kita dan yang paling sukar, bilamana diri kita sendiri cuba membisikkan 'TIDAK!' atas segala sesuatu yang ingin dilakukan. Apabila kita akur dan hilang keyakinan, maka hilanglah segalanya dan segala apa yang kita usahakan akan menjadi debu.)

"Kucari diri sendiri
Ku terperangkap mengintai kelemahan
Sendirian mengintai kekerdilan
Di antara keyakinan dan birahi.."

(Chapter 3: Apabila kita gagal mencari diri kita sendiri, maka segala yang kita lakukan bukanlah lagi asli yang lahir dari dalam diri. Jiwa terasa kosong, walaupun segalanya nampak seakan pasti dimiliki. Bagaikan terkukur yang terkurung dalam sangkar emas. Sekilas nampak bahagia dari luarannya tapi jiwanya kosong lantaran untung nasibnya di tangan orang lain.)

"Ruang gelap merenung tajam
Terpancar igauan mencengkam ngeri
Di dada malam bergelut gemuruh
Kilasan siang diburu malam.."

(Chapter 4: Bebaskan dirimu dari ruang kegelapan. Hijrahlah jiwamu ke ruang terang bercahaya gemerlapan. Bagaikan malam gelita yang beranjak pergi pabila mentari siang memancarkan seri cahayanya di pagi hari.)

"Rebahnya sang melati malam
Berlagu enak gelora sepi
Dibasahi embun di bibir malam
Melewati awan di puncak bulan..."

(Chapter 5: Runtuhnya tembok keakuan dalam diri. Bagaikan bebasnya burung dari sangkar. Terbang melewati garis-garis hari. Melewati sempadan azali, menuju PUNCAK yang hakiki..)

- T.A.M.A.T -

- Rintihan Rasa, 14hb. Mei 2009, 09.45 p.m -

Jumaat, 8 Mei 2009

Melawat Kawan...

Salamm semuaa..

Hari ni bila masuk je masa rehat, kitorang pakat gi melawat member seopis, Shahrul (Abang) kat rumah dia sebab dengar cerita dia tak berapa sihat. Sampai pengsan-pengsan lak dengarnya.. Disebabkan rumah dia ni pun tak jauh dari opis, maka kitorang pun senang la nak gi melawat. Alhamdulillah.. nampaknya dia pun dah OK sikit. Dia ni memang asyik pikir keje jee.. Dengan uruskan bisnes lagi, nak setelkan keje kat opis lagi. Kalau aku pun, mana laa nak larat badan kadang-kadang. So, bagi aku elokla dia lepak rehat kat rumah sehari dua.. Kita manusia bukan robot beb!


Cuba korang teka.. Kitorang ni sebenarnya gi melawat kawan sakit ker, atau buat kawan tu bertambah sakit dengan perangai kitorang? Tengok laa tu.. Dah macam nak beraya lak.. Pening agaknya kepala Shahrul (berkain batik. seksi youu..!! Ekekeke) tengok perangai kitorang. Huhuhu..

So, untuk Mr. Shahrul, selamat berehat yea.. Oh yaa.. dan 'Selamat Menyambut Hari Ulangtua Yang Ke-30' (rasanya la kottt!!) yang jatuh pada 06/05/09 (semalam). Have a good rest. Jumpa lagi kat opis nanti.. Ekeke...

- Rintihan Rasa, 07hb. Mei 2009, 01.00 p.m -