Rabu, 6 Februari 2013

Sudut Info: Sejarah Enjin MIVEC (Mitsubishi)

Assalamualaikum semuaa...

Setelah sekian lama menghilang diri, akhirnya aku muncul kembali. Lama sangat dah rasanya tak menulis di blog ni. Banyak benda yang dah aku terlepas. Untuk tahun baru ni aku dah kembali bersemangat nak menulis kembali di blog ni. Apapun, terima kasih pada korang yang tetap setia jadi pengunjung ke blog ini walau selama tiada kemaskini yang aku buat sepanjang masa tu..
Kali ni aku nak berkongsi pasal automotif lak. Cerita pasal enjin MIVEC.. Hehehe.. Okla. Macam yang kita sedia maklum, Mitsubishi adalah salah satu jenama kereta yang popular di Malaysia. Salah satu faktor yang menaikkan jenama Mitsubishi di persada permotoran antarabangsa adalah rentetan dari populariti jenama enjin yang menjadi nadi kereta-kereta keluaran Mitsubishi iaitu MIVEC. MIVEC merupakan acronym bagi 'Mitsubishi Innovative Valve-timing Electronic Control', iaitu teknologi 'Variable Valve Timing' yang dimajukan oleh Mitsubishi bagi memacu enjin ini. Pada tahun 1992, enjin MIVEC mula diperkenalkan dengan kod 4G92 yang mempunyai 1597cc, 175hp, 16 valve. Sistem seperti ini juga digunakan untuk enjin V6 yang mempunyai kod enjin 6A12 dimana enjin ini boleh menghasilkan sehingga 200 kuasa kuda.

Enjin MIVEC ini amat popular di Jepun mahupun di Malaysia. Antara model yang guna enjin MIVEC termasuklah Mitsubishi Galant, Eterna, Lancer, Sigma, Debonair, Pajero, RVR, Space Runner, Chariot, Colt, Mirage Cyborg (atau Mirage Asti). Enjin ini mula mendapat perhatian buat peminat permotoran Malaysia khasnya buat pengguna kenderaan jenis Proton terutama di kalangan pengguna Proton Wira, Satria dan Putra kerana kedudukan enjin dan platform yang sama.

Antara model-model enjin keluaran Mitsubishi (MIVEC & Non-MIVEC) ialah :


MIVEC 4G92 - 1.6L 

 

4g92 ialah sejenis engine yg mana pada masa kini semua orang lebih senang memanggilnya dengan nama engine MIVEC. Ini adalah antara keluarga engine Mitsubishi yang terkini selepas teknologi VR4. Oh ya, 4g92 ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu : 4g92 (standard) ialah yang biasa, 4g92 (silvertop) ialah lebih laju sedikit dari yang standard, dan 4g92 (blacktop) ialah sebuah engine yg mempunyai LSD dan sesuai untuk dijadikan sebagai kereta lumba (enjin Turbo).


4G93 - 1.8L 


Terdapat 3 versi bagi varian 4g93 ni iaitu :

1. 4g93 SOHC
2. 4g93p DOHC
3. 4g93t GSR-TURBO

Kalau nak modified masuk enjin 4g93 - 1.8 SOHC atau DOHC jenis NA @ turbo, syarat utama kereta mestilah memasang brake disc pada ke empat-empat roda bagi kenderaan yang tukar enjin 1.8 ke atas.


6A12 - 2.0L (V6)


Terdapat 3 versi bagi varian 6A12 ni iaitu :

1. 6A12 2L DOHC N/A non-MIVEC
2. 6A12 2L DOHC Turbo
3. 6A12 2L DOHC MIVEC


Kalau nak modified enjin masuk pada kereta Proton rasanya hanya Proton Perdana dan Proton Waja Chancellor je yang lulus pakai enjin ni. Ramai yang cakap keupayaan enjin sangat bagus. Perbezaan ketara terhadap kelembutan enjin dan pickup yang lebih sebab mempunyai torque yang besar. Tapi bagi aku minyak ada sikit kuat makan laa.. Yelah nama pun enjin 2.0 kan.. Huhuhu..


4G18- 1.6L

 
Seperti yang kita tahu Proton Waja yang asal menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 1.6L sebelum beralih menggunakan enjin Campro. Kalau kat body Waja enjin 4g18 ni dah sedap dah. Kalau masuk kat body Wira, Satria atau Saga lagi la sedap. Ringann je. Bagi aku enjin Waja Mitsubishi 4g18 ni, kalau korang tengok Mitsubishi Lancer yang sebelum ni pun (bukan yang latest ni ek), enjin dia guna 4g18 la. Kalau Mitsubishi tak yakin dengan enjin tu tak kan la dia berani letak dalam Mitsubishi Lancer tu. Tapi kena ingat la, Mitsubishi Lancer tu ada tambahan INVECS111, memang lagi power la kalau nak banding dengan Waja. Lagi satu sebenarnya casis Waja pun sebenarnya serupa dengan casis Lancer.


4G15 - 1.5L 


Untuk makluman, semua enjin Proton Wira 1.5 adalah dari Mitsubishi. Bezanya cuma :

1. 4G15 - terus dari Mitsubishi
2. 4G15P - dipasang oleh Proton (under licensed)

Ianya merupakan sebuah enjin yang sangat popular di Malaysia. Secara amnya, 4G15 ni adalah jenis enjin Single Over Head Cam (SOHC) versi 4G15 ni dicipta dengan Gasoline Multi-port Injection dan mempunyai sekitar 92hp pada model Mitsubishi Mirage pada tahun 1993.

Itu la serba sedikit apa yang aku dapat ulas tentang topik kali ni. Mungkin ada kekurangan atau kesilapan sebab aku pun bukanla pakar dalam hal ni. Jumpa lagi dalam topik akan datang. Wassalam..


Rujukan :

1) Wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/MIVEC)

2) Mitsubishi Motor Corp (http://www.mitsubishi-motors.com)

3) Club3G (http://www.club3g.com/forum/3g-eclipse-general-discussion/12163-some-history-mitsubishi-engines.html)

4) Autospeed (http://www.autospeed.com/cms/A_2071/article.html)

5) Triniti Tuner (http://www.trinituner.com/v3/forums/viewtopic.php?t=149434)

14 komen:

Tanpa Nama berkata...

http://akmartherenger.blogspot.sg/2012/10/jenis-jenis-enjin-mivec.html

Tanpa Nama berkata...

errr.. mcm salah je penulisan bro pasal engine mivec ni.

4g93/4g18/4g15/4g13- adalah bukan bersistemkan mivec. tq

Johan berkata...

Terima kasih atas teguran.. dah saya betulkan..

shaharul irwady berkata...

4g91 xde ulasan pn..

Tanpa Nama berkata...

mcm mane dgn mivec MD&mivec RS?

Tanpa Nama berkata...

salam bang .. tumpang tanya .. macam mana kita nk tau 4g92 silver dan black ye .. mohon trangkan ... trimas :)

wan pip berkata...

Salam bang..nk tnye ade kawan jual proton gen2 yg da tukar enjin mivec..nk tnye ok x?

Tanpa Nama berkata...

keluaran enjin terdahulu pick up kuat 7 agak tahan tapi segi top@high rpm/long distance agak kurang menyegat.Versi campro pick up mmag agak kurag dri segi tarikkan setiap gear tp memadai lepas naik ke bukit tpi top mmg lancar dan smooth.Biasalah enjin dlu soch mmg kuat pick bbanding engin skrag dohc tpi top tbaik.Saga FL standart skag pun top speed standart boleh dpt 180km/j tpi boleh gk dpt dlm 185km/j manakala waja cmpro,stria neo,gen 2 standart dlam 205km/j tpi boleh dpt 210km/j manakala persona standart 210km/j boleh naik shingga 215-220km/j ikut keadaan jln n cra pmanduan n srvis yg dijaga.(Try pkai 4-1,open air filter,bullet,sflow)

Tanpa Nama berkata...

Abg 2 dh tido dh.G tnya pomen yg biasa tuning kreta proton turbo

wan yusof berkata...

saga BLM enjin ape yg sesuai tuk dimasukkan?xfaham sgt bab2 enjin ni...campro ni aduhhhh..mcm2 hal..baru 6tahun kilometer pon baru 90k...cover head dh liking..rod dh berbunyi..pd hal xde pon lenjan highway setakat 120km jer tu pon body dh goyang sbb tu xleh nk tekan lg...servis 6bulan skali minyak gearbox 1tahun sekali...

ade kwn2 yg boleh bantu sy x?

Mohamad Hakim berkata...

Blacktop ada turbo la kot..

unknown 8055 berkata...

Xperlu buang duit tukar enjin
Pakai semula campro tu..
Klu setting ngam dan cukup barang dia
Fuhhhh memang cun pergi nya..
Myk jimat
Krete mcm peluru perginya
Maintanave pun rendah

Nnt email sy
unknownmsports8055@gmail.com
Tq

Tanpa Nama berkata...

(wan yusof)
saga BLM enjin ape yg sesuai tuk dimasukkan?xfaham sgt bab2 enjin ni...campro ni aduhhhh..mcm2 hal..baru 6tahun kilometer pon baru 90k...cover head dh liking..rod dh berbunyi..pd hal xde pon lenjan highway setakat 120km jer tu pon body dh goyang sbb tu xleh nk tekan lg...servis 6bulan skali minyak gearbox 1tahun sekali...

ade kwn2 yg boleh bantu sy x?

-biasa r kereta dah mula berusia kena pula meterialnya getah. Head leaking juz gantikan rocker cover gasket je rm55.00 klau nk than lebih lama guna jnis slicon/metal gasket.

unknown8055

-terbaik 2 nk gak tau cmne nk upgrade campro utk lebih power tnpa modal yg besar n memudaratkan kreta.

Shukry Mohamad berkata...

Bagus perkongsian ilmu kat cni.

Pasal saga BLM memang gasket head dia xtahan.kereta proton kurang kualitinya skrg.
Kalo kereta satria neo saya xtahu.ramai org ckap ok,btul ke x?minta pencerahan