Sabtu, 16 Mei 2009

Diam..



Diam..


Diam adalah merupakan suatu perbuatan menyepikan diri dan mulut dari memberi reaksi terhadap suatu perkara atau situasi yang berlaku. Orang tua-tua selalu berpesan, diam adalah lebih baik dari berkata-kata. Kerana diam adakalanya boleh menyelamatkan kita dari sebarang situasi yang tidak kena keadaannya.

Diam..

Pelbagai tafsiran boleh diberikan apabila kita melihat seseorang itu diam. Pada zaman dahulu misalnya, anak dara disuruh diam bila pihak lelaki datang merisik dan meminta persetujuan. Maka lahirlah ungkapan 'Diam tanda setuju'. Pun begitu, dalam segala hal tidak semestinya diam itu menandakan setuju. Kerana pada zaman ini, mendiamkan diri dalam konteks hubungan sesama manusia boleh membawa pelbagai maksud. Menyuarakan bantahan terhadap sesuatu perkara tetapi tidak diendahkan - maka diam adalah jalan terbaik, walaupun hati mengatakan sebaliknya.

Diam..

Lebih banyak diam dari berkata-kata bukan menandakan kebodohan kita dalam sesuatu perkara. Sebab, lebih baik kita diam dari berbicara sekiranya bila kita berkata-kata, seakan nampak semacam kebodohan di mata mereka yang melihat. Itu lebih baik dari bersikap pura-pura tahu tapi sebenarnya tidak tahu - sifat tin kosong yang bunyinya melenting-lenting apabila diketuk tapi isinya tiada. Seeloknya kita menjadi diam-diam ubi yang berisi. Diam juga bukan menandakan lemah. Kerana dalam diam dan tenangnya air, boleh menenggelamkan sebuah benua apabila banjir melanda. Tetapi janganlah kita mendiamkan diri apabila ditindas dan ingin menyuarakan kebenaran. Kerana ia hanya menyebabkan hak kita dinafikan oleh si penggila kuasa yang tamak dan merasakan dirinya berkuasa.

Diam..

Dalam agama juga menuntut agar kita lebih banyak diam dari berkata-kata, kerana tajamnya lidah melebihi pisau - yang bisa melukakan hati dan perasaan sesama manusia apabila disalahguna semasa menuturkan bicara. Kerana mulut badan binasa. Fitnah, mengumpat, mengeji dan mengadu domba - boleh saja menyebabkan retaknya hubungan sesama saudara, semuanya berpunca dari mulut yang tidak tahu diam dari menuturkan ayat-ayat yang berbisa.

Diam..

Cukuplah sampai di sini saja aku menuturkan kata. Kerana aku bimbang semakin banyak ayat-ayat yang aku tulis kelak akan membuat ada mereka yang terasa dan tidak suka. Oleh itu adalah lebih baik aku DIAM saja..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Nuradee - DIAM

Diam
Bukan bererti ku salah
Bukan bererti ku kalah
Hanya mencari jawapan yang tiada..

Diam
Bukan bererti ku marah
Bukan beerti ku resah
Hanya mencari ketenangan di dalam keriuhan..

Langit kelabu.. Wajah memburu

Jauhkan aku dari mimpimu

Kata-katamu.. Menikam kalbu
Hanya untuk kepentingan dirimu

Diam
Haruskah ku terus begini
Membiarkan kau menguasai
Dengan kata-katamu yang tidak pasti

Diam
Haruskah kau mengulangi memamah hatiku ini
Agar tidak dapat aku berdiri lagi


Get this widget | Track details | eSnips Social DNA



- Rintihan Rasa, 16hb. Mei 2009, 11.30 p.m -

Khamis, 14 Mei 2009

Hamba Malam II - The Final Chapter



"Lingkaran malam merintih
Kabus menjalar kesejukan
Pada malam bermandikan bulan
Menghias kelam kegelapan
Membisik gelisah di hatimu
Menyelam kehidupan bernama SEMANGAT!"

(Chapter 1: Merenung sejenak ke dalam diri.. Ada kalanya kita lupa untuk menilai keupayaan sebenar dan memahami diri kita sendiri. Betapa kehidupan penuh cabaran. Segalanya akan musnah jika tanpa SEMANGAT untuk meneruskan perjuangan.)

"Ada gerun bergelut resah gementar
Ada bisikan membelai perasaan
Hilang pertimbangan, hilang keyakinan dan segalanya
Hilang keyakinan, hilanglah segalanya.."

(Chapter 2: Dalam melayari kehidupan, adakalanya kita mudah merasa lemah dengan sesuatu. Keupayaan seakan terbatas. Dengan keadaan persekitaran yang mempengaruhi tindakan kita dan yang paling sukar, bilamana diri kita sendiri cuba membisikkan 'TIDAK!' atas segala sesuatu yang ingin dilakukan. Apabila kita akur dan hilang keyakinan, maka hilanglah segalanya dan segala apa yang kita usahakan akan menjadi debu.)

"Kucari diri sendiri
Ku terperangkap mengintai kelemahan
Sendirian mengintai kekerdilan
Di antara keyakinan dan birahi.."

(Chapter 3: Apabila kita gagal mencari diri kita sendiri, maka segala yang kita lakukan bukanlah lagi asli yang lahir dari dalam diri. Jiwa terasa kosong, walaupun segalanya nampak seakan pasti dimiliki. Bagaikan terkukur yang terkurung dalam sangkar emas. Sekilas nampak bahagia dari luarannya tapi jiwanya kosong lantaran untung nasibnya di tangan orang lain.)

"Ruang gelap merenung tajam
Terpancar igauan mencengkam ngeri
Di dada malam bergelut gemuruh
Kilasan siang diburu malam.."

(Chapter 4: Bebaskan dirimu dari ruang kegelapan. Hijrahlah jiwamu ke ruang terang bercahaya gemerlapan. Bagaikan malam gelita yang beranjak pergi pabila mentari siang memancarkan seri cahayanya di pagi hari.)

"Rebahnya sang melati malam
Berlagu enak gelora sepi
Dibasahi embun di bibir malam
Melewati awan di puncak bulan..."

(Chapter 5: Runtuhnya tembok keakuan dalam diri. Bagaikan bebasnya burung dari sangkar. Terbang melewati garis-garis hari. Melewati sempadan azali, menuju PUNCAK yang hakiki..)

- T.A.M.A.T -

- Rintihan Rasa, 14hb. Mei 2009, 09.45 p.m -

Jumaat, 8 Mei 2009

Melawat Kawan...

Salamm semuaa..

Hari ni bila masuk je masa rehat, kitorang pakat gi melawat member seopis, Shahrul (Abang) kat rumah dia sebab dengar cerita dia tak berapa sihat. Sampai pengsan-pengsan lak dengarnya.. Disebabkan rumah dia ni pun tak jauh dari opis, maka kitorang pun senang la nak gi melawat. Alhamdulillah.. nampaknya dia pun dah OK sikit. Dia ni memang asyik pikir keje jee.. Dengan uruskan bisnes lagi, nak setelkan keje kat opis lagi. Kalau aku pun, mana laa nak larat badan kadang-kadang. So, bagi aku elokla dia lepak rehat kat rumah sehari dua.. Kita manusia bukan robot beb!


Cuba korang teka.. Kitorang ni sebenarnya gi melawat kawan sakit ker, atau buat kawan tu bertambah sakit dengan perangai kitorang? Tengok laa tu.. Dah macam nak beraya lak.. Pening agaknya kepala Shahrul (berkain batik. seksi youu..!! Ekekeke) tengok perangai kitorang. Huhuhu..

So, untuk Mr. Shahrul, selamat berehat yea.. Oh yaa.. dan 'Selamat Menyambut Hari Ulangtua Yang Ke-30' (rasanya la kottt!!) yang jatuh pada 06/05/09 (semalam). Have a good rest. Jumpa lagi kat opis nanti.. Ekeke...

- Rintihan Rasa, 07hb. Mei 2009, 01.00 p.m -

Semalam Yang Sibuk...



Salamm semua..

Hari ini (06/05/09) kitorang ada lawatan tapak untuk 12 kerja-kerja Sbutharga (kerja-kerja sivil) bagi Kontraktor Kelas F kat Jelebu ni. Lawatan bermula pukul 10 pagi dan disebabkan kerja-kerja kali ni tak banyak perkara-perkara teknikal yang kritikal, maka kitorang buat kat Dewan Besar Kuala Klawang ni bagi tujuan menjimatkan masa.. Lepas dah beri taklimat dan penerangan skop kerja-kerja terlibat, kontraktor semua beratur untuk isi kedatangan masing-masing. Hurmm.. memang ramai yang hadir.. Rasanya, ada la 70 lebih kott.. Tapi, rezeki masing-masing la siapa yang dapat nanti. Apapun, Good Luck untuk semua yang memasuki Sebutharga kali ini dan terima kasih pada para kontraktor yang sudi hadir.



Lepas je habis taklimat dalam pukul 12.50 tengahari, kitorang pegi kat kantin (budak-budak opis jee.. bukan dengan kontraktor tau! huhuhu..) kat belakang opis untuk mengisi perut. Hehe.. Best rasanya dapat berkumpul ramai-ramai sambil sembang. Barula terasa lebih rapat. Nak kerja pun nanti senang ye tak. Hmm.. lepas makan, kerja dah menanti dalam opis. Time to work.. Pendek kata, selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja..! Ekekee...

- Rintihan Rasa, 07hb. Mei 2009, 01.00 p.m -

Kelmarin Yang Kelakar..

Salamm semua..

Kelmarin (05/05/09) lepas je waktu pejabat, aku terus lepak dgn kawan-kawan.. Main dart sambil sembang-sembang. Diorang ni ada plan nak main badminton sebenarnya.. Tapi aku tak join kali ni.. tunggula hari Khamis nanti kot.. kepala tengah semak. Nak main badminton pun takde mood. huhuhu...

Penat melontar dart, aku rehat-rehat sekejap sambil tengok diorang ni semua bersiap untuk masuk gelanggang badminton. Aku perati budak-budak ni semangat betul.. Dressing dah dasat dah. Aii kalau tak terer ni, aku tak tau laa.. Antara yang bersemangat ni termasukla sorang kawan aku ni, Nor (bukan nama sebenar... Ehem!) yang gitu semangat nak masuk gelanggang dengan kasut baru dia yang baru dibeli kat Seremban katanya. Aku tengok cantik gak kasut yang dibeli tu. Ermm.. memang logik la beli kasut yang agak selesa dipakai untuk masuk gelanggang kalau tak nanti tak selesa lak nak main badminton ye tak..

Tapi...,

Bila je dia nak sarung kasut baru dia, kitorang dengar dia terjerit! Ingatkan dia terlalu excited sangat sebab pakai kasut baru. Rupa-rupanya kasut dia sama KEDUA-DUA BELAH! Maknanya, yang ada bukan sepasang kasut tapi dua kasut untuk sebelah kaki (sebelah kanan kedua-duanya)! Adeiii.. Abistu camne nak main badminton camni!? Kitorang memang la kesian tapi akhirnya terpaksa jugak menjalankan kewajipan untuk menggelakkan beliau beramai-ramai akibat insiden yang teramat sengal tu. Adeiii.. macam kelakar la pulak beli kasut baru tapi dua-dua untuk sebelah kaki pakai jerr.. Wakakakakaa... Bila pikir-pikir balik, terasa amat 'Kijam' jurujual kat kedai kasut tu. Tapi yang peliknya si kawan aku ni pulak camne leh tak perasan? Pegi berdua lak tu dengarnya! Akibatnya, badminton ke mana, kasut pun ntah ke mana sbb lepas tu dia terus balik rumah akibat tensen yang teramat sangat (ekekeke..) untuk ambik kasut baru. Tak tau la apa cerita kasut yang 'malang' tu maybe dah masuk tong sampah kerr.. So, moral of the story : Kasihanilah kaki anda apabila ingin membeli kasut..


Pandangan dari bawah..Cuba teka, mana satu kasut hak untuk dipakai kaki kanan? (a). Yang sebelah kiri. dan; (b). Yang sebelah kanan


Jeng! Jeng! Jenggg...!! Dua-dua jawapan salahhh... jawapan sebenarnya, dua-dua kasut untuk hak kaki sebelah kanan.. Ekekeke...

Huahuahuaaa.. Jangan marah yea Norr.. Abisla Nor popular lepas ni. Cerita dah masuk blog. Ekekeke.. Lariiii!!! :D

(Update! : Hari ni [10/05/09] aku terjumpa dgn kawan aku ni. Dia kata dah pegi semula kedai tu dan dah tukar semula kasut. So, barula skrg ni dia ada sepasang kasut bukan lagi sebelah kasut. Ekekeke...)

- Rintihan Rasa, 07hb. Mei 2009, 12.45 p.m -

Jumaat, 1 Mei 2009

Kosong!

Assalamualaikum....

Eh! aiseehh..., errr... aku sebenarnya teringin nak menulis sesuatu kat sini. Tapi ntah kenapa otak aku tetiba je rasa ‘blur’ – tak tau nak tulis apa. Sebelumnya tadi berkobar-kobar tapi bila dah bukak blog ni lain lak jadinya. Erm, apapun sori bebanyak ye korang... Jgnler marah aku... Err.. Peace! hehehe... :)

- Rintihan Rasa, 01hb. Mei 2009, 11.30 p.m -