Salamm semuaa....
Hmm... banyak betul perubahan yang berlaku di sekeliling aku sepanjang tahun 2008 ni. Di tempat kerja misalnya macam2 arahan baru dan memo yg ketua jabatan keluarkan. Sekali imbas dah rasa cam keja swasta lak. Tapi bagus juga untuk motivasi diri sebenarnya sekurang2nya ada pembaharuan sikit kan. Aii bila bekerja ni terasa terlalu cepat masa berlalu. Sedar2 je dah hampir 3 tahun dah aku kat sini, berkhidmat di tanah tumpah darah aku sendiri. Tak kemana-mana pun...
Kadang2 tu teringin juga nak ‘berubah angin’. Yelah saja je nak merasa bekerja kat tempat lain lak. Kata orang jauh perjalanan luas pandangan. Memang sekarang ni pun ada intai2 peluang lain juga. Manala tau kan... Doa-doa je la mudah-mudahan ada rezeki..
Bila dah bekerja ni, mula la ingatan tu teringat kat zaman2 belajar dulu. Camne tu ye? Bila dah keja, nak belajar dan bila dah belajar, nak keja pulak! Apa pandangan korang yang di luar sana? Korang ada tak terasa mcm yg aku rasa sekarang? Ntahla, bekerja dan belajar – dua suasana yang berbeza. Aku dah merasai kedua-duanya dan kesimpulan yg dapat aku buat ialah kita manusia memang sukar untuk merasa puas dengan sesuatu. Sentiasa mahu lagi dan lagi dan lagi... Pun begitu, zaman belajar kini semuanya hanya tinggal kenangan. Bila mengenangkan semua ini, bayangan wajah kawan2, suasana semasa belajar dan memori indah yang pernah dilalui semuanya bermain di ruangan fikiran...
Sesekali bila aku kenang2kan, aku jadi sayu sendiri... Aku tak dapat nafikan bahawa aku memang merindui detik-detik itu semua... Tapi ia mustahil untuk berulang kembali. Kerana semuanya kini hanya DALAM KENANGAN...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Wheels - Dalam KenanganBila terkenang masa lalu rasa terharuSegalanya masih kekal dalam kenanganTiba di persimpangan jalan berpisah jauhSekian lama di rantau bersendirianTiada lagi seruling senja mendayuTiada lagi ketawa riang bersamaBila sepi mengusik hatiSemuanya kini dalam kenanganAku kirimkan restu pada ayah dan bondaBudi dan jasamu tetap dalam kenanganTeman seiring jalan kini jauh darikuKemesraan kita tetap dalam kenanganTiada lagi suara ombak di pantaiTiada lagi bayu teberau membelaiDi saat sepi beginiSemuanya kini dalam kenanganBila masanya tiba nanti aku kembaliPasti ada yang berubah dan tiada lagiDan bila kutinggalkan lagi kampung halamanSegalanya kan abadi dalam kenangan..........-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Kata siang ; 'Aku terlalu cemburu kepada malam..' Kata malam ; 'Aku amat mencemburui siang..' Sebenarnya, khabarkanlah kepada keduanya, yakni malam dan siang, bahawa tiada apa yang perlu dicemburui. Kerana hakikatnya mereka saling memerlukan untuk melengkapkan tiap satu pusingan hari..." - Rintihan Rasa, 07/12/2008, 10.20 p.m -
2 komen:
Perghhhh....gambo kita g ulu yam dulu tu ko ade simpan lg yek....hehehe..
Hehehe.. kenangan tu beb. syok tul time tu kan. gi konvoi ramai2 naik moto. hehe.. :)
Catat Ulasan