- Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK. YKK bermakna 'Yoshida Kogyo Kabushibibaisha' iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni.
- Bunyi (kuek!) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.
- Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.. Dan ia juga mampu membunuh anjing bersaiz besar sekiranya coklat tadi dibawa dengan lori kontena lalu melenyek anjing tersebut ketika sedang melintas jalan. Huahua..
- Kebanyakan lipstick yang dipakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.
- Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.
- Tiada satu pun jam di Las Vegas Gambling Casinos. Sebabnya? Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka. Macam lahanat je perangai tokey-tokey judi ni kan!
- Kerana ketangkasan Bruce Lee, pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain. Wachaaa..!!
- Mosquito Repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada. Yaaa.. Akhirnya nyamuk berjaya dikonpiuskan! Hehe..
- Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.
- Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321. Tak percaya? Ambil kalkulator dan kira sekarang!
- Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
- Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.
- Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata. Ini kerana ia adalah mekanisme semulajadi badan bagi mengelakkan kemungkinan mata dari terjojol keluar. Huh! ngerinyaa...
- Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
- Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
- Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad, Ahmad, dan yang seangkatan sebutan dengannya.
- Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
- Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's Chewing Gum.
- Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.
Sabtu, 5 September 2009
Fakta: Tahukah Anda? (Bahagian Pertama)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 komen:
Casino Online Games and Bonuses - DrmCD
Casino online gaming is becoming popular due 김포 출장샵 to the fact that it's been 통영 출장안마 around since the very 태백 출장안마 beginning of 광주 출장마사지 online gambling. The idea is 제주 출장마사지 to choose the best
Catat Ulasan