Isnin, 30 Mac 2009

Ibarat Lilin..



Aku cuma sebatang lilin
Yang menerangi suasana kelam
Pabila sumbunya dinyalakan..

Ya.. Cahaya aku tidak setanding cahaya si lampu neon yang bergemerlapan
Namun inilah pengorbananku
Menerangi sekeliling dengan diriku ini terbakar
Tanpa ada siapa yang ambil peduli, mahupun sedar
Kerana bagi mereka, pengorbananku ini tidaklah seberapa..

Tatkala cahaya dari tubuhku yang terbakar ini galak menyala
Aku cair sedikit demi sedikit…
Ingin aku bersuara, tapi aku tiada daya
Hanya mampu membisu seribu bahasa
Sedangkan mereka di sekeliling
Tidak pernah mempedulikan apa yang aku rasa
Api yang marak menyala
Kepanasannya mencairkan aku sedikit demi sedikit
Tidak berdayaku merintih, meskipun terasa pedih

Setelah cahayaku lemah dan tidak bermaya
Setelah cahayaku tidak mampu menerangi kelam dunia mereka
Setelah aku menjadi sisa
Mereka ambil sebatang lagi lilin yang lain
lalu dinyalakannnya…
bersama senyum terukir di bibir mereka berkata
"Oh.. dah terang semula.."

Lalu aku tertanya sendiri
Berbaloikah pengorbananku ini
Demi kesenangan insan lain
Sanggup membakar diri sendiri
Cair di dalam kekecewaan yang meragut tangkai hati
Sedangkan nasibku tiada siapa yang peduli?



- Rintihan Rasa, 30hb. Mac 2009, 09.00 p.m -

Ahad, 22 Mac 2009

Renungan : Seorang Ibu Tua...

Bayangkan..
Seorang ibu tua...

Dengan kedut seribu di wajahnya..
Yang menggambarkan betapa lewat usianya..
Dengan kudrat yang tidak seberapa..
Tetapi demi mengenangkan nasib anaknya..
Yang cacat anggota..
Dia terlupa tentang hari tuanya..
Dia terlupa uban yang semakin memutih di atas kepalanya..
Apa yang pastinya..
Dia hanya mengharapkan yang terbaik untuk anaknya..
Mengabdikan diri dan sisa-sisa hari tuanya..
Demi memastikan nasib anaknya terbela..
Walaupun dia sendiri tidak pasti sampai bila..
Selagi badan dihuni nyawa..
Tapi, apakah esok masih ada untuknya?
Dan bagaimana nanti nasib anaknya
Bila dia sudah tiada lagi di dunia?


- (Rintihan Rasa, 22hb. Mac 2009, 08.30 p.m) -



p/s: Terima kasih pada my pen-pal, Nury (Nurriyatul Khamariyah) atas kiriman video ini melalui e-mel pada 22/03/2008.


Rabu, 4 Mac 2009

Singgah Sekejap : Jom Kita Tengok Ikan!

Salamm semuaa...

Alhamdulillah.. Berjumpa lagi kita dalam blog ni. Terima kasih banyak-banyak bagi korang semua yang sudi singgah menjengah ke blog peribadi aku ni. Tanpa korang, siapa la aku. Ehe..

Oklah.. untuk post kali ni, aku nak cerita pasal ikan. Wah! ni nak jadi penjual ikan lak ke? Hehe.. Sebenarnya, tadi masa tengah buat kerja luar (pegi buat kerja-kerja ukur jalan jap), masa on the way nak balik ke pejabat, aku dengan kawan aku ni singgah jap (melencong la kiranya ni) kat satu tempat penjualan benih anak-anak ikan kat Simpang Pertang, Jelebu. Nama tempat tu Thong Thye Aquatic Farm dan bagi penduduk sekitar Jelebu ni, memang kat sini la kitorang akan pegi kalau ada niat nak beli benih-benih anak ikan untuk dipelihara. Dan itu jugakla tujuan aku singgah kat sini. Hajat hati tu saja nak survey-survey dulu apa benih ikan yang ada. Ehemmm....

Terpampang besar-besar signboard kat jalan masuk. Memang senang nak cari. Aisehh.. ni macam promote lak ni. Huhu...

Ada banyak benih-benih anak ikan kat sini. Dari ikan Keli, Tilapia, Kap, Jelawat, Baung dan ntah hapa-hapa spesis lagi yang aku tak kenal ada kat sini. Korang tengok je la macam kat dalam gambar tu. Geram lak aku rasa tengok anak-anak ikan ni. Bila kita datang, anak-anak ikan ni pun ikut datang kat kita. Oooo... patutla.. rupanya memang dah time diorang makan rupanya. Aku cuba tanya harga kat apek tu. Dia cakap harga paling murah RM0.13 sen seekor hingga RM0.18 sen bergantung pada saiz. Ermmm... memang berbaloi la kot. Aku pun bukan nak beli banyak-banyak sangat pun. Sebenarnya, aku ada niat nak buat kolam kat rumah aku ni untuk buat bela ikan. Ala, takla besar mana pun.. Ada la lebih kurang 25m x 7m je kolamnya. Seronok-seronok jee.. lagipun, tapak tu memang bekas kolam lama dan aliran air pun dari air bukit dan sentiasa mengalir tak putus. So, memang sesuai sangatla untuk buat kolam ikan. Dah tanya harga untuk buat kolam. Member-member kontraktor aku cakap, kira cincai bagi diorang RM350 sehari untuk sewa Back-Hoe + upah drivernya sekali, complete sebijik kolam aku dapat. Mmmmm... memang menarik gak tu. Harap-harap dalam masa terdekat ni dapatla aku buat kolam. Tak sabar rasanya nak bela ikan. Hehe...


Antara satu dari berbelas kolam ikan yang ada kat situ. Gila ah ding dong! Banyak betul duit apek ni!



Antara benih-benih ikan yang dijual kat sini seperti ikan Keli, Tilapia, Kap, Jelawat dan entah hapa-hapa lagi. Tengok tu. Berebut-rebut anak ikan tu semua datang nak interframe. Macam tau-tau je muka nak masuk blog. Hehehe...

Lebih kurang dalam setengah jam, kitorang pun berangkat balik opis semula. Tengok jam pun dah nak pukul 12 tengahari dah. 20 minit je nak sampai opis. Bukan jauh pun. Hehe.. Syhhhh... diam-diam tau! korang jangan bising-bising. Ala.. lagipun tadi time sarapan pukul 10 pagi aku tengah keje. So ni kira cover balik la ni. He.. tak beli ikan pun. Sebab niat aku nak survey je dulu.. Nanti-nanti la bila kolam aku dah siap nnt aku beli. Ermmm... berangan nak jadik tokey ikan lak aku ni. Hehe.. Oklah, jumpa lagi di next post ye... Aku nak sambung balik buat keje ni. Salamm...

- Rintihan Rasa, 09.00 p.m, 04hb. Mac 2009 -