Khamis, 16 Mei 2013

Ayat-ayat 'Power' Dato' Seri S.Samy Vellu Yang Paling Diingati..


Dato' Seri Samy Vellu Sangalimuthu (Lahir 8 Mac 1936), lebih dikenali sebagai Samy Vellu, Beliau merupakan Presiden MIC dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979. Beliau merupakan bekas Menteri Kerja Raya Malaysia. Tidak dinafikan telah banyak jasa-jasa (dan juga kontroversi) beliau semasa menjawat jawatan Menteri Kerja Raya. Antara yang tidak dapat dilupakan adalah ayat-ayat 'power' beliau yang agak kelakar semasa beliau menyampaikan ucapan di sana-sini. Mungkin ada antara korang yang masih ingat? Jom kita refresh balik sama-sama.. Hehehe.. :)

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai.."

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu beliau berasa amat malu:
"Ini perkara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar.."

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai..”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!?”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial (dadah):
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade.."

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare.."

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua.." (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam.."

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain.."
 
11. Ketika menjawab soalan wartawan berkaitan dengan tanah runtuh di Sungai Siput:
"Apa? Ingat saya boleh pegang itu tanah. Dia mau jatuh, dia jatuh la..."

Dan yang paling kelakar di dunia sepanjang abad ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam.."

Hihihi.. Jangan marah aaa Dato' Seri... :D

Rabu, 6 Februari 2013

Sudut Info: Sejarah Enjin MIVEC (Mitsubishi)

Assalamualaikum semuaa...

Setelah sekian lama menghilang diri, akhirnya aku muncul kembali. Lama sangat dah rasanya tak menulis di blog ni. Banyak benda yang dah aku terlepas. Untuk tahun baru ni aku dah kembali bersemangat nak menulis kembali di blog ni. Apapun, terima kasih pada korang yang tetap setia jadi pengunjung ke blog ini walau selama tiada kemaskini yang aku buat sepanjang masa tu..
Kali ni aku nak berkongsi pasal automotif lak. Cerita pasal enjin MIVEC.. Hehehe.. Okla. Macam yang kita sedia maklum, Mitsubishi adalah salah satu jenama kereta yang popular di Malaysia. Salah satu faktor yang menaikkan jenama Mitsubishi di persada permotoran antarabangsa adalah rentetan dari populariti jenama enjin yang menjadi nadi kereta-kereta keluaran Mitsubishi iaitu MIVEC. MIVEC merupakan acronym bagi 'Mitsubishi Innovative Valve-timing Electronic Control', iaitu teknologi 'Variable Valve Timing' yang dimajukan oleh Mitsubishi bagi memacu enjin ini. Pada tahun 1992, enjin MIVEC mula diperkenalkan dengan kod 4G92 yang mempunyai 1597cc, 175hp, 16 valve. Sistem seperti ini juga digunakan untuk enjin V6 yang mempunyai kod enjin 6A12 dimana enjin ini boleh menghasilkan sehingga 200 kuasa kuda.

Enjin MIVEC ini amat popular di Jepun mahupun di Malaysia. Antara model yang guna enjin MIVEC termasuklah Mitsubishi Galant, Eterna, Lancer, Sigma, Debonair, Pajero, RVR, Space Runner, Chariot, Colt, Mirage Cyborg (atau Mirage Asti). Enjin ini mula mendapat perhatian buat peminat permotoran Malaysia khasnya buat pengguna kenderaan jenis Proton terutama di kalangan pengguna Proton Wira, Satria dan Putra kerana kedudukan enjin dan platform yang sama.

Antara model-model enjin keluaran Mitsubishi (MIVEC & Non-MIVEC) ialah :


MIVEC 4G92 - 1.6L 

 

4g92 ialah sejenis engine yg mana pada masa kini semua orang lebih senang memanggilnya dengan nama engine MIVEC. Ini adalah antara keluarga engine Mitsubishi yang terkini selepas teknologi VR4. Oh ya, 4g92 ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu : 4g92 (standard) ialah yang biasa, 4g92 (silvertop) ialah lebih laju sedikit dari yang standard, dan 4g92 (blacktop) ialah sebuah engine yg mempunyai LSD dan sesuai untuk dijadikan sebagai kereta lumba (enjin Turbo).


4G93 - 1.8L 


Terdapat 3 versi bagi varian 4g93 ni iaitu :

1. 4g93 SOHC
2. 4g93p DOHC
3. 4g93t GSR-TURBO

Kalau nak modified masuk enjin 4g93 - 1.8 SOHC atau DOHC jenis NA @ turbo, syarat utama kereta mestilah memasang brake disc pada ke empat-empat roda bagi kenderaan yang tukar enjin 1.8 ke atas.


6A12 - 2.0L (V6)


Terdapat 3 versi bagi varian 6A12 ni iaitu :

1. 6A12 2L DOHC N/A non-MIVEC
2. 6A12 2L DOHC Turbo
3. 6A12 2L DOHC MIVEC


Kalau nak modified enjin masuk pada kereta Proton rasanya hanya Proton Perdana dan Proton Waja Chancellor je yang lulus pakai enjin ni. Ramai yang cakap keupayaan enjin sangat bagus. Perbezaan ketara terhadap kelembutan enjin dan pickup yang lebih sebab mempunyai torque yang besar. Tapi bagi aku minyak ada sikit kuat makan laa.. Yelah nama pun enjin 2.0 kan.. Huhuhu..


4G18- 1.6L

 
Seperti yang kita tahu Proton Waja yang asal menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 1.6L sebelum beralih menggunakan enjin Campro. Kalau kat body Waja enjin 4g18 ni dah sedap dah. Kalau masuk kat body Wira, Satria atau Saga lagi la sedap. Ringann je. Bagi aku enjin Waja Mitsubishi 4g18 ni, kalau korang tengok Mitsubishi Lancer yang sebelum ni pun (bukan yang latest ni ek), enjin dia guna 4g18 la. Kalau Mitsubishi tak yakin dengan enjin tu tak kan la dia berani letak dalam Mitsubishi Lancer tu. Tapi kena ingat la, Mitsubishi Lancer tu ada tambahan INVECS111, memang lagi power la kalau nak banding dengan Waja. Lagi satu sebenarnya casis Waja pun sebenarnya serupa dengan casis Lancer.


4G15 - 1.5L 


Untuk makluman, semua enjin Proton Wira 1.5 adalah dari Mitsubishi. Bezanya cuma :

1. 4G15 - terus dari Mitsubishi
2. 4G15P - dipasang oleh Proton (under licensed)

Ianya merupakan sebuah enjin yang sangat popular di Malaysia. Secara amnya, 4G15 ni adalah jenis enjin Single Over Head Cam (SOHC) versi 4G15 ni dicipta dengan Gasoline Multi-port Injection dan mempunyai sekitar 92hp pada model Mitsubishi Mirage pada tahun 1993.

Itu la serba sedikit apa yang aku dapat ulas tentang topik kali ni. Mungkin ada kekurangan atau kesilapan sebab aku pun bukanla pakar dalam hal ni. Jumpa lagi dalam topik akan datang. Wassalam..


Rujukan :

1) Wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/MIVEC)

2) Mitsubishi Motor Corp (http://www.mitsubishi-motors.com)

3) Club3G (http://www.club3g.com/forum/3g-eclipse-general-discussion/12163-some-history-mitsubishi-engines.html)

4) Autospeed (http://www.autospeed.com/cms/A_2071/article.html)

5) Triniti Tuner (http://www.trinituner.com/v3/forums/viewtopic.php?t=149434)

Selasa, 9 Februari 2010

Andainya Kita Masih Punya Rasa...


Burung betina ini cedera akibat dilanggar kenderaan.. Keadaannya lemah tak bermaya..


Atas rasa kasih & sayang pada pasangannya, Si Jantan sedaya upaya datang membantu sambil menghulurkan makanan pada Si Betina.. Moga dapat mengurangkan derita yang ditanggung pasangannya tapi..,


Si Betina lebih dahulu sampai ajalnya.. Meninggalkan pasangannya sendirian..


Si Jantan menjerit.. Meminta Si Betina agar bangun.. Walau nyata pasangannya itu kini sudah tidak bisa mendengar panggilannyanya lagi..


Bagaikan hilang akal, Si Jantan menjerit dan terus menjerit.. meratap sedih dan menangisi kepergian pasangannya..


Akhirnya, Si Jantan sedar perbuatannya itu sia-sia.. Si Betina kini tetap selamanya pergi meninggalkannya.. Tidak kira selantang mana pun jeritannya..


Siapa kata haiwan tiada perasaan? Peristiwa yang dirakam ini jelas membuktikan bahawa si burung ini juga punya perasaan kasih sayang. Perasaan yang dianugerah oleh ALLAH kepada semua makhluk. Tapi malangnya manusia hari ini sudah kehilangan perasaan kasih sayang ini. Perumpamaan seperti 'manusia berhati binatang', 'kejam seperti haiwan' dan seumpamanya yang merujuk kepada kezaliman mungkin sudah tidak lagi relevan dipakai bilamana kita mendengar berita anak menyembelih leher bapa dan datuk-nenek serta adik kandungnya, kita mendengar anak menikam ibunya sendiri, kita mendengar bapa menghempas bayi kecilnya ke dinding sehingga pecah kepala. kita mendengar bapa merogol anaknya sendiri, kita mendengar adik tetak kepala abang kerana berebut harta pusaka, kita mendengar ustaz meliwat pelajar sendiri, kita mendengar anak lelaki merogol ibu kandungnya, paling akhir seorang bayi lima bulan mati akibat deraan, termasuk disyaki diliwat oleh ahli keluarganya sendiri.. Dan yang paling malang mereka semua beragama Islam!! Di mana iman mereka? Apakah Islam mereka hanya sekadar tertulis di kad pengenalan sahaja...?

Semoga peristiwa seperti ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua InsyaAllah.. Marilah kita melihat sesuatu peristiwa itu dengan mata hati. Mungkin di situ akan terbitnya kesedaran yang hakiki..


- Rintihan Rasa, 09.02.2010, 10.40 p.m -

Khamis, 4 Februari 2010

Lembu



Mbooohhhh!!!
Mboooooohhhh!!!

Subuh dah menjelang..
Azan subuh dari masjid pun dah berkumandang..
Mengajak orang agar bangun tidur dan cepat-cepat pegi sembahyang..
Tapi ramai juga yang lebih teruk dari lembu masih tidur terbongkang..
Buat-buat tak dengar konon-konon ‘Ah! Hari masih gelap, lambat lagi siang..’
Sudahnya, subuh ntah ke mana, bila bangun tau-tau je hari dah terang benderang..
Apa lagi, mula la tunggang langgang..
Pergi mandi, bersiap nak pegi kerja jadi kuli orang..
Kerja dari pagi sampai la ke petang..
Macam biasa la bang.., nak hidup kena lah cari wang..


Mbooohhhh!!!
Mboooooohhhh!!!

Sampai pejabat kelam kabut pulak berkejar pergi punch-card..
Bawa kereta dah macam pedal minyak rosak, punya la ligat..
Dengan harapan hari ni janganla lagi lewat..
Dah la semalam pun datang lambat..
Tapi bila sampai, rupanya hari ni lagi la tenat..
Rasa nak terajang je punch-card sebab hati bengang tak ingat..
Dah la bos jenis yang sikit-sikit nak keluar surat..
Kalau lewat balik sebab buat kerja, takde pulak orang ingat..
Nak buat OT pun asyik kena sekat..
Bukan la nak mengumpat..
Tapi itu la hakikat..


Mbooohhhh!!!
Mboooooohhhh!!!

Masuk je pejabat dah ramai jugak yang sampai dulu..
Ada yang buat kerja, ada jugak yang tengah duduk melahu..
Elehh.. bukan buat kerja pun tuuu..
Sebenarnya tengah baca suratkhabar kat internet macam la aku tak tahu..
Tapi semua akan kembali 'tekun' buat kerja bila bos lalu..
Kadang-kadang timbul gak rasa lucu, meluat dan berbulu..
Yang buat kerja, pantang silap sikit asyik kena bambu..
Yang duduk saja je tu, takde pulak yang ambik tahu..
Tu belum kira yang suka-suka masuk-keluar ofis buat macam bos tu dia punya menantu..
Cukup bulan gaji sama-sama masuk jugak itu sudah tentu..
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pun dia yang sapu..
Maklumlah, guna sistem kuota dan ‘siapa yang dah lama bekerja dia la yang dapat dulu..’
Kualiti kerja? takpe.. tak perlu..
Janji pandai bodek, main silap mata dan rajin ampu..
Alahh.. orang lain pun gitu jugak buat apa nak malu..
Nak cepat naik memangla.. tak gitu?
Cara betul ke salah, tolak tepi dulu..
Huhuhuhuuu...


Mbooohhhh!!!
Mboooooohhhh!!!

Cerita P.Ramlee pernah kata, ‘Selagi tak tutup mata, kerja, kerja, kerja!’
Memang kerja tak pernah selesai, sentiasa je ada..
Belum masuk bab pegi mesyuarat, kursus dan segalanya..
Kepala semak kena tekan tu biasa.. Dah nama pun kerja..
Dah tu.., Bos pun selalu kata ‘Sapa suruh kau datang sini mintak kerja!?’
Kerja macam nak gila, sanggup berkorban masa dan tenaga..
Tapi sudahnya, orang tetap pandang sebelah mata..
Lebih teruk dari itu pun ada juga..
Mengambil kesempatan atas orang lain dan salah guna kuasa..
Pijak memijak, itu biasa laa.. mau naik cepat maa..
Kita yang buat kerja, orang lain yang dapat laba..
Serupa la macam ‘Lembu punya susu, sapi dapat nama..’
Belum masuk yang rajin buat-buat penting, konon dia tau semua..
‘Ese dah bertahun-tahun kojo sini, semuo ese tau haa..’
Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak makan diajar sebenarnya..
Sebab tu la prestasi organisasi statik, asyik takat tu saja..
Cheh! Golongan begini memang satu sen pun tak guna..
Tapi orang-orang macam ni la yang besar pengaruhnya..
Sampaikan bos pun tak boleh nak kata apa..
Tak tahulah lagi nak buat macam mana..
Huahuahuaa..


Mbooohhhh!!!
Mboooooohhhh!!!

Jam dah dekat pukul 5, masing-masing dah resah gelisah..
Ramai yang dah fikir nak balik atau pun jemput anak sekolah..
Keluar patut pukul 5, tapi dia dah ready pukul 4 setengah..
Sementara tu lepak-lepak, sembang-sembang dan ketawa berdekah-dekah..
Alaa.. apa nak risau, bos masing-masing bukan kisah..
Pandai buat, pandai simpan lah..
Mari kita ketawa lagi.. Kahkahkahh...!!


Mbooohhhh!!!
Mboooooohhhh!!!

Beginilah hakikat kehidupan..
Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan pengajaran..
Adat yang bijak, selalu akan mengambil kesempatan..
Yang lantang bersuara dan menegur pasti ditekan..
Walaupun yang ditegur tu untuk kebaikan..
Sekali berbuat silap pun bisa menghapuskan segala kebaikan yang pernah dilakukan..
Jasa ditabur bagai tak pernah dikenang, hilang ibarat buih di lautan..
Kerana ada yang berlagak seolah nak jadi tuhan yang boleh menentukan masadepan..
Ke manakah arah dan tujuan?
Selagi manusia sebegini menjadi perancang di sebalik kejadian..
Mungkin selamanya sukar membezakan..
Yang mana INSAN, yang mana HAIWAN!


- Rintihan Rasa, 04hb. Februari 2010, 11.15 p.m -