Rabu, 6 Februari 2013

Sudut Info: Sejarah Enjin MIVEC (Mitsubishi)

Assalamualaikum semuaa...

Setelah sekian lama menghilang diri, akhirnya aku muncul kembali. Lama sangat dah rasanya tak menulis di blog ni. Banyak benda yang dah aku terlepas. Untuk tahun baru ni aku dah kembali bersemangat nak menulis kembali di blog ni. Apapun, terima kasih pada korang yang tetap setia jadi pengunjung ke blog ini walau selama tiada kemaskini yang aku buat sepanjang masa tu..
Kali ni aku nak berkongsi pasal automotif lak. Cerita pasal enjin MIVEC.. Hehehe.. Okla. Macam yang kita sedia maklum, Mitsubishi adalah salah satu jenama kereta yang popular di Malaysia. Salah satu faktor yang menaikkan jenama Mitsubishi di persada permotoran antarabangsa adalah rentetan dari populariti jenama enjin yang menjadi nadi kereta-kereta keluaran Mitsubishi iaitu MIVEC. MIVEC merupakan acronym bagi 'Mitsubishi Innovative Valve-timing Electronic Control', iaitu teknologi 'Variable Valve Timing' yang dimajukan oleh Mitsubishi bagi memacu enjin ini. Pada tahun 1992, enjin MIVEC mula diperkenalkan dengan kod 4G92 yang mempunyai 1597cc, 175hp, 16 valve. Sistem seperti ini juga digunakan untuk enjin V6 yang mempunyai kod enjin 6A12 dimana enjin ini boleh menghasilkan sehingga 200 kuasa kuda.

Enjin MIVEC ini amat popular di Jepun mahupun di Malaysia. Antara model yang guna enjin MIVEC termasuklah Mitsubishi Galant, Eterna, Lancer, Sigma, Debonair, Pajero, RVR, Space Runner, Chariot, Colt, Mirage Cyborg (atau Mirage Asti). Enjin ini mula mendapat perhatian buat peminat permotoran Malaysia khasnya buat pengguna kenderaan jenis Proton terutama di kalangan pengguna Proton Wira, Satria dan Putra kerana kedudukan enjin dan platform yang sama.

Antara model-model enjin keluaran Mitsubishi (MIVEC & Non-MIVEC) ialah :


MIVEC 4G92 - 1.6L 

 

4g92 ialah sejenis engine yg mana pada masa kini semua orang lebih senang memanggilnya dengan nama engine MIVEC. Ini adalah antara keluarga engine Mitsubishi yang terkini selepas teknologi VR4. Oh ya, 4g92 ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu : 4g92 (standard) ialah yang biasa, 4g92 (silvertop) ialah lebih laju sedikit dari yang standard, dan 4g92 (blacktop) ialah sebuah engine yg mempunyai LSD dan sesuai untuk dijadikan sebagai kereta lumba (enjin Turbo).


4G93 - 1.8L 


Terdapat 3 versi bagi varian 4g93 ni iaitu :

1. 4g93 SOHC
2. 4g93p DOHC
3. 4g93t GSR-TURBO

Kalau nak modified masuk enjin 4g93 - 1.8 SOHC atau DOHC jenis NA @ turbo, syarat utama kereta mestilah memasang brake disc pada ke empat-empat roda bagi kenderaan yang tukar enjin 1.8 ke atas.


6A12 - 2.0L (V6)


Terdapat 3 versi bagi varian 6A12 ni iaitu :

1. 6A12 2L DOHC N/A non-MIVEC
2. 6A12 2L DOHC Turbo
3. 6A12 2L DOHC MIVEC


Kalau nak modified enjin masuk pada kereta Proton rasanya hanya Proton Perdana dan Proton Waja Chancellor je yang lulus pakai enjin ni. Ramai yang cakap keupayaan enjin sangat bagus. Perbezaan ketara terhadap kelembutan enjin dan pickup yang lebih sebab mempunyai torque yang besar. Tapi bagi aku minyak ada sikit kuat makan laa.. Yelah nama pun enjin 2.0 kan.. Huhuhu..


4G18- 1.6L

 
Seperti yang kita tahu Proton Waja yang asal menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 1.6L sebelum beralih menggunakan enjin Campro. Kalau kat body Waja enjin 4g18 ni dah sedap dah. Kalau masuk kat body Wira, Satria atau Saga lagi la sedap. Ringann je. Bagi aku enjin Waja Mitsubishi 4g18 ni, kalau korang tengok Mitsubishi Lancer yang sebelum ni pun (bukan yang latest ni ek), enjin dia guna 4g18 la. Kalau Mitsubishi tak yakin dengan enjin tu tak kan la dia berani letak dalam Mitsubishi Lancer tu. Tapi kena ingat la, Mitsubishi Lancer tu ada tambahan INVECS111, memang lagi power la kalau nak banding dengan Waja. Lagi satu sebenarnya casis Waja pun sebenarnya serupa dengan casis Lancer.


4G15 - 1.5L 


Untuk makluman, semua enjin Proton Wira 1.5 adalah dari Mitsubishi. Bezanya cuma :

1. 4G15 - terus dari Mitsubishi
2. 4G15P - dipasang oleh Proton (under licensed)

Ianya merupakan sebuah enjin yang sangat popular di Malaysia. Secara amnya, 4G15 ni adalah jenis enjin Single Over Head Cam (SOHC) versi 4G15 ni dicipta dengan Gasoline Multi-port Injection dan mempunyai sekitar 92hp pada model Mitsubishi Mirage pada tahun 1993.

Itu la serba sedikit apa yang aku dapat ulas tentang topik kali ni. Mungkin ada kekurangan atau kesilapan sebab aku pun bukanla pakar dalam hal ni. Jumpa lagi dalam topik akan datang. Wassalam..


Rujukan :

1) Wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/MIVEC)

2) Mitsubishi Motor Corp (http://www.mitsubishi-motors.com)

3) Club3G (http://www.club3g.com/forum/3g-eclipse-general-discussion/12163-some-history-mitsubishi-engines.html)

4) Autospeed (http://www.autospeed.com/cms/A_2071/article.html)

5) Triniti Tuner (http://www.trinituner.com/v3/forums/viewtopic.php?t=149434)